Sunday, October 30

NETBALL

MARATHON30: 12
Ok takmau lah cakap fully English dah. tak biasa lahh. Huhuu:p Tadi baru lepas sembang2 dekat Fb dengan kawan2 sekolah lama saya dulu or lebih tepat kawan2 satu team netball masa freshman sekolah menengah. Tiba2 rindu lah pulak nak main netball. Dah berapa zaman tak main. Then terfikir, patot lah sekarang nak berfikir susah sangat, rupanya dah lama tak bersukan. Asyik duduk rumahh je. Masa dekat UiTM lagi lah, mana penah saya jogging petang2. Duduk dalam rumah jee.. Wuhuu..


Nasib baik saya ni susah nak naik badan, kalau tak mesti dah jadi bola. Saya main position Ga/Gs. Mula2 dulu main Ga tapi makin lama makin pancit, so cikgu tarok saya dekat Gs. Keje dapat bola, shoot dapat bola, shoot jelah. Takpayah lari. Senang hati:p Tapi saya ni bukan lah sharp mana ponn. Haha cite macam gempak je kan? :p


Game yang paling saya tak boleh lupa masa lawan dengan Singapore. Siries tinggi2 gile lah dorang. Masa tu saya baru Form2, kitorang satu team Form2. Walaupon kalah tapi puas hati sebab ada pengalaman macam tu and dapat tengok macam mana diorang punya training. So dapat lah cilok sikit2 style dorang. Hehee:p
Hahaa. try spot me:p Ganas kan Nia? Masa ni Form4. Kejohanan Antara Teknik(KAT) dekat Teknik Kajang.

Friday, October 28

THE POWER OF WORD

MARATHON30: 9
Article ni actually Bahasa Inggeris tapi saya translate and tambah2 ala kadar jadi Bahasa Melayu. Perkataan2 yang selalu Perempuan guna untuk describe perasaan dorang especially to men. Hehee..


FINE: Perkataan ni selalu keluar dari mulut girls bila dorang mengalah masa berdebat dengan boys. Perkataan ni jugak pertanda supaya boys must shut up kalau awak taknak dirasakan annoying oleh girl tu. hehehh


FIVE MINUTE: Girls selalu mintak 5minute nak bersiap tapi hakikatnya maybe akan jadi lebih setengah jam. Huhuu.. Sabar jelah ye boys:) Maybe awak boleh pegi lari 10round dekat padang dulu kee.. kan2?


NOTHING: Kalau girls cakap 'Takde pape' actually ada benda lah tu dia simpan. Jangan awak cakap 'Betul ni takde papee? okay lah kalau macam tu' Haa kalau awak cakap macam ni, get ready lah nak perang besar or kena merajuk seminggu..


GO AHEAD: 'Buat lah buat..' Kalau girls cakap macam ni, baik awak jangan buat kalau tak, Hahaa.. Siap sedia lahh..


LOUD SIGH: Haiihhhhhhh..... Actually this is a word yang dia perlukan perhatian dari awak untuk calm her down. Dia perlukan awak saat2 susah macam ni, bukannya keluhan biasa yang awak sangka dia penat or whatsoever..


IT'S OKAY: Girls selalu cakap 'Its okay' especially to their beloved one sebab dia taknak orang yang dia sayang tu risaw. Tapi sebenarnya, hanya tuhan yang tahu betapa berdarah, berkecai nya hati dia..

nota kecil: Sekarang musin hujan kan? Em emm..



PALAM

MARATHON30: 8
Okay macam tak sangka saya akan cakap benda ni, tapi tiba2 terrindu Puncak Alam lah pulak. Tiba2 rindu jalan kaki nak pergi kuliah, tiba2 rindu angin kuat yang macam puting beliung masa hujan, tiba2 rindu nak denga jiran rumah sebelah menyayi kuat2, tiba2 rindu berebut2 nak baya makanan dekat cafe masa lunch, tiba2 rindu suasana belajar, tiba2 rindu bangun lambat nak pegi kelas, tiba2 rindu nak minum Mango juice blended gelas besar minum 4orang yang sejuk giles sampai boleh brain freeze, tiba2 rindu bangun pagi2 then kusut nak pikir baju ape nak pakai and the most unbelievable thing, tiba2 rindu tangga kejayaan yang ada 284 anak tangga yang wajib kitorang naik turun kalau nak pegi kuliah. Hahaa.. Lebih kurang tangga Batu Caves lah senang cite. Kalau naik tangga tu 50kali turun naik nonstop, gerenti kurus onthespot wa cakap luu..

Nampak tak tangge tu. Atas tu apartment kitorang. Tangga tu belok kiri kanan taw. bukan staright. Fuhhh-__- 


(Klik dekat gamba kalau nak lihat lebih jelas) A'ah saya tiba2 rindu dekat Puncak Alaam setelah nak dekat sebulan cuti semester. Masa before cuti dulu, saya siap cakap lagi 'Jangan harap lah aku nak rindu kau Puncak Alam, memenatkan aku je dok sini. Dok umah lagi bestt' Hahaa sombong gile Nia. sekali tengok sape rindu kat sape. Padan muka kan?:p 


nota kecil: Nak ajak Papa mandi pantai lahhhh...

Wednesday, October 19

BAHASA BI

MARATHON30: 4
Dulu masa kecik2, saya selalu cakap Bahasa Inggeris tu, Bahasa BI.. Hahaa tah pahape kan? Dah Bahasa lepastu bahasa lagi. Faham tak apa saya merapu ni? hee:p Okay forget it.. Sekarang ni, Bahasa Inggeris dah jadi makin penting dekat Malaysia. Kat mana2 pon, orang nak jugak kita berbahasa Inggeris. Atleast basic pon dah kira okay:)
Hello:D

So sekarang, kita sebagai youngster sangat perlu lah mantapkan our English.. Belasah je apa yang kita tawu atleast kita cuba dari malu2 nak cakap. kan? Kalau salah takpe, Insyaallah ada lah tu orang betulkan and of course we will absolutely learn from the mistake. Kalau malu sangat nak cakap, kita cakap lah dengan parents kita kee, Bf kee.. Haa kalau malu jugak, cakap dengan hamster kee.. Memang lah hamster tu takboleh betulkan salah kita, tapi mana tawu ada orang terdengar kee.. Nanti dia betulkan lahh.. Hehee
Am I cute people? Owww I'm so shy.. No camera please..

Untuk saya pulak, saya mengaku saya pon malu nak cakap2 BI dengan orang ni. Hahaa tapi saya try jugak cakap macam dengan Mama ke adik2 ke, tapi basic2 jelah kann.. Masa tunggu intake UiTM haritu saya ada kerja dekat Guardian, customer pulak kebanyakannya tourist, so memang kena cakap jugak lah kan. Mula2 hello welcome hello welcome jelah sebab ketaq, lama2 Alhamdulillah boleh la sikit2.. Sikit2 lama2 jadi bukit kan? :)
Macam menabunglah plak kan sikit2 lama2 jadi bukt ni?:p

So my friends, kita sume dah buat yang terbaik untuk speaking MUET(buat yang amik MUET bulan ni), sekarang ni, kita sama2 doa keputusannya excellent. Insyaallah Aminn.. And Gudluck for this becoming Listening, Writing and Reading test!:DD

nota kecil: Doa Nia jadi gemok ye cuti sem ni:) Aminnn.. 


Sunday, October 16

FURTHER vs NOT

MARATHON30: 3
Zaman sekarang ni, pelajaran memang tersangat lah penting. Pergi mana2 pon orang akan tanya kita punya status belajar. Whether kita ni lepasan SPM ke, Diploma ke, Ijazah ke, Phd ke or Master.. Even nak jadi cashier kat supermarket pon orang nak sekurang kurangnye ada SPM.. Yela, jadi cashier ni kan amanah, pegang duit banyak2.. 
Bayar gune Mykad pon boleyy~

Tapi ada sesetengah mentaliti masyarakat kita yang terlalu pandang rendah sangat dekat remaja2 yang pilih untuk stop from further study. They choose to find their own money.. Mungkin ada sebab mereka buat macam tu. Kita sebagai masyarakat tak layak lah kan nak hukum mereka semata2 takmau further. Mungkin rezeki mereka ada dekat tempat lain. Who knows.. Mungkin minat mereka bukan belajar but more to something else. Kan?
Haaaa, inspiring tak?:DD

Tapi kalau dorang choose not to further study and dudok saje je kat umah plus menghabis kan berass, haaa tu memang tak patot lah kann. Habis kan mase dudok rumah, lepastu bile malam merempit.. That one memang patut kena bebel tak memasal..
Waaaaaaa.....(impressive)

Ada kes remaja tu memang tak minat nak belajar, tapi didesak jugak dengan parents or orang sekeliling untuk belejar belajar belajar. Memang takkan jalan jugak cara macam ni. Saya rasa lagi tambah masaalah, lagi2 kalau kena hantar further jaoh2.. Lagi2 anak perempuan.. 

Tapi kalau boleh, for sure lah kite nak kan yang terbaik lebih2 lagi parents. Mereka nak sangat tengok anak2 yang mereka didik dan asuh dari kecik bagai menatang minyak yang penuh jadi seorang manusia yang berguna.. Dan kita pulak sebagai anak mestilah nak hadiah kan yang terbaik untuk parents sebagai balasan terima kasih membesar kan kita dengan sempurna. Kan?
Insyaallah. I want to be like this and make my parents proud:')

nota kecil: Wahhh.. terase macam buat karangan SPM lah pulakk. Haha:p

Wednesday, October 12

KADANG2

MARATHON30: 2
Kadang kadang,
Kita tak tak perlu heboh satu dunia nak kata kita couple dengan dia.
Kadang kadang,
Kita tak perlu jerit satu dunia nak kata kita suka dia.
Kadang kadang,
Kita tak perlu 'make a move' nak bagi tawu kita sayang dia.
Kadang kadang,
Kita tak boleh percaya sangat janji manis dia.
Kadang kadang,
Janji diorang tu betul jugak -__-
Kadang kadang,
Kita pon pening nak percaya yang manaa. Haihh..
Comelnyee! Rase nak pijak2 paham tak? Eeeeee!

nota kecil: Esok saya MUET. Pray for me. Wuuuuu T.T








Tuesday, October 11

ADAM

MARATHON30: 1
Jika benar seorang Adam itu mencintai seorang Hawa, maka:
• Bawalah dia ke jalan Allah
• Nasihati lah dia
• Perbetul kan kesilapan nya
• Jaga lah dia dgn baik
• Lindungi lah dia
• Beri lah kasih sayang padanya
• Ikatlah dia dengan ikatan yang sah
• Terimalah dan cintailah kekurangannya
• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

Sebaik baik perhiasan didunia adalah wanita solehah..
Semoga jodoh saya seperti Adam di atas. Aminn..


nota kecil: Orang kate(bukan orang kate, memang betul pon) umur macam saya ni dah sangat perlu dah berdoa untuk dapat suami yang baik. Hee.. terasa gatal disituu:p

Monday, October 10

MOON

Actually malam ni saya takde benda pon nak cakap. Just tiba2 teringat janji saya dekat blog ni before final haritu. Saya cabar diri buat entry sebulan berturut2 and I think sekarang lah masa yang sangat sesuai nak menebus janji since tengah cuti Semester ni takde benda nak buat kan:)  [ Boleh rujuk entry ini--> (sini) ] Saya nak namakan benda ni sebagai Marathon30. Hahaa gedik bebeno nak ada nama segala bagai kan? :p So saya akan start Marathon30 ni esok. Wihiii:DD


Eh ehh, malam ni bulan cantik kan kan?:) Tapi malam ni special, sebab malam ni ada kawan teman dia. Ada bulatan keliling bulan macam pelangi. Subhanallah sangat cantik:') [Fenomena ni di panggil HALO] Dari dulu saya memang suka tengok bulan. tak caya tanya Abang Adeq. Hee. dulu masa dekat Puchong, dia selalu bawak saya tengok bulan. kalau tengok bulan, hati jadi tenang:) tu kalau saya lahh. Awak2 saya tak tawu la kan. Hee 


:')cantik kan?

Saya teringin sangat nak tengok bulan besa2 macam ni. Boleh nampak ke ar bulan macam ni kat Malaysia? selalu tengok dekat atas je kan. Kan best kalau satu hari nanti ada orang lamar saya dekat bawah sinaran bulan terang macam ni. Waaah! Berangan! Hahaa.. :p

nota kecil: Kalau sakit kaki tampal salonplas taww..






Saturday, October 8

7ELEVEN

Macam yang saya janji dalam entry before, saya nak cerita apa yang jadi dekat kereta yang saya naik masa OTW pergi Uptown Danau Kota kan. Actually takde lah apa sangat pon tapi saya still nak cerita sebab saya taknak memori tu hilang. Sekadar coretan untuk saya kenangkan bila dah tua nanti. Cewahh:p Juga untuk tatapan kawan2 yang ada dalam kereta haritu:D

Pejalanan nak pergi Uptown tu di rancang after kitorang girls sepakat ikot boys Overnight. Then, pejalanan pon bermula. macam yang saya kata jugak dalam entry before, girls berpecah 2kereta. Saya, Cut dengan Ayu naik satu kereta dengan Aizat and Azim Kelate. Syikin dengan Wani pulak naik dengan Hafizhin dengan Wan Ku.. Nak dijadikan cerita, kereta yang saya naik ni sesat. 2kereta yang lain laju sangat sampai Aizat (driver) tak dapat nak kejar memandangkan kereta kitorang naik tu problem sikit.
driver kami aritu. Aizat mokmok:D
Kol punya kol dorang yang lain, sekali dorang pon tak dapat nak detect kitorang dekat mana sebabnya dorang pon ikot kereta orang lain nak pegi Uptown tu. Memang siries hampa gila lah perasaan kitorang berlima time tu. masing2 pon teringin bebeno nak g Danau. so kitorang pon membawa diri lah pergi Dataran Merdeka kejap since tak tawu nak pegi mana kan. 

Masa dekat dataran tu, puas lah kitorang fikir macam mana nak g Danau. GPS ada, tapi tak tawu guna la pulak. Hahaa.. Memang macam2 lah idea yang kelua time tu. Pegi tanye dekat balai polis lah, pegi tanya dekat orang lahh. Tapi masalah nya, Danau Kota tu common place kot. malu lah kan kalau nak tanya. Dia macam korang tanya KLCC dekat mana lah situation diaa :P

Perasaan masing2 still membuak2 nak pegi Danau, then Nia pon ajak tawakal je. 'Takpe, kite try pergi 7Eleven depan tu beli peta. Tapi Aizat lah kena pegi beli sebab baru nampak macam real sikit. cakap sleng Sabah kan. Hahaa..' Sampai2 je kat 7E, Aizat pon turun laa. nampak lah kan die dok tegaru garu kepale depan abang tu. Agak2 dah 5minit, saya pon kelua(Belakon ni).. Saya sampai2 je tedengar abang tu tanya Aizat, 'korang nak g mane ni malam2 ramai2 dalam kete?' Then saya pon menyampuk 'Takde bang, act kitorang nak g Danau ni. tapi tesesat la pulak. abang boleh tunjuk jalan?' Malu takyah cakap la kan. tapi buat muka tebal jee. 

7Eleven:p 

After abang tu bagi tawu jalan and terima kasih ape sume, so the journey beginn.. Masing2 pulak tak pernah pegi Danau, memang kelaka la kan. saya pernah pergi, tapi kan dah lame tak turun KL sebab pindah Penang, pegi dengan family lagi. so ingat2 lupe je lah jalan dia. sepanjang perjalan tu memang banyak lah onak duri dia. Telupa jalan lah, wrong way lah, bertembung dengan polis lah, tak perasan bumper lah. Yang tak perasan bumper ni kelaka. Masaalah nye nak dekat 4,5kali kitorang lalu jalan yang sama and 4,5kali tu jugak lah bumper tu kitorang tak perasan and terlanggar sampai kereta tu macam nak terbang. Nasib baik kereta orang. kalau kereta sendiri dah menangis daa:p 

And sepanjang pejalanan tu 4buah 7Eleven kitorang berhenti tanya jalan. Dengan satu petrol pump. Bayangkan bertapa tega nye lah kitorang nak g Danau tu. Hahaa.. yang 7Eleven tu 4,4 tempat ayat yang sama kitorang guna, 'Abang, kat sini ada jual peta tak?' kalau abang tu kata takda(memang tawu jawapan dia Takda) then ayat seterusnya, 'Err, macam mana nak g sana ek?' Hahaa.. Yang dekat petrol pump tu, ada ke patot bangla yang tunjuk jalan dekat kitorang. lagi kronik.. :p
ni lah Azim Kelate. Jangan berani bedebat Kelantan dengan dia, korang pasti kalah. Haha..

Dalam pukol 2.30pagi macam tu, akhirnya sampai jugak kitorang dekat Uptown Danau Kota. Alhamdulillahh.. menjerit2 kitorang dalam kereta masa sampai tu. Hahaa.. masa sampai tu muka bangga gila lah, tak boley blah :p Act, cerita ni kitorang tak cerita lagi dekat kawan2 yang pegi yang lain. Korang baca lah betapa menderita nya kitorang nak sampai Danau hari tu. Huu..

nota kecil: petang tadi saya buat kuih dengan Mama. Best nyeee:D dah lame tak buat kuihh:)






GROWN UP

3Oktober haritu, saya dengan budak2 M4 kelua ramai2 untuk kali yang terakhir for this Semester. Habis je paper Physics aritu, terus kitorang keluar. Kami sewa kereta 3buah. dalam 14orang yang pergi, yang lain tak dapat join atas sebab2 tertentu. walaupon agak sedih dorang tak dapat join tapi plan tetap di terus kan. Lepas semayang Maghrib kami bertolak. Untuk kereta girls, Syikin yang drive :) so our first destination is ICT.. before sampai tu, ada something bad happen dekat kereta girls tapi Alhamdulillah takde sesape yang cedera. Cadangnya nak masok snow walk, tapi boys pulak mengada takmau masok. so kitorang pon menurut perintah jela ikot dorang nak pergi manee. Huu.. so this are some pictures. Enjoy:D


(Mula2 pergi tangkap2 gamba dekat depan snow house duluu)
kami lah girls M4 yang comel:D (Atiqah tak ikot)
boys bergamba dekat depan kereta kuda:)
Syikin dengan Cut macam Pwincess lahh..

(Then kitorang pergi masok dekat tempat Game)
Yihaa Nia naik kudaa:D Hafizhin jeles lah tu tak dapat naikk. Hee
Aiman ajar Ayu dengan Syikin main Pool. Kikii..
Fuyooo. Zaid dengan Akram main motoo..

(Lepas tu kitorang pon jalan2 lah dekat luar tengok2 lampuu)
wani, Syikin and Cut:)
Nia dengan Ayu:) kenape Nia bediri macam tu? Hahaa..
Aiman bersama lembunya. Hehe ensem kan Aiman:)
Encik Santa tunggu kejap. nak tangkap gamba dengan encik boley?:D
KAMI:DD Hafizhin jadi tukang tangkap gamba mase ni..
Yahoooo~

Dekat ICT tu kitorang takde lah jalan je. Tapi ada main pemainan die jugak. Girls main buaian yang pusing laju2 tu(Elehh tak takot ponn), yang boys main ape benda tah die macam keratapi, tapi kayuh sendiri and tengok pemandangan ICT dari atas. Lepas dah penat jalan tu kitorang pon amik keputusan nak pergi makan sebab sume orang pon da lapaa. kitorang pergi makan dekat Baraa, dekat depan UiTM Shah Alam.

Sume dah kebuloo. Nia tak banyak pon makan, roti planta dengan roti kosong je.
Hishh shishaa.. Girls dok jaoh2!
Orang yang paling kami tak sangke akan ikot. hahaa. Akram:)
Zaid pon same jugak. Paling payah nak denga suare dalam kelas:P

Then sedar tak sedar dah pukol 12.30pagi. Wuu.. memang tekejot beruk lah sebab kitorang tak boleh masok U dah after pukol 11malam kalau tak nanti kena kompaun RM50. Then bincang punya bincang, boys ajak kami girls pergi overnite. Huhuu.. Okay sumpah cuak time nih. Dorang kate,
"Korang jangan risaw, kitorang janji akan jage korang."

Setelah fikir2 balik, takkan lah kitorang yang girls nak balik satu kereta je pergi U memandangkan jalan menuju ke U tu pon ala2 masok hutan belantara kan and didorong pula perasaan nak merasa pengalaman ber Overnite ni (Hihii kami kan budak baik tak pernah overnite), so kami ikot jelaa. Destinasi seterusnya, Uptown Danau Kota. sekarang girls berpecah dua kereta. Saya, Ayu dengan Cut satu kereta dengan Aizat and Azim Kelate. Syikin and Wani satu kereta dengan Wan Ku and Hafizhin. so the journey of 5 anak dare yang tak pernah overnite, Begin:D Hahaa.. Okay ni pulak gamba kami dekat Danau Kota:)

Aizat and Azim Kelatee:D
Ayu and Cut sayang<3
Sume dok khusyuk denga Azim beceritee..

Act kan, masa perjalanan nak ke Danau Kota ni, belaku something dekat kereta yang saya naik. Sumpah kelaka tapi kalau nak cerita, memang panjang lah kan. Tapi saya akan cerita jugak dalam entry lain. Janji.. Okay, lepas masing2 pon dah puas bershopping ala2 kadar, kitorang pon gerak lahh. Oh ya, kami girls beli T-shirt sorang satu. T-shirt yang sama tapi lain2 colour. Kikii.. :p Okay, destinasi seterusnya, Dataran Merdeka:DD

ni kire macam model la kan, ada cahaya dari bawah then snap. Hehee.. Akram da tido daa:p
Okay Nia pon nak gak. even gamba shaking tapi still nak jugak letak. hahaa
Sape paling menyerlah dekat situ? Haha.. terang bebeno bajunyee..
tengok diorang tu. Hehee.. Comell^^
muke pukol 4.30pagi. Penattttt....

Dalam pukol 5pagi macam tu kami pon gerak lah dari KL.. OTW balik tu, ramai kawan2 saya yang tido. penat lah tuu:) Tapi yang drive takde lah tidoo. Kikii.. Kami sume sampai area Puncak Alam dalam pukol 6.15pagi.. Saya ingat kan nak terus balik, rupanya boys ada plan lain. diorang bawak kami pergi pusing2 area Bandar Puncak Alam tengok sunrise:) Then kami singgah Petronas untuk solat subuh and diorang ajak breakfast dekat McD.. Disebab kan sume pon dah penat, so satu gamba pon kitorang tak amik dekat McD tu. Hahaa.. Dalam pukol 8.15pagi macam tu, kami pon balik lah hostel masing2 and hantar kereta yang disewa tu dekat owner dia:)

It's such a great night. Memang takkan pernah saya lupa malam tu and saya percaya kawan2 yang lain pon sama sebab pagi tu kami saling ucap terima kasih sesama sendiri and girls pulak saling I love U sesama sendiri. Oww how wonderful that feeling :') dekat sini kami girls ada something nak cakap buat Boys M4,

Korang, 
Thanks for made our night that day. kitorang girls takkan pernah lupa malam yang betul2 bermakna haritu. And paling penting, thanks sebab jaga kitorang betul2.. Kami girls sangat sayang korang boys
we love you all <3

nota kecil: kita friends sampai mati kan? :')