CATCHING UP

Well hello world. Lama eh tak update. Tak busy mana pon sebenarnya, lebih kepada penat. Tapi harini rasa macam kena jugak update sebab lama sangat postponed. Selalunya memang ada je idea apa benda nak update tapi bila dah duduk depan laptop, automatik jadi malas nak type. Sebab dah penat. Penat dengan urusan duniawi ah gitu. Sedikit life update, bulan 6 haritu saya dah selamat melahirkan puteri kedua kami alhamdulillah. Sama dengan kakak dia, still overdue jugak tapi yang adik ni tak kena induce sebab dia keluar sehari sebelum induce. Pandai kan dia buat ibu dengan walid berdebar haha 

Sebenarnya start tarikh due tu which on week 40th, memang dah ada rasa rasa yang si adik ni nak keluar tapi hari hari keep on cakap dengan dia, sabar adik jangan keluar dulu sebab ibu takut kalau beranak tiba tiba haha. You know beranak tiba tiba yang kita tak tahu pon bila baby nak keluar tup tup bleeding or tiba2 air ketuban pecah or tiba2 contraction datang lepastu kena rushing pergi hospital. Lepastu tiba2 kena tolak pergi LR. Lepastu tiba2 baby keluar. Haa macam tu hahaha

Untuk keadaan semasa keluarga kami waktu tu, we couldnt afford that tiba tiba kind of thing. Sebab tu i prefer lagi kalau kena induce. Ye memang induce sakit (beranak memang sakit ya sis) Sebagai orang yg dah melalui both induce and tak induce, i can confirm yg ye memang induce lagi sakit TAPIIII ada tapi dia guysss. Kejap lagi saya cerita ya. Jangan takut tau. Ni bukan entry momok momok huhu

Nak dijadikan cerita, satu malam tu saya teringin gila nak makan megi kari. Tapi nak yg pekat. Yang ada sawi. Sebenarnya teringat megi housemate masa zaman belajar dulu buat. Random sangat. Nak dijadikan cerita, saya pon buat lah sendiri. On side note, saya bukan lah seorang yang terpaling megi tapi malam tu rasa macam nak megi sangat2. Tak paham kenapa. Lepas makan tu, tiba2 rasa sakit perut. Tapi tak sure sakit perut tu sakit yang nak membuang atau sakit perut yang contraction?? Dah pernah beranak pon masih confuse ya. It happen :/

Tengok jam dah pukul 12mlm. Naim and Hana dah tidur. Kesian pulak nak kejut ajak pergi hospital buat nya false alarm ke. Tapi terpaksa jugak kejut sebab memang dah rasa sakit yang 10minit sekali tu. Sampai je PAC tu terus nurse check bukaan, and yes memang dah ada bukaan pon. 3cm ya. Untuk bukan 1st pregnancy, 3cm tu dah kira banyak jugak. So nurse suruh warded terus je. 

Dingdong2, pukul 3 jugak baru dapat baring atas katil. Bukan sebab ramai orang tapi ni kan zaman covid. Kena buat RTK dulu. Lepastu nak kena tunggu sejam dulu baru dapat result. Gitu lah kekdahnya. And that was the first time in my life tidur without Hana :( Sedih tapi taknak layan sangat sedih sebab takut baby stress so acah2 strong je. Naim bawak Hana balik. Esok pagi2 dia dah hantar Hana pergi school and terus shoot datang hospital bawak makanan. Tapi tak boleh melawat, so dia pass makanan dekat guard je :/ Again sebab covid kan

Pagi tu saya okay je rilex2. Tak ada sakit. Pukul 9pg tu kena line up untuk check bukaan, and alhamdulillah dah 5cm. Boleh masuk LR yeay :) Before masuk tu sempat video call Mama dulu. Sedih jugak sebab beranak this time family tak boleh datang. Covid kan. PKP. Tapi perjuangan tetap diteruskan. I have a baby to deliver. Kena be strong :') Naim dekat luar ward je. Sebelum masuk LR call dia dulu mintak doakan semua semua lah

Nak jadi kan cerita, saya masuk LR pukul 10.30pg, alhamdulillah tepat pukul 2.37PM, baby selamat dilahirkan. Syukur. 2 jam pertama tu sakit biasa2 je. Masih rilex. Start 1230 ke atas tu saya dah tak boleh tahan. Asyik2 panggil nurse dengan doctor check bukaan. dekat 4,5 kali jugak lah :/ Tapi bukaan stuck dekat 7CM. Mesti diorang fed up hahaha. Sampai nurse sendiri tolong bukak kan jalan yg last sekali panggil tu. Ingat lagi nurse tu tanya, 

"Nia nak teran keeee?"

I mean masa tu tak paham kenapa dia tanya macam tu. Memang rasa nak teran lah ceritanya tapi mana boleh teran selagi belum 10cm kan? Rupanya dia nak tolong bukak kan jalan. Sebab serviks dah lembut rasanya sebab tu dia tolong im not sure macam mana tapi macam tu lah dia hahaha. 

Tapi i tell you, azab gila rasa beranak this time. Sebab pengalaman beranak sebelum ni induced, sakit tu datang tiba2 lepastu tiba2 je baby keluar. This time sakit tu slow2 datang. Penat berada dalam keadaan sakit tu. Sebenarnya sakit dia bearable je tapi lama sangat rasa. So penat. Faham tak cam mana? Ha camtu lah. Lepastu masa jahit this time, saya diberi bius spray. Ngilu gilaaa masa kena jahit tu. Mungkin sebab 1st degree tear je and kena jahit sikit je thats why kot. Masa Hana dulu saya kena bius cucuk. So bila jahit tu tak rasa langsung. Tapi masa tu episiotomy so logik jugak kot dia bagi bius cucuk sebab jahit banyak

Tapi actually tempoh masa duduk dalam LR untuk 2,2 experience beranak ni sama je. 2,2 pon 4 jam tapi yang this time rasa lama. Huhu. Maybe 1 more thing sebab Naim takde dekat sebelah kot. Rasa sakit sorang2 sebab tu semua pon rasa payah :'/

Alhamdulillah baby pon tak ada masalah apa2. Esok tengahari dah boleh discharged. Sama macam Hana dulu hehe. Kiranya 2 malam saya tinggalkan Hana dengan walid dia huhu. So sad. Tahu2 balik dari school ada adik dekat rumah :) 

Teringat masa nak discharged tu, doctor pakar yg jaga ward tu cakap 

"Awak dah boleh discharged ya. Alhamdulillah senang awak beranak. Semalam pagi baru sampai harini dah keluar" 

Saya senyum2 je sambil sebut alhamdulillah. Padahal dalam hati teringat balik moment2 bersalin yang meng trauma kan semalam hahaha. But still, alhamdulillah :)

Sikit sebanyak tu lah dia. Saje nak tulis sini supaya nanti tak lupa. My precious moment in my life


ps: Masa saya discharged, doctor yg jaga ward tu masih pakai baju yang sama masa saya check in ward huhu. Kesian dia. Lebih 24jam kerja. Semoga diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Amin

SHARING IS CARING

 Hello dunia tipu tipu,

I dont know where does this dunia tipu tipu phrase came from, main guna je sebab nampak ramai dak2 twitter guna hahaha. Sejak jadi mommy ni banyak juga benda viral i missed. Atau mungkin sejak dah nak masuk 3 series ni dah malas nak cara banyak benda kot. Tapi blogging tetap blogging. I guess blogging ni pon dah menunjukkan kan yg i dah tua kan? Hahaha siapa je yg main blog sekarang? :p

Last few days ada ternampak satu posting from indian doctor ni dekat facebook cakap pasal labour. Dia kata dia tak pernah share pasal pengalaman labour dia sebab dia malu bila bayangkan yang orang bayangkan especially men how was her condition while deliver the baby. The position etc. As we know or maybe if ada anak dara tak tahu, or new moms tak tahu, the position, the situation, the intensity masa deliver the baby is so dahsyat okay. Memang Maha dahsyat i tell you

On the other side of me yes i agak malu juga bila seorang non muslim pon berfikiran macam tu. As we woman muslim kena jaga kehormatan diri kan? Tapi on more side of me, i rasa i should give the little to people. I mean bila saya cakap little, memang little pon. Which i share my labour journey on my blog post yang sendu ni so that INCASE if ada bakal mommy yang have no clue what to expect masa process bersalin and they came across my blog, sikit sebanyak i dah tolong lighten up their doubt. In non medical way. 

Sebab apa tau, sebab before i jadi mom, i pon banyak baca review/sharing mommy dekat blog. My sister bersalin dekat swasta. So for sure dia punya experience lain. While me bersalin dekat kerajaan. Hospital Kajang somemore. U kalau dengar Hospital Kajang apa u pikir? Gerun kan? Hospital lama, crowded etc. See? My close friends pulak semua nya tak ada anak lagi. Kenapa tak tanya kawan lain other than close friends? I tanya u balik, u nak ke tanya orang yg tak rapat pasal bersalin? :p Tak kan? Mesti u akan usaha cari sendiri sendiri. yes macam tu lah kekdahnya

Tapi saya pon memang suka share benda2 yang saya rasa okay untuk di share. I mean, i treat this blog as my diary. U came across, u read mine. After all, please see the good in everything. Kadang tu kita kena tanya balik diri kita, siapa sebenarnya yang bermasaalah. Orang sekeliling atau diri sendiri. Soalan ni saya selalu tanya dekat diri sendiri. Agak2 dah menyimpang jauh tu, i took step back sebab rasa memang masaalah tu datang dari diri sendiri. Stop blaming people around, See the good in things :)

Disclaimer: This post is never meant for anyone in fact to the doctor herself. Niat dia bagus saya sokong sangat. Cuma kadang2 perspective ni tak boleh pandang in satu sudut je. Dalam posting doc ada cakap, kalau niat nak share pengalaman pon, let the doctors do their part. I mean, in medical term is not the same as experiencing. Hows the process goes. What to expect for people yg tak ada medical background etc. Tu lah dia xoxo



RANDOM

Hallo,

Alhamdulillah bulan April dah kita. Pejam celik je kan rasa sekarang lagi2 zaman covid ni. And pejam celik jugak dah almost 5 bulan saya jadi housewife. MasyaAllah kejap je rasa masa berjalan. Sebenarnya tak plan langsung pon nak jadi SAHM. Masa tender resign letter tu semata sebab nak rehat sekejap je and transition to new company. Rehat sebab 3,4 bulan sebelum resign tu i experienced satu level of anxiety yang i can barely heard my heart pumping. Rasa berdebar2 yang nak bernafas pon susah. Tapi bila pergi check dekat klinik, my heart rate was just normal in fact oxygen pon 99/98 macam tu. Doctor kata mind set je sebab banyak sangat berfikir. Ye sis i memang berfikir banyak gila masa tu. Like memang perempuan ni semula jadi otak dia suka fikir banyak benda dalam satu masa kan, tapi that time was more than average for me

Salah satu penyumbang is rasa bersalah on my own daughter. Rasa macam diri ni tak cukup jadi ibu yang baik untuk dia. Tak cukup bagi perhatian. Tak cukup bagi susu (since masa tu my milk production started to drop). Tak sukup bagi kasih sayang. And semua la u name it. Semua i rasa tak cukup. Ceritanya sebab i was raised by a housewife. My mom is a fully stay at home mom. Semua makan pakai kami adik beradik cukup. Lengkap. Kasih sayang yang sentiasa ada, i mean, balik sekolah je mama dah ada depan pintu. Selalu masakkan. Tolong bebel kalau tak buat kerja etc like that. 

So when it comes to my turn, i rasa macam teruk gila bila tak boleh bagi semua tu dekat my own daughter WALAUPON benda ni i dah expected akan berlaku. Sebab memang dah tanam dari masa zaman sekolah lagi yang one fine day i wanted to be a working mom. I want to work. Bukan sebab siapa2 tapi sebab diri sendiri. That is my ambition. My ambition is i wanted to work. Camtu. So i guess my mental is not that strong maybe. Okay la for that time being.

Nak jadikan cerita, sehari selepas final day dekat office, terus saya jadi lembik yang maha dahsyat. Badan jadi ketar2 sejuk gila sampai kena pakai sweater and socks tengah2 hari buta. Malas nak pergi klinik masa tu sebab segan dengan doctor asyik2 muka ni je pegi klinik. Habis dah klinik area rumah ni saya rotate haha. I taught masa tu sebab sedih je. Yelah, i feel defeated dengan diri sendiri sampai letak surat resign on my position. Tapi benda ni berlanjutan sampai berhari2. Pelik sebab nia bukan lah seorang yang teruk sangat meratapi sesuatu sampai melepet macam tu sekali. Then i terfikir sesuatu. Adakah aku pregnant?? Sebab bila pikir2, dah seminggu delay period.  OHNO

Beli pregnancy test diam2 tak bagi tahu naim. Balik rumah terus test. Kurang seminit nak tunggu result tu rasa macam berminit minit dia punya nervous. And the result was negative. Fuhh terus rasa lega yang teramat sangat. Then teringat set sauna beli haritu. Keluarkan dari kotak and pasang. Sebab nak panaskan badan kengkononnya. Lepas sauna konon2 macam dah elok la. Reward diri jalan2 beli makanan. Masa tu hana school. Tapi esoknya 'sakit' tu datang balik. I started to feel the same lagi sekali. Malas pikir, so kita pon layan je la. Maybe badan bagi signal suruh rehat la kot. Me time. Selama ni kerja. Sekarang boleh baring2. Hana school. So nikmat apa yang engkau dustakan. Gitu

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas tak kerja tu i decided nak try buat UPT lagi sekali sebab pelik sangat dah 2 minggu delay period. This cannot be happen since saya bukan jenis period yang irregular since dulu. This time beli sama2 dengan naim. Balik rumah, test. Andddd, the result was positive. Im pregnant omaigod.  Masa dapat result tu in denial gila. Terus nangis. Nangis bukan sebab apa tapi again sebab pikir Hana. Ya Allahhh dah lah selama ni memang aku rasa diri ni ibu yang teruk untuk dia, ni dah pregnant pulak lagi la teruk. Member belum masuk 2 tahun pon lagi. Susu badan pulak tu. Down gila2 time tu serious. Naim pon nampak kecewa jugak since kitorang memang dah plan nak bagi hana adik at least bila hana dah 2/3 tahun camtu.

Tapi tu lah. Semua yang jadi ni Allah yang aturkan. Kita hanya merancang. InsyaAllah everything will be okay :) Tapi bila tengok balik keadaan saya compare masa kerja dulu. This time lebih terurus. I mean masa pregnant. Even Naim pon cakap macam tu. Semua benda lah in term of diri sendiri, rumah, makan kami laki bini and even now dah ada toddler ni. Dulu masa Hana baby, boleh category life is good jugak lah sebab dia jenis easy going baby. Tapi ni dah start nak masuk 2 tahun masyaAllah mencabar ya :')

Again to mention, we both laki bini sebatang kara je dekat sini. Sakit Hana, elok Hana or even sakit elok both of us memang kami berdua je handle. So memang sangat mencabar keadaan dia. Hana pulak hantar taska. Bukan pengasuh. Kalau pengasuh tu maybe boleh la kurang sikit beban sebab kita ada seseorang yg rapat dan boleh tolong2? I dont know? Tapi rasa sama je kot. Pengasuh tu still someone yg kita kena respect as a person yg jaga anak kita waktu kita bekerja. Bukan 2nd mom/people to rely on. So yelah. Sama je :')

Alhamdulillah for all the good and bad. Especially all the blessing :) This post is credit to my husband who always supported in whatever things i wanted to do. Dari berhenti kerja, sampai la hobi bercucuk tanam yang suam2 kuku tu hahaha. Now dah hobi nak mengemas dapur dan peti ais ala2 tiktok pulak. Sabar la ya. I love you :* Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan untuk awak. Terima kasih jadi suami dan ayah yang baik buat anak2 kita :)



MITOS IN BREASTFEEDING

Masih lagi dalam mood update blog yang dah lama bersawang ni. Plus tiba2 rasa bersemangat nak menaip setelah sekian lama. Tapi sebenarnya excited nak update sebab nak cakap pasal breastfeeding susulan post sebelum ni hehe

As tittle dekat atas, we are so going to talk about mitos mitos yang sinonim dikaitkan dengan breastfeeding. Mitos=dongeng=Tak betul

Disclaimer, saya bukan seorang certified Lactation Counselor or anything close to it. Saya hanyalah seorang ibu yang menyokong 100% usaha ibu ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu. Semua information yang saya listed di bawah hasil dari cedokan ilmu yang saya kaut dari LC (read: Lactation Counselor) dan doctor doctor. Will list semua reference yang saya follow later at the end of this post


Lets go :)

1. Kolostrum ialah susu basi, harus dibuang dan jangan beri pada bayi

Kolostrum ialah cecair pekat kekuningan yang keluar di awal perjalanan penyusuan ibu. Kebiasaannya kolostrum akan keluar sejurus selepas bayi lahir. Atau it happen in certain case, ada ibu yang susunya hanya keluar selepas 3 atau 4 hari bayi lahir or even more. Susu ini hanya keluar sekali sahaja sepanjang tempoh penyusuan which mean, ianya sangat berharga. Sebab tu ianya dipanggil liquid gold. Ia ialah makanan pertama bayi yang lengkap. Kolostrum ni hanya keluar dalam kuantiti yang sangat sedikit ( beberapa ml je ) tapi ianya mampu untuk mengenyangkan bayi di awal kelahiran


2. Kiri makanan, kanan minuman

Mitos ni paling famous dari zaman saya kecik2 lagi dah ada. This is not true. Both side is just as equal. Cuma susu ibu ni ada 2 composition. Foremilk dan hindmilk. Dalam bahasa mudahnya foremilk ialah susu yang terdapat di hadapan kilang susu ibu which mean, foremilk akan keluar dahulu ketika hisapan bayi diikuti dengan hindmilk. Foremilk bersifat lebih cair berbanding hindmilk. Bewarna kehijauan/kebiruan, sesuai dengan fungsinya yang lebih kepada menghilangkan dahaga bayi. Hindmilk pula bersifat lebih pekat, bewarna kuning kepekatan yang mana ianya mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi. So, susukan bayi anda at least 10-15 minit on each side supaya bayi dapat kedua2 khasiat jenis susu. Susu kan both side? Mestilah boleh. In fact harus supaya tak besar sebelah hihi yang penting make sure susukan bayi cukup lama on both side.

The difference :)



3. Small breast = less milk

Not true at all. Kuantiti susu tu bukan diukur melalui size payudara ibu. Size payudara dipengaruhi oleh tisu lemak didalam payudara walhal penghasilan susu pula adalah melalui tisu kelenjar/kilang susu yang terdapat didalam payudara ibu.  Proses mengandung tu sendiri yang akan triggered pengeluaran susu ibu. Once bayi lahir, tugas kita ialah untuk make sure supply susu tu ada/keluar. Banyak cara yang boleh kita buat. Boleh google sebab terlaalu banyak. Cara untuk tahu bayi kita dapat susu yang cukup dan berkhasiat ialah, obviously pampers bayi penuh, kencing tidak kuning dan berbau kuat dan najis bayi bewarna kuning mustard. Kalau najis bayi bewarna hijau maksudnya, bayi tu hanya dapat susu awal(foremilk). Ibu kena make sure bayi menyusu lebih lama kalau kes macam ni berlaku. 

See :)


4. Payudara ibu mengendur akibat menyusukan bayi.

No. Payudara mengendur bukan sebab penyusuan tapi sebab kehamilan. Masa proses kehamilan, kilang susu kita akan triggered dan mula menghasilkan susu dan size akan bertambah. Sejurus kelahiran bayi, badan akan mula mengecil seiring dengan payudara. Sama je, yang tak menyusukan bayi pon akan kendur juga cuma size nya akan kembali ke asal lebih cepat berbanding ibu yang menyusu. Logik lah kan? Once kilang susu stop produce susu, payudara akan kembali ke bentuk asal. InsyaAllah. Yang penting kena jaga.


5.  Perlu bagi air masak kepada bayi yang menyusu ibu sebab susu ibu sikit

NO! Bayi bawah 6 bulan DIHARAMKAN dari diberi air masak. See. Haram tau i guna. Usus bayi belum boleh terima lagi air masak. So ibu ibu, kalau ada hasutan/bisikan keramat macam tu tak kisahlah dari makcik ke, bidan tak bertauliah ke walhal ibu kita sendiri, please stay strong. Check condition bayi kita, asalkan bibir tak kering, najis warna kuning mustard, kencing tak kuning, you totally doing great!


6. Bayi asyik menangis. Dia lapar. Susu ibu sikit lah tu

Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ibu jangan stress lepastu keep on feeding your baby until terfikir betul your milk sikit. Tak. Bayi mengangis banyak sebab. Salah satunya kita kena faham, dia baru je keluar dari dunia rahim yang mana in there, it was totally different from here. Mestilah baby menangis. Waktu ni ibu lah tempat paling selamat untuk dia. Dan this one I like the most, bau sekitar areola kita tu adalah seakan sama dengan bau air ketuban. Sebab tu bayi rasa tenang semasa menyusu. Sebab dia rasa keadaan yang seakan sama macam masa dia dalam rahim. Ada bau air ketuban, ada bunyi jantung ibu, ada bunyi suara ibu :) Beautiful isn'it?


7. Susu saya sikit. Kalau pump, keluar 1 oz je :(

Again. Check bayi punya condition. Asalkan bayi kencing cukup, najis warna kuning mustard, why bother? Hisapan bayi tak sama macam sedutan mesin pump. Boleh jadi mesin pump tu tak sesuai dengan payudara anda. Atau size corong pump tu bukan size yang sesuai dengan puting payudara. TAPI! Selagi di awal kelahiran bayi, tak perlulah ibu susah payah nak expressed susu sebab memang penghasilan susu tu sedikit. Allah dah cipta badan ibu ni hebat. Susu akan terhasil seiring dengan keperluan/perut bayi. Perut bayi hanya lah sebesar buah ceri. They dont need much. So no worries okay. Kecuali ibu ibu berada dalam situasi yang betul betul perlu untuk pump. So its okay to pump. Tapi jangan terkejut kalau hasil nya sangat sedikit. Normal :) Especially to first time mom. Usually untuk anak kedua ketiga dan seterusnya ni dah tak ada masalah dengan flow susu di awal kelahiran


8. Jangan susukan anak selepas 2 tahun, mereka akan minum darah

Tak betul. Susu ibu tetap susu ibu. Cuma, untuk bayi/kanak2 yang dah berusia lebih 2 tahun, nutrient intake mereka adalah lebih besar. Susu ibu tak cukup untuk bekalkan nutrient yang mereka perlukan. Tak salah pon untuk beri mereka susu badan selagi mereka masih mahu. Cuma tak manis la dah besar2 pon nak nenen hehe


9. Kena minum susu banyak supaya penghasilan susu banyak

Susu badan terhasil melalui peredaran darah. Lancar peredaran darah, lancar lah pengeluaran susu. Bukan minum susu punca pengeluaran susu yang banyak tetapi pengambilan makanan berkhasiat dan tinggi nutrisi lah yang penyumbang kepada pengeluaran susu yang banyak di samping ibu harus mengekalkan kadar hidrasi yang tinggi. Berbalik kepada peredaran darah yang lancar, sebab tu disarankan untuk ibu ibu yang mengalami bengkak susu/saluran susu tersumbat untuk tuam payudara mereka dengan kain basah suam/panas supaya susu boleh keluar dengan lancar semula


10. Susu ibu tak berkualiti sebab anak tak gemuk

Salah. Tiada susu ibu yang tak berkualiti. Allah cipta susu ibu ni sebaik baik makanan untuk bayi yang tak mungkin akan dapat dalam formula milk hatta dalam susu lembu/kambing sekalipun. Banyak faktor yang mempengaruhi kalau bayi tidak mengalami kenaikan berat badan walaupon menyusu susu ibu. Antaranya ialah, pelekapan yang salah (poor latch), atau bayi mempunyai masalah kesihatan seperti tongue tie. Atau lain2 masalah. Rujuklah dengan doctor. TAPI, tolong jangan banding kan size anak2 anda. Lain orang lain badan, lain tahap metabolism, lain gene. Kalau dah asal nya memang keturunan mak ayah atok nenek moyang dia kurus tinggi, takkan lah anak tu nak jadi macam ahli sumo pula. Betul tak? hehe

Hebat susu ibu masyaAllah :)

Okay lah i think 10 je lah. Here I listed down sumber rujukan saya sepanjang tempoh penyusuan saya untuk Hana


1. dr_nurhayalactationcenter (ig)

2. Imelda Balchin (fb *Doctor Imelda)

3. Happy Breastfeeding Malaysia (facebook page)


These are 3 main places for my reference when it comes to breastfeeding. Cuma dekat fb page HBM tu, kena jaga2 sikit. Sebab situ adalah tempat orang share pengalaman. Tak semua pengalaman tu betul untuk kita follow, after all can just read for knowledge and ambil lah mana yang bijak. Jadi lah ibu yang bijak. Gitu :)




BF

Okay quick update. Sebab dah lama sangat tak update blog ni rasa macam berdosa pulak. Plus rasa macam ada kerajinan sikit malam ni so why not

Tadi saja belek2 post blog saya yang lama2, senyum sorang2 tengok. Thinking how far has my life changes. Kita takkan tahu apa yang akan menanti kita dekat depan. Semuanya misteri. Bila ingat balik dulu masa kecik2 selalu rasa nak naik mesin masa doremon sebab nak tengok macam mana diri kita bila dah besar. Entah apa yang tak sabar sangat tak tau la. Sekarang bila fikir balik, mana boleh macam tu. Kalau masa depan tu tak misteri, nanti manusia ni akan jadi malas. Taknak usaha lebih. Mengharapkan semua nya datang bergolek yelah sebab kita dah tahu apa yang akan jadi kan. Tapi tak. Allah tu Maha Bijak Maha Hebat. Dia tak buat macam tu.

Even sekarang kalau fikir apa la yang akan jadi nanti, mesti takut. Semua pon ada rasa macam tu kan. Tapi tu la Naim selalu cakap, jangan takut. Kita ada Allah. Yang penting kena usaha. Usaha selagi boleh, yang selebih tu serahkan pada Dia. Dan doa of course. Naim selalu tanya, 

'Bila awak last doa untuk abang?' 

Dulu kalau dia tanya macam tu, saya rasa macam nak marah pon ada. Haha tah pape kan tu pon nak marah. Ye la, ape dia pikir wife dia ni tak doa untuk dia ke? Setiap kali solat kita doa tau. Tapi bila lama2 baru terfikir, sebenarnya dia tanya macam tu sebab dia nak wife dia doa lebih untuk dia. So selagi boleh doa saya doa. Time masak, time hujan, time salam dia pi kerja, dan bila2 time je la. Sebab doa ni bukan time solat je kan. Tak solat pon boleh doa. Bila2 je takde larangan kecuali dalam toilet? Betul ke? Betulkan kalau saya silap. 

Okay la sebenarnya bukan nak cakap pasal tu pon hehe saje je entry buat gempak. Sedikit life update, alhamdulillah sekarang my daughter dah masuk setahun 6 bulan. Lagi 6 bulan untuk 2 tahun. Ya Allah cepat nya masa berlalu. Pejam celik pejam celik tiba2 dah nak masuk 2 tahun anak ibu :') Which means dah setahun 6 bulan jugak saya breastfeed my baby alhamdulillah masih diberi rezeki sampai sekarang walaupon banyak onak duri. Ye gais, harini saya nak sembang pasal my breastfeeding journey

Mana yang tak selesa tu especially man(if ada) boleh skip this post.

First of all, saya memang seorang yang tak simpan/malu untuk bercakap pasal bf (read as breastfeeding) di social media/face to face. Sebab bagi saya, bf tu ada lah makanan/supply paling bagus yang we can offer to our babies as well tu adalah hak mereka. Saya tak judge/prejudice to mothers yang tak mampu/tak bf kan anak diorang sebab for me, as a mother, kita sentiasa usahakan sesuatu yang terbaik untuk anak tak kira apa juga keadaan. Bila diorang buat keputusan untuk tak bf tu maknanya ada lah tu benda yang mempengaruhi pilihan diorang. Apa yang penting, anak tu membesar elok sihat cukup makan pakai. Alhamdulillah

Dulu before ada anak saya selalu fikir yang bf ni adalah sesuatu yang natural. No big deal. Sumbat je la miss B tu dekat baby nanti diam la dia. Tengok mak sendiri, makcik2 rileks je susukan anak camtu je kan. But NO. Bukan semudah itu ya huhu. Sebab tu ilmu tu perlu. Gali lah sedalam dalam nya ilmu penyusuan especially to those yang dah pasang niat nak bf anak sampai 2 tahun

As for me, saya adalah seorang EP mom which known as Exclusively Pumping mom. My baby taknak direct feed me aka dia taknak susu direct from my miss B. Dia nak minum dekat botol je. So saya kena pump all the time to make sure demand baby is fulfilled. Untuk jadi EP mom ni, disiplin memang kena jaga. Tak boleh miss waktu pam paling lama 3 jam untuk make sure supply tu sentiasa ada. Sebab susu ni terhasil dengan konsep supply and demand. Selagi ada demand which happen in my case selagi kita pam, selagi tu la supply susu tu akan ada. Lebih banyak kita pam, lagi banyak la susu kita. Logik kan? So setiap 3 jam saya kena make sure saya tak missed my pump session

Hana sebenarnya tak ada problem dengan direct feed masa 3 bulan pertama dia hidup di muka bumi ni haha. Okay je dia menyusu direct tapi once saya start kerja je, dia dah start taknak direct. Term in breatfeeding world nya; Nipple confuse. Nipple confuse ni bila baby tu dah terbiasa menyusu from bottle until dia lupa/malas nak menyusu direct mak dia. Ha macam tu. Sebab sebenarnya kalau menyusu direct ni, baby kena make extra effort sebelum susu tu keluar. Tapi kalau menyusu botol, sepantas ABC susu dah keluar. Lagi senang lah kan. Macam tu lah kiranya. 

Hana start nipple confuse masa saya start masuk kerja habis matternity leave. Mula2 macam in denial jugak bila Hana refuse direct feed saya. Bila offer je dia nangis. Nangis betul2 pulak tu macam kena dera huhu. Ibu pon ikut nangis jugak sebab tak ready. Tapi my husband macam biasa selalu ada untuk bagi kata2 yang bernas to make me feel good. Dia kata

'Takpe la Hana taknak directfeed awak. Boleh abang tolong bagi kan susu pulak lepas ni. Awak boleh la rehat sikit. Malam2 kesian abang tengok awak susu kan Hana, nak tolong abang takde susu'

Huhu memang pon. Penat tau susu kan baby ni. Naim pernah caught me sleeping while sitting masa susu kan Hana sambil mulut ternganga. Penat sangat tu huhu. lagi pon, saya jenis bekerja dalam shift pattern. Ada masa kena masuk office petang and balik rumah dah lewat malam pukul 1 pagi macam tu. So its actually a wise choise especially untuk baby sebab kesian kalau dia still direct feed, susah nak tido kalau ibu tak ada. Baby yang direct feed ni diorang suka bau ibu diorang kalau nak tido. 

And sebab kan choice yang saya and husband decide ni la Hana sekarang extra triple rapat/manja dengan walid dia. Sebab naim take over tugas susukan dia. Ada orang cakap, bonding baby dengan ibu ni kurang kalau tak direct feed. For me benda tu tak berasas. Sebab kita ibu dia. Tak ada satu benda pon dalam dunia ni yang boleh deny the fact that we are the mother. Gituu

Kalau dekat office, saya transparent dengan colleague and boss yang saya bf baby. Saya perlu pergi pam setiap 3 jam, tapi kadang2 ter skip jugak bila ada issue/banyak kerja. Alhamdulillah colleagues and boss saya faham. Pernah one time saya terpaksa ambil MC sebab terkena bengkak susu. Bengkak susu ni jadi bila kita tak expressed/keluarkan susu dengan effective. Atau mungkin ada saluran susu yang tersumbat. Ada banyak cara untuk treat masalah ni, nanti la buat entry lain if rajin. Cuma nya nak cerita, masa inform boss pasal reason MC tu, dia siap bagi nasihat lagi what to do etc. My boss is a man tau. Tapi sebab dia pon seorang ayah dan ada wife yang bf, so dia faham. Alhamdulilah saya ada surrounding yang supportive.

Tapi the journey itself tak semudah entry blog ni. All the roller coster emotion in between tu hanya Allah je tahu. Semoga jihad kecil saya ni di terima dan boleh menjadi asbab di sana amin. As for now since Hana dah start makan ni, demand susu dia dah kurang and slowly my milk supply pon start berkurang tapi alhamdulillah masih cukup. Cuma yang jadi kerunsingan nya, dia taknak minum air lain selain susu ibu dan air masak. Air lain tu boleh minum tapi sedut sikit2 je. Kalau air manis tu saya tak risau sangat la sebab memang tak elok kan tapi ni cerita pasal susu. Fresh milk ke, UHT milk yang dalam kotak tu ke, susu formula ke, semua dia taknak.

Ibu macam mati kutu jugak lah. Since Hana dah kurang menyusu so saya risau dengan calcium intake dia. After buat baca2 sikit and tanya doctor, they said no problem pon kalau baby taknak minum susu cuma ibu kena jadi extra creative. Lebihkan meal yang ada sumber calcium macam cheese, brokoli, bayam, etc. So okay la tenang sikit hati ibu since Hana ni takde problem makan alhamdulillah.

Okay la macam takde input sangat je entry ni haha. Just a life update. Nanti2 la fikir kalau rajin saya share la apa2 pasal bf from my readings and amali. Okay la till then. XOXO



LABOUR 3

K this will be my last labour entry. Sambung balik cerita haritu yang time nurse letak hana atas dada tu. Tak silap saya dalam 3 minit macam tu je nurse letak. Lepas tu diorang amik baby untuk bawak pergi further check. Timbang berat, tinggi, ukur lilit kepala etc. 

Naim pulak lepas baby dah keluar tu dia still ada sebelah saya. Pegang tangan. Nurse dah ber basa basi suruh dia keluar, kengkonon suruh pergi berbuka puasa since dia still tak berbuka lagi, tapi dia takmau. Ada la dalam 2 kali nurse suruh dia pergi berbuka. Lepastu tiba2 ada sorang nurse ni datang bawak kan air mineral, 


'Encik, minum lah dulu. Ada orang dekat luar bagi'


Masa tu i was, baiknya lah hai nurse2 dekat hospital ni. I was thinking dia saje je cakap orang bagi (walhal dia yang bagi) rupanya memang orang yang bagi gais. My mom yang bagi hahaha. Mama ada dekat waiting area dekat luar dengan kak nia and abang ipar time tu. Diorang pon berbuka air je masa tu :') Oh dari dalam bilik tu i can clearly dengar nurse dekat luar dok jerit2 berat baby.


'3.36kg!'


Haha main jerit2 je diorang ni ek. Takpelah janji kerja enjoy kan jangan stress2 hihi. Masa dengar berat hana tu terus terfikir, alhamdulillah bukan 3.6kg. Sebab masa final scan before beranak tu, estimated berat baby 3.6kg huhu.  

Then lepastu nurse yang lain pulak datang bawak perkakas perkakas. Nak jahit. Masa tu i dah seram. Seram bukan sebab apa, seram sebab naim ada. Haha. Sebab terfikir, dia tak trauma ke nanti tengok wife dia kena jahit dekat bawah tu? Jahit kotttt. Jarum keluar masuk. Erkk. Rupanya memang procedure husband tak boleh ada masa wife tengah di jahit. So naim terpaksa lah keluar. Masa kena jahit tu baru saya start rasa mengantuk sangat. I tot i penat sampai rasa mengantuk, tapi bila fikir balik rasanya bukan mengantuk. Might be kesan ubat tahan sakit yang saya ambik masa push tadi. Memang rasa khayal je. 

Before that, sebelum jahit tu nurse tolong keluarkan uri pulak. This one i serious tak ingat hows tapi boleh rasa la uri tu keluar. Tak silap nurse ada tekan perut sikit kot? Eh entah suka2 je hahaha. Serious tak ingat. Kalau tanya sakit ke tak, i kata tak rasa apa2 pon huhu. K dah habis pasal uri. 

Oh, orang selalu kata masa jahit ni kita di jahit hidup2. Statement tu tak betul tapi tak salah. Ha macam mana tu. Yes kita dijahit time hidup (alhamdulillah) but still diorang bius so tak ada lah 'hidup2'. Bius dekat tempat nak jahit tu je supaya tak ada rasa sakit. Tak rasa pon masa cucuk tu. Thats why sesetengah orang fikir diorang di jahit hidup2 kot sebab memang tak rasa masa kena cucuk bius tu. TAPI, masa dia jahit tu still lah kita rasa ada something is happening. Terasa ada sesuatu keluar masuk dan ditarik. Tapi skala sakit tu tak ada. Cuma kita rasa. Tapi tak sakit, tapi rasa. Ha faham tak macam mana. Ha macam tu lah huhu

Sebelum cucuk ubat bius tu, nurse ada terangkan yang dia nak cucuk bius. Thats why saya tahu. Kalau tak, i also didnt aware kena cucuk huhu. Nurse kata, cucuk bius ni tak boleh terlalu banyak sebab nanti apa benda tah jadi im not sure. Tak kisah lah. So nak dijadikan cerita, lepas cucuk tu i was left alone. Position still macam tengah beranak tu kaki still terbukak tapi nurse tolong tutupkan dengan kain sebab nak tunggu dr datang check.

Then nak dijadikan cerita lagi, masa dr check, i nampak muka dr tu macam something is wrong. Dalam hati dah risau apa benda pulak dah ni. Please lah jangan pelik2. Lepas tu dr tanya


'Nurse mana jahit awak ni. Ada lebam ni'


Hah sudah. I dah kus semangat. I asked


'Kenapa kalau lebam dr?'


Masa tu dah hilang rasa khayal/mengantuk. Sebab seram lebih menguasai diri. Dr kata lebam is fine cumanya dia risau tu bukan lebam tapi darah beku. Kalau darah beku alamatnya kena tolak pi OT (operation theater) lah nak buang darah beku tu. Gila mak. Terus terbayang macam2. So saya kena hold dekat labour room tu 3 jam sebab dr nak make sure yang tu memang lebam instead of darah beku. Dr kata lebam mungkin terjadi masa cucuk bius tadi. I pray so hard masa tu hoping that it was just bruises.

Sementara tunggu 3 jam tu memang pisang lah. Apo nak buek ni hah. I pon duduk lah elok2. Position kaki melunjur. Betul2 kan rambut sebab masa push tadi nurse bukak kan getah rambut. Dia kata lebih senang beranak kalau rambut lepas. Oh cakap pasal rambut. Ada cerita kelakar gais. I was once asked naim how do i look masa teran. Wonder how. Kot macam anzalna ke before dia masuk bilik bedah time nak bersalin tu ke kan. Who knows. Tapi konon2 pancing lah dulu. Taknak lah nampak sangat 

'Masa teran haritu mesti saya macam hantu kak limah kan sayang. Yelah nurse tu bukak getah rambut saya'


I expecting naim jawab la puji2 i ke apa ke kan. Deny la yang hantu kak limah tu. Tapi gais guess apa dia jawab? Dia tak jawab apa2 tapi dia senyum2 je pandang bini dia ni. Maknanya apa? Maknanya memang macam hantu kak limah laaaaa T_________T stress

Oh ada dia cakap. Dia cakap;


'Mulut sayang biru masa teran tu'


I was like, huaaaaa memang hantu kak limah lah cerita dia. Dah lah rambut lepas, dah tentu2 kusut masai. Lepastu mulut biru pulakkkk T______T

Sedih. Hahaha. K 

So sementara menunggu 3 jam tu i request nak peluk baby dekat nurse. Oh wait. No no. I actually dengar baby menangis dari dalam bilik tapi i wasnt sure issit my baby or not so i minta tolong nurse check. I expect nurse datang bagitahu info je tapi tak sangka nurse datang bawak baby :) Happy nya masa tu. Terus request nak dukung. Masa nurse bagi hana tu, dia tengah tidur. Tapi dekat mata ada air mata. Maknanya dia baru lepas berhenti nangis tapi dah diam sebab penat. Huu kesian anak ibu. Masa tu rasa sedihnyaaa kesian anak ibu cry. Terus amik dukung cium hana. Masa tu masyaAllah tak tergambar perasaan. Sedih sangat masa tu. Bukan sedih apa tapi sedih bersyukur. I scan every inch of her. Cium dia. Wangi sangat. Bau syurga :')

Lepastu terus rasa macam nak susukan dia. Bila fikir balik, wow how come boleh terfikir nak susukan dia eh time tu padahal nurse tak ada pon plus ive never been in this situation (situasi momen pertama ibu dan anak) Semua tu macam automatic sangat. Cam mana eh, mungkin Allah dah cipta kot yang kita ni sebenarnya capable cuma kita yang tak tahu. Ah gituww ustazah sangat

Alhamdulillah hana pandai latch. She did so well. Nurse datang time hana tengah susu, terus kena puji hihi. Ibu dapat puji, baby pon dapat puji sebab pandai menyusu. 

Nak dijadikan cerita, masa tengah handle hana, jarum dekat tangan saya tercabut. Darah pon memancut2 lah keluar serious. Masa tu i gelabah gila terus jerit panggil nurse. Gelabah sebab takut baby kena darah huhu. Nurse datang terus bawak baby keluar. Masa tu ramai gila nurse masuk. Dr as well. Sebab concern diorang untuk ibu lepas bersalin ni taknak hilang banyak darah. Terus dr suruh check blood pressure saya and ada lah benda2 diorang check jugak. Alhamdulillah tak ada apa2 serious. Nak dijadikan cerita, yang pasal lebam dekat tempat jahitan tadi pon tak ada apa2 jugak alhamdulillah. 

So lepas dr puas hati, baru saya boleh balik ward. Kalau hospital kerajaan, diorang takkan jaga baby kita tau masa malam pertama kita bersalin tu. Kita yang kena jaga baby sendiri. Sebab hospital kerajaan ni mengutamakan penyusuan susu ibu. For me, i lagi suka macam tu. I mean, spend the night with baby. Malam tu i spent the whole night dukung + susu kan dia hihi. Surprisingly tak penat pon masa tu in fact rasa lagi semangat. Sampaikan nak pergi toilet pon pergi laju2 sebab rasa rinduuuu sangat huhu.

Nak share something, my first pee experience hihi. 5 jam selepas bersalin normal, kita kena make sure we peed sebab hospital nak tahu kalau ada apa2 masalah tak dengan kita punya bawah. Yelah kan. 'She's gone through alot kot huhu. Masa nak kencing tu seriau gila. haha. Tapi alhamdulillah semua okay. Tak lah teruk mana pon macam biasa je. Cuma nurse kata kalau kencing sakit, might be saluran kencing kita kena jangkitan kuman. Huu

Masa dekat toilet tu suddenly jantung saya pumping laju gila until i can barely hear. Terus terfikir, aku nak mati ke ni. Risau. Terus cepat2 settle apa yang patut and slow2 je jalan pergi dekat katil. Baring. Sambil perhati hana dalam trolley basket tu. Tenang rasa tengok anak sendiri. Terus hilang rasa jantung tadi huhu. 

So nak dijadikan cerita, esok nya tengahari saya dah boleh discharge. Saya orang pertama yang dapat discharge haritu hehe ingat lagi. Alhamdulillah. Okay tamat cerita labourrrrrrrr finishhhhhhh

LABOUR 2



Okay sambung cerita.


Tak sure pukul berapa saya masuk LR haritu. Tak silap dalam lepas asar rasanya. Sebelum masuk tu ingat lagi, nurse tanya nak pegi LR guna kerusi roda ke taknak. Belum sempat jawab, nurse dah potong

‘Tak payah lah ye. Nurse tengok nia macam rileks je. Kita jalan je la, cepat sikit beranak’

Hahaha. Nasib masa tu memang tak rasa sakit lol. K sambung balik cerita masa dalam LR. I memang tak rasa sakit langsung dalam tu until lah dr datang pecah kan air ketuban. Masa tu I have no idea pon diorang nak buat apa. Tiba2 datang sembang2 sesama sendiri then pakai glove lepas tu suruh I bukak (*read bukak kaki) Lepas bukak tu baru dia cakap nak pecah kan air ketuban. Masa tu I was, Aaaaaaaa ape ni ape ni. Tiba2 rasa air panas mengalir keluar. Eh tak rasa apa pon? haha. Macam tu je tak ada rasa apa apa pon ok gais don’t worry

Dr pecah kan air ketuban sebab nak activekan labour process tu. K fun info, but this one im not so sure sebab tak ingat baca dekat mana / kajian negara mana tapi tak kira nak jugak tulis, peratusan ibu yang pecah air ketuban secara semula jadi sangat sikit. Selebihnya dr yang tolong pecahkan. Haaa gituu. K sambung. Lepas air ketuban pecah tu baru saya start rasa sakit. Nak kata sakit maha dasyat tu takde la sangat tapi sakit lah. Masa tu saya sensorang je. Tapi I rileks. Tak sempat pon nak rasa sedih layan contraction sensorang tiba2 dengar orang bagi salam. Rupa2 nya naim masuk siap2 dah pakai baju and topi bedah huhu.


For info, LR dekat hospital kajang tu tak boleh suami masuk ye. Sebab setiap bilik tu ada 2 partition yang dipisahkan dengan tirai je. That’s why suami tak digalakkan masuk. Tapi in certain case kalau tak ada orang nurse bagi je suami masuk. Don’t be scared okay. Macam saya haritu, alhamdulillah naim ada the whole process. Sebab katil sebelah tak ada orang hehe alhamdulillah. In fact, nurse sendiri offer dia masuk sebab naim kata;

“Nurse fed up kot abang sikit2 tanya awak okay ke tak”


Kekke. So sepanjang process layan contraction tu I diam je takde jerit2 cakar2 naim ke ape ke huhu. I dok diam sambil tarik rambut. Haha. Oh position masa tu mengiring badan ke sebelah kiri sebab ada baca, untuk active kan labour kita kena baring belah kiri secara C macam tu tak ingat la. Nanti u google lah k haha. Sambil selamat nabi yunus

Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin


So process layan contraction berlalu semakin lama semakin kuat. It didn’t took a lot of time. Memang rasa laju je semua tu berlaku. Betul lah kot orang cakap kalau induce ni sakit tu datang sekali gus. Tapi for me, I lagi suka macam tu dari rasa sakit lama2. huhu. Masa sakit di tahap medium, I dah tak rileks. Bergerak gerak sikit, naim still sebelah I urut2 belakang badan sambil baca yaasin. Kebetulan masa tu nurse datang jenguk terus dia tanya

‘Puan nak ubat tahan sakit tak?’

Masa tu dari sakit jadi tak sakit sebab berfikir. I was Aaaaa aaaaa. Then naim terus je jawab

‘Boleh je nurse’

Kita yang sakit dia yang jawab. Sebab dia kata dia taknak saya sakit. Alolo so sweet. Tapi I okay je sebab masa tu i tak ada masa nak berfikir. Thank you sayang tolong fikirkan untuk saya hahaha. Lepas nurse cucuk tu dia cakap

“Haa okay lepas ni puan boleh lah tidur sekejap’

Sebab analoginya lepas cucuk tu kita akan khayal and kurang sakit. Tapiiiii, not in my case. The contraction is getting strongerrrr. Ubat tu tak berkesan nak kurangkan sakit saya hahaha. The contraction keep on coming in fact makin kuat. Time tu dah start gigil2 badan. Tiba2 rasa nak terberak sangat2. My mind terus triggered, ALAMAK RASA NAK TERBERAK, BABY NAK KELUAR TAPI JANGAN TERAN LAGI NIAAAA. TUNGGU DR DATANGGGGGG

Nampak tak dengan diri sendiri pon drama. Masa tu I dah tak boleh tahan terus jerit minta naim tolong panggil nurse. Walhal sebelum beranak punya lah dah set mind taknak jerit2 huhu. Dia pon gelabah lari cari nurse sebab tengok bini tetiba jerit walhal tadi diam je huhu. Then nurse masuk sekali dengan dr terus check jalan. Ingat lagi ayat dr tu lepas settle check

‘Alhamdulillah puan, macam ni lah kita nak. Progressive labour. Bukaan dah 7cm. InsyaAllah lagi 2,3 jam puan beranak lah’

I don’t remember the term tapi maksud dia labour process tu activily happen la which bukaan jalan tu keep on happening tak stagnant gitu. Masa dengar dr kata 2,3 jam akan beranak tu I was like, eh hello ni kepala baby sikit lagi nak tekeluar aku tahan je tak bagi keluar sebab belum 10cm lagi okay. Takkan nak kena harungi 2,3 jam macam niiiiiii. In denial bila dr kata lambat lagi nak bersalin sedangkan i boleh rasa baby dah hujung2 dah tu huhu

Tapi Dr pon keluar bersama nurse2 nya. Nak pergi berbuka sebab masa tu dah nak masuk waktu hahaha. Tak sampai brapa minit I think lepas dr keluar, I dah tak boleh tahan. I trust my motherly instinct more other than dr pakar cakap tadi lagi 2,3 jam plus masa tu dah sakit yang maha dahsyat datang and kenot tahan anymore. Time tu I jerit kuat gila dekat naim

‘SAYANG TOLONG PANGGIL NURSE BABY DAH NAK KELUAR SANGAT SANGAT NI GRRRRRRRRRR’

Grr tu imitasi menggigil sebab I memang tahap gigil kepit bontot tak nak bagi baby keluar sebelum waktu nya sebab gurl I don’t want it to koyak rabak sebab ada baca, jangan teran selagi belum bukaan penuh nanti koyak teruk. huu takmau

Then nurse pon datang. Nurse india sebab masa tu muslim semua tengah berbuka puasa. Nurse masuk je terus check bukaan,

‘Okay puan, boleh teran sekarang’

Selamba nurse tu cakap. Masa tu ter pause sekejap kesakitan sebab tak expect nurse cakap macam tu

‘Dah 10 cm eh nurse?’ 

I asked. And she said yes. Finally I can teran. Then 2 nurse melayu masuk assist indian nurse tadi. Ye sis, I beranak nurse yang sambut. Haha. Nurse senior I believe sebab masa tu kan tengah berbuka puasa. Memang tak ada orang lah huhu.

Alhamdulillah all went well. Bersyukur sangat2. 

Ada cerita kelakar masa teran baby keluar tu. Masa tu trust me I teran with all my heart tapi tak boleh boleh. Nurse keep on encourage suruh saya push. Dia cakap 

“Geram puan geram. Teran macam berak keras tu”

Saya jawab;

‘Saya berak duduk nurse. Ni baring macam mana nak terannnnn’

Lepastu nurse2 tu bantai gelak. Saya tengah sakit kot. I mean it. Hahaha. Tapi betul lah kan? Dia suruh bayangkan berak keras, so I pon imagine la sitting on toilet bowl. But this one is not sitting so hows hahaha.

Then after awhile I don’t remember macam mana this situation lead tapi yang saya ingat, saya tak boleh2 jugak teran so nurse kata

‘Eh dah lah puan tak payah lah teran. Susah sangat kan’

Lepas nurse cakap macam tu I rasa tercabar gila, lepas je contraction datang, I pon teran paling hebat sekali and alhamdulillah keluar lah seketul hana. I can feel her head came out from me. Masa tu tak lepas Allahuakbar dari mulut. Perasaan tu tak tahu nak describe. Bersyukur yang emosi sangat2. Naim dekat bawah tengok baby keluar the whole process. Lepas baby keluar terus dia datang cium kepala and said

 ‘Thank you sayang’ :')

Masa tu ada delay beberapa saat tak dengar suara baby nangis. Beberapa saat tu rasa lama sangat serious. Jantung ni macam stop sekejap. Naim kata lepas nurse tepuk2 baru hana nangis. Alhamdulillah all went well.

Terus nurse letak hana atas dada saya :’) I still remember the first clear look of me to her is her head. Haha. Sebab I is rabun kan so tak nampak la masa nurse tayang hana dari kaki tu. Bila nurse letak hana kat dada tu, view saya nampak kepala dia. Masa tu hana start crawl cari susu. Amazing right? :’)

Oh as soon lepas bersalin tadi terus nurse suap kan milo panas dengan straw. Alhamdulillah. Tah bila nurse buat saya pon tak perasan. Recharge energy. Tapi masa tu tak rasa penat pon sebab dapat kekuatan luar biasa bila dapat pegang anak yang selama ni I carry inside me :’)

huuu sedih lah. Bukan sedih tapi terharu. Teringat balik saat2 tu. Okay lah nanti sambung lain. Nak sedih sorang2 kejap. XOXO