Monday, November 28

:)

Best ke kalau bawak2 mulut, jaje2 cerita dekat orang nii? Lepas tengok orang yang diorang jaje cerita tu down, diorang happy lah ek? Puas? Ohh macam tuu. Okayy..


Semalam Imam Muda Ustaz Azhar datang rumah kite:) Rugi takde kat rumah, kalau tak boleh buat kan air. hewheww:p

nota kecil: Esok jadual pack giles giless..

LAIKHA♥

Tadi saya pegi kenduri kawin dekat rumah atuk Laikha. Best sangat dapat jumpa dia, 2tahun lebey tak jumpa. Boley kata rindu tahap dewa jugak lah dekat si Laikha ni.. Gerak dari Palam tadi pukol 10pagi then pukol11 macam tu sampai tempat kenduri. Then pukol3 macam tu balik Palam balik, cousin Laikha hantar kan. And of coz mesti lah ada tangkap gambar dengan dia kan:') 


Thanks sebab buat kite happy:)

Lepas pegi kenduri tu, saya ikot classmate pegi Shah Alam pulak. Actually diorang dah pergi dulu tapi still nak ikot jugak even kena naik bas sorang2. Haha:p Dah lah dengan baju pegi kenduri tu tak tukar lagi but nak jugak ikot. Mengada kan? 4orang je pon pegi. Saya, Ayu, Cut, Syikinn. Teman diorang main boling, makan then balik. Before saya datang, diorang kata diorang pegi karoke. Untunglaa~

Mule2 pegi bolinggg. Tu lah Ayuu. Cantikkan?
Lepastu makannn.. Yang ni pulak Cut dengan Syikinn.
Lepastu balikkk~ Tinggi sangat ke saye-___- 163 je laaaa..

Malas nak update panjang2. Mengantuk sangat nii. Selamat malamm.. Oh before tu, Wani jangan jealous taw kitorang keluar ni. Hewheww:p Padan muka kena tinggal:p

nota kecil: Kak Nia, cantik tak baju tu? Hehe

Saturday, November 26

SI DIA

Sekadar berkongsi:)


1. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

2. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.



:')

nota kecil: Petang ni nak pergi tengok tasik hijau? Waah best nyee..

OK

Harini hari Jumaat. Disebabkan dah Pukol 1pg, kira dah hari Sabtu lah kan. So kira 5hari jugak lah saya dah dekat Palam. Masa sampai2 haritu siries penat giles basbengs. 3hari berturut turut hari yang memenatkan and mandi pon Pukol 12tengahmalam. Bayangkan punya banyak kerja boley takk. Dengan tangga kejayaan gile tu lagi kena naik turun naik turun nak pegi kelas. Hari Isnin masa first day kelas haritu dah kena mengadap tangga gile tu 6kali. Tangga tu ada 286 anak tangga. Kalau dah 6kali turun naik dah berapa? Manalah tak jadi tengkorak hidup. Lol. Kaki ni sampai sakit2 macam baru lepas training netball je rasa -___-


Okay habis merungutt. Tak baik merungut ni, datang sini nak belajar. Azam baru lagi so kena lah terima dengan hati yang terbuka. Wihuuu~ So alhamdulillah dah sampai sini and dapat jumpa kawan2 housemate, classmate. Rasa happy je even rindu dekat rumah. Dapat belajar, dapat gerakkan otak, makan Ramen dengan housemate, tengok muvi dengan classmate, lunch dengan someone. Ehem2! Haha:p Ok gatal. Bak kata classmate, "Nia, tempoh Iddah tak habis lagi mana boleh terima orang ajak makan." Haha makan je lahh. Tak ada ape2 pon dengan orang tuu. Okay tamat cerita someone.


Then hari Ahad ni saya nak pergi kenduri rumah sedara Laikhaa. Tak sabar rasa. Hehe:) Miss her so badly! Okay nyte..


Try2 nak buat muka comel macam budak Form3. Jadi tak? Jadi tak?? Haha


nota kecil: Dari hari ke hari nak makan Beger Jumbo dekat cafe tuu. Tak dapat dapat..



Wednesday, November 23

T___T

PENAT SANGATTTTTTTTTT..
KEADAAN MASIH TAK STABIL AWAL SEM NII. NANTI2 LAH UPDATE.
LOVE U BOLG..
AND FACEBOOK TOO..
HATE U TANGGA KEJAYAAN GILE..
EEEEEEEE!!!!

nota kecil: Dapat status Janda berhias pulak naik sem ni. Hahaa. Banyaklah! 

Friday, November 18

TAEC SAYANG

Before ni kalau orang dok huhahuha pasal Korea2 ni serious saya menyampah gila. Lagi2 kawan2 perempuan yang minat sangat dengan mamat2 korea yang comel lah sangat tu. Memang lah comel kan tapi tak suka lah. Geli je lelaki comel2 muka nak macam perempuan. Tak macho langsung. Tapi sejak dah masuk Palam ni, surrounding saya semua minat gile dengan Korea. Boleh dikata obsess lah jugak:p Budak2 group saya yang lelaki pon taknak kalah jugak Korea dorang. So secare tak langsung badi Korea tu melekat pulak dekat saya. Haha:p But still saya tak minat lelaki comel2 ni just suka tengok dorang menari je. And tengok cerita2 yang heroin dia macam bodoh2 sikit. Serious comel:D

Tapi sekarang saya mengaku saya sangat addicted dengan sorang ahli kumpulan Korea ni. Kumpulan 2Pm. Taecyeon! Ohemgi I can’t stop seeing their video just to see him dancing. Dia tak comel macam artis Korea lelaki lain tapi dia sangat macho okay. Suara dia sexy lagi masa menyanyi. Siries! Kalau saya tunjuk gambar, you all jangan cair pulak ye. He’s mine! Haha

See? I've told you right? :') Okay lah lagi satu gambar
Im going crazyyyyyyyy!! AAAaaaaaaaa!!!

nota kecil: Pagi tadi buat biskot batik kan, sedap sangatt:D Nyum2.. Jadi lagi:D


Thursday, November 17

CUTI

Cuti semester lagi berapa hari je nak habis. Hari Ahad ni nak balik Palam dah. Agak excited nak balik sebab rindu tahap giles dekat housemate and classmate. Kalau nak cerita apa saya buat dekat rumah masa cuti ni memang tak lah kan. Sirious tak pegi mana2. Wuhuu:p


Tapi tapi tapi saya suka sebab dapat spent time sehabis boleh dekat rumah. Dahlah kalau dekat Palam tu kalau ada cuti je Mama bagi balik rumah. Housemate sume balik rumah Sabtu Ahad. Saya sorang je tacing tinggal kat rumah Palam tu sengsorang. Wuu.. So cuti selama sebulan lebih ni, 2kali je yang boleh saya consider sebagai keluar hanging. Yang lain2 sume duduk rumaaah je terperap jadi anak dare sunti idaman pakcik2 kat surau tu buat menantu:p Err pakcik, bulan 4tahun depan saya habis Asasi, so kalau nak hantar rombongan tu, sila2 lah yee.. Kikii


Taecyeon.. Siriously ILOVEYOUUUU!!!

nota kecil: Harimau lawan Garudaa. Aumm auumm.. matan galuda tu idop2 maumauu:p 



Tuesday, November 15

ADA MASA TUU

MARATHON30:30
Ada masa tu kita tak sangka pon sesuatu tu boleh belaku,
Ada masa tu kita lepaskan macam tu je something yang selama ni kita pegang erat2,
Ada masa tu kita tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya,
Ada masa tu kita keliru walaupon terang2 jawapan dekat depan mata,
Ada masa tu kita rasa macam dah tersungkur tergolekgolek dekat tanah,
Ada masa tu cahaya tu datang genggam tangan kita erat2,
Dan pada masa tu, 
Kita kena bangun, gapai cahaya tu dan jangan toleh lagi kebelakang..



nota kecil: Yeayyyy dah 30!!!:DDD

LOLL

MARATHON30: 29
Kadang2 rasa bosan lah pulak tengok background ni. Dari start buat blog masa bulan June dulu sampai lah sekarang takpenah tukar pon. Hari tu ada lah sekali try2 test tukar background, tapi tukar balik. Taknak lah, tak cantik. Hee:p Biar jelah macam ni kan..
My siblings:) 2kecik, 2besa. 2lelaki, 2perempuan:D

nota kecil: Jadual semester 2 ni agak lah best dia. Tapi Isnin balik pukol 7pm T__T



Monday, November 14

SOMEONE

MARATHON30: 28
(ENTRY YANG PANJANG)
Sekarang ni saya macam rindu sangat dekat someone. And tak lain tak bukan memang pon saya rindukan kawan saya ni, Laikha. Dulu, satu dorm dengan dia masa dekat Teknik Gombak, katil pon sebelah2. Ingat lagi masa first day daftar dekat SEMTEG, dia tegur saya. First impression dekat dia, Pelik lah budak ni, kenapa suka pandang orang lain macam? Mintak2 tak satu dorm dengan dia. Sekali nak dipendekkan cerita, Memang pon dapat satu dorm dengan dia. Bagai jatuh ditimpa tangga, satu kelas lagi. Haha:p 

Laikha ni memang tersangat lahh pelik. Masa awal2 tahun tu, dia suka buat kerja sendiri, takmau join kitorang budak dorm yang lain sembang2 and sangat protective dengan katil dia. Dia paling pantang orang usik katil. Pernah kawan saya makan biskot atas katil dia, then kena mengamok kaw2 dengan si Laikha ni. Ditambah pulak dengan jelingan berbise dia tu. Haha. Lagi satu, tiap2 malam kalau nak tidur, saya selalu rapatkan katil dengan si Laikha ni sebab saya ada penyakit Al-Penakut D'Abu Queque. Masa awal2 dulu Laikha bengang jugak lah sebab tak suka, tapi saya buat bodo je and teruskan begabung katil and tidur serapat yang boleh. Hehe:p Tapi lama2 dia tak kisah and malas nak marah dah sampai kan bantal busuk bantal lembik dia tu selalu je saya yang peluk bila bangun pagi2 and ada lah satu dua peta kat bantal tu hasil nukilan saya:p Sepanjang duduk hostel, sekali je saya tidur sorang2 tu pon masa first day masuk. Haha terlebih jujur..

Then from time to time, saya start perasan yang saya sayang sangat dengan si Laikha ni. Sebabnye, ada satu hari masa nak dekat akhir tahun tu ada lah kawan saya ni tanya Laikha, "Laikha, kalau boleh next year ko nak satu dorm dengan sape?" then Laikha jawab "Kalau boleh aku nak satu dorm dengan Nia" Masa saya dengar tu, terharu sangat:') Sebab, saya dengan Laikha ni bukan lah jenis rapat yang berpeluk peluk ape sume tu. Tapi siries rapatlah even kadang2 ada lah gaduh2 manja. Laikha ada bagi something dekat saya,

"Now you is a part of my life.. so dont forget me" 

Kad ni dia buat sendiri. Kalau anda boleh baca Laikha tulis apa dekat kad ni, sila abaikan kesalahan tatabahasa tu ye:p Dia saje je mengadaa. hehe. Dia bagi masa last day saya dekat SEMTEG but time tu saya tengah buat kerja dekat bilik acsses. Masa dia bagi tu saya kata dalam hati, 'Ya Allah Laikha nii, macam tak jumpe je balik dorm nanti' Then di takdir kan Allah, petang tu jugak saya kena balik rumah sebab esoknya saya ada hal. Masa nak balik tu, saya balik macam tu je salam2 ala kadar and tak sempat jumpa semua budak dorm pon. Laikha pon saya salam cium gitu2 je.. 

Di takdir kan Allah lagi sekali, rupanya haritu lah last saya jumpa Laikha sebab, Papa saya kena transfer pegi Penang and automatic saya kena sekolah dekat Penang. Memang sumpah sedih gile mase tu.. Oh ya, dia suka panggil saya Aidrena:) Taktawu kenapa. Memang lah Aidrena tu nama saya kan tapi dia prefer panggil Aidrena than Nia. Hehe:p Tapi, Insyaallah 27/11 ni saya nak pergi jumpa Laikha. Ada kenduri dekat rumah atok dia dekat Meru. Tak sabar:) Sumpah rindu ko sangat2 Laikhaa..
Hee. Sory taw kite curi gambar ko:p

nota kecil: Since that, saya start appreciate masa dengan kawan2 sehabis boleh..



Friday, November 11

AMIRMIKAIL

MARATHON30: 25
Amirmikail tu nama adik saya yang dua orang tu. Mikhail abang, Amier adik. Pagi tadi, saya dengan Mama pergi sekolah diorang ada Hari Anugerah Cemerlang. Papa tak ikot sebab kerja. Mikhail je yang dapat hadiah, Amier tak sebab dia dapat no12. Hehee tacing lah jugak dia masa tak dapat tu, tapi lepastu dia cakap dekat Mama "Eleh Ma, abang kelas kedua, senang lah nak dapat sebab banyak lelaki. Amier kelas petama, banyak perempuan. Perempuan semua pandai2" haha ayat sejukkan hati sendiri baik punyee:p 


Pengetua kata, hari Selasa nanti diorang dapat duit RM100 tuu..

Ha atas tu lah Mikhail. Dah nak dekat sama tinggi dengan cikgu dah haa. Tapiiii, cuba tengok size sebenar dia dari jarak dekat..

Diorang 3orang ni Darjah5..

Kecik kan?:p Saya saje je suruh budak dua orang ni tangkap gamba sekali dengan Mikhail sebab nak menunjukkan betapa keding nye si Kail ni even budak dua orang ni terlebih membesar. Mama cakap Mikail tak sunat lagi sebab tu dia tak besar2. Then saya terfikir, "Ooo kalau sunat, badan boleh besar. Macam nak sunat lagi sekali jee:p" Haha gile. 

nota kecil: Cerite Salam Baitullah dekat Tv1 dah habis daaa.. Hari ni last..

Thursday, November 10

DORM

MARATHON30: 24
Masa zaman sekolah dulu, saya pernah duduk hostel masa Form4 je. Setahun. Perkara yang paling tak boleh lupa, saya dengan budak2 dorm kena pakai something yang diperbuat daripada whole A4 paper and kena gantung dekat leher. Nak tawu dekat paper tu tulis apa? hehee.. Malulahh:p
Hahaa.. Hamik kau. Bayangkan kitorang kena pakai benda ni dekat leher pergi mana2 pon even luar hostel. Sumpah malu gile lah. Dah lah gedabak macam tu. Actually dorm kitorang tak lah kotor mane just masing2 first time duduk hostel so tak tawu macam mane nak manage dorm yang sepatutnya. Cewah ayat cover baik punye:DD Hahaa. Betul what. Serious! Bukan kotor yang boleh mengeluarkan bau busuk okay. Just macam baldi toiletries letak tepi katil yang sepatutnye letak dekat beranda, baju sangkut dekat cermin, and ade lah dua tiga barang terlupa taruk dalam locker. Haa macam tu lah. Hahaa


Masa kitorang kena pakai benda ni kan, kitorang mogok taknak pegi makan dekat dewan makan. Yelah malu lah orang tengok. Lagi2 budak lelaki yang suka sangat nak menganjing tu. And ada lagi satu dorm yang kena pakai benda ni jugak. Kitorang dua2 dorm tak turun makan sampai lah warden arahkan kakak2 senior tarik balik hukuman tu. Hehe:p Malunyee.. Sekarang Nia dah pandai manage hostel life okay. Jangan mempersoalkan. Tak caye tanye Anis roomate kat Palam:p Kan Anis kan?


nota kecil: Muet 19haribulan nii. TakutnyeeeT__T

FRIDAY NIGHT

MARATHON30:23
Amboi tajuk diaa. Takboleh catchy lagi je kan? hehee:p Tadi saya ada baca satu buku ni, pasal kelebihan Surah Yasiin. Terpanggil pulak nak share ilmu ni dengan anda2 semua. Kelebihan Yasiin;
1# Sama membaca Al-Quran keseluruhan
Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali' (HR. Tarmizi)
2# Diampunkan dosa
Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya' (HR. Ibnu Katsir)
3# Mendapat redha dan keampunan Allah swt
Daripada Abdullah, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya' (HR. Ibnu Katsir)
4# Yasiin jantung Al-Quran
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata: 'Al-Baqarah adalah angka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yasiin adalah jantung Al-Quran'
5# Rahmat bagi yang meninggal dunia
Daripada Ma'qil Ibni Yasar, Rasulullah saw bersabda: 'Bacalah Yasiin atas mereka yang meninggal dunia' (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i)
6# Dimudahkan segala urusan
Sesetengah ulama berkata tentang Yasiin bahawa antara keistimewaan surah Yasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya (Yasiin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)
7# Dianjurkan menghafalnya
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda: 'Adalah saya suka kalau surah Yasiin dalam hati setiap insan daripada umatku' (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)
8# Meringankan sakaratulmaut
Daripada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: 'Apabila dibaca Yasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut).' (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)
Tak salah kan kita spent masa sikit baca Yasiin lebih2 lagi masa malam Jumaat yang banyak fadhilat ni^^


nota kecil: Before balik Palam nak makan Pizza Huthut boley Mama?@@,

Wednesday, November 9

BETUL LAH

MARATHON30:22
Tadi masa tengah facebooking, ada ternampak gambar ni. Haha:p kelakar lahh. Even menyindir lah jugak kan, tapi tu lah hakikatnye. For boys, dorang tengok menatang tu sebagai lipas je but for girls, tengok lipas macam tengok hantu sampai menjerit macam orang histeria:p TAPI, kalau boys yang tengok lipas pon menjerit, agak2 dorang tengok lipas tu sebagai ape yee? Hemmmmmm...

nota kecil: Teringin nak pakai cincin lahh. Hehee. Cincin kawin? Ohtidakk:p

PURSE

MARATHON30:21
Something happen today. It kindda bad since it effect my emotion and feeling. Siriously Im effected with it. Benda tu terjadi tiba2 je masa tengahari tadi. Sumpa terkejut, jantung ni macam nak luruh and my whole day become blur. Tadi masa tolong mama masak pon, ada je benda tak kena. Bayangkan mama suruh potong tomato nak tumis buat sayur, boleh tak saya pergi potong satu bijik je? Tumbuk sambal belacan, tak letak belacan. Ngok kan? I've tried not to think about it but failed. BUT, seriously I have made my decision and will go on with that..
Haihh.. Tak suke lah macam nii..

nota kecil: Tajuk takde kena mengena dengan isi kan? Hehe:p

ENTAH

MARATHON30:20
Macam tajuk entry, actually takde idea pon nak update, just excited je lah akhirnya MARATHON30 saya dah nak habis. Insyaallah sempat lah habiskan before naik semester ni. Tu lah, padan muka diri sendiri dah termakan janji sendiri. Lain kali jangan lah buat janji kalau tawu diri tu pemalas. Wuhuu:p


Tadi dekat facebook dekat newsfeed tu keluar lah update2 status orang kan. Ada satu status ni, status sorang girl yang comel je mata bulat, kulit licin, rambut panjang. Maybe dalam Tingkatan3 kot umur dia. Tapi malangnye, status dia maki hamun orang. Maybe dia marah perempuan yang kacau Bf dia kot. Tapi sudah terang lagi bersuluh, memang pon dia marah perempuan yang kacau Bf dia. Huu..


Actually kadang2 ni, tak semua benda yang kita rasa dalam hati tu, patut kita luahkan sebab orang akan judge kita dari situ lah. Walaupun luarannya comel, cantik, sweet tapi kalau status maki2 orang, terjejas lah respect orang dekat kita even tak kenal. Bukan maksud saya bermuka muka or hipokrit. Tapi kita sebagai seorang wanita, kenalah jaga adab sebaik mungkin. Bukan dekat Facebook je, tapi dekat dunia realiti jugak. Bagi saya sendiri, saya pon tengah cuba belajar. Hanya renungan untuk kita kaum hawa. Selamat malam dunia..
My mouth is siriously melting badly:D ohmy..

nota kecil: 20haribulan ni balik Palam:)

Tuesday, November 8

ZIKRULLAH

MARATHON30:19
After satu hari penat buat kerja, blogwalking, facebooking, tak salah kan kita spent masa sikit dengar zikir munajat ni and ikut sekali. Dapat pahala^^ 

  

Saturday, November 5

SELAMAT MALAM

MARATHON30: 18
Semoga hari esok membawa harapan baru bagi semua orang:) Dan semoga hari esok lebih baik dari hari inii.. Aminnn.. Selamat malam dunia.. 


baca doa dulu sebelum tidur ok..

nota kecil: Janji MARATHON30 siapppp....

Friday, November 4

DAY BY DAY

MARATHON30:17
Day by day, I realize something
Day by day, I know I cannot turn back anymore
Day by day, I must go on with mylife
Day by day, I became wiser
Day by day, I learn to appreaciate people
Day by day, I became more stronger
Day by day, I love u..
Thankyou Allah..

nota kecil: Really need u..

KEPUTUSAN

MARATHON30: 16
Macam dapat semangat baru, tiba2 rasa berkobar kobar pulak nak belajar bersungguh sungguh naik sem nanti. Nak buat betul2 assignment and nak study awal2 bukan last2 minute lagi dah. Study last2 minute maybe masa zaman sekolah2 dulu boleh lah, tapi dah masok U ni, otak saya memang tak boleh terima. 

Tadi result final keluar. Masa check email, memang berdebar debar lah. Sekali bila result dah terpampang depan mata, satu perasaan yang tak boleh gambar dengan kata2 datang. Rasa lega sangat2. Maybe bagi sesetengah orang, dorang dah frust menonggeng dah tengok result macam tu, tapi bagi saya tak. Masa exam haritu saya dah buat sehabis boleh dan tak taruk harapan yang terlalu menggunung dengan result dan tawakal 100% pada Allah. Alhamdulillah sebab tu lah masa saya tengok keputusan tadi saya tak kecewa. 

Then saya percaya, maybe Allah nak saya usaha lebih lagi untuk Semester2 ni and taknak saya lalai mungkin. Lagipun saya taknak kecewakan Mama, Papa dengan Ayah. Buat kawan2 housemate dengan classmate, I really need your help and your support so much.. Apa2 pun, saya bersyukur takde subject yang gagal and Insyaallah tak akan kena tendang dari Foundation..
I've made u proud once. and I want to keep make u proud. Love u<3

nota kecil: Macam redo je kan bunyi entry Nia ni? Hahaa.. 

Thursday, November 3

NRIC

MARATHON30: 15
Actually saja je nak bagitahu yang saya dah tukar Ic bruu. Wihuuu:DD Tukar sebab gamba dekat Ic tu kan gambar masa Darjah6 duluu. Sekarang dah 18tahun dah pon, so kena lah tukar. Tapi procedure dia memang kena tukar pon kalau dah 18tahun. Saya buat Ic baru dekat Penang. Wahh tak sangka 15minit je semua procedure siap. Kalau dekat Kl, jangan harap 15minit, 2jam pon boleh tentu dapat keluar dari bangunan tu.
Cuba bayangkan berapa jam lagi nak tunggu? Ni kisah benar ye. Thanks Ahmad bagi curi gambar:p


Tapi yang tak best nye kena tunggu 3minggu lah baru Ic tu siap. Tapi kalau buat dekat Putrajaya, dalam satu hari kot siap? Entah la tapi yang pasti takpayah kena tunggu lama2 lah sebab Putrajaya tu kan memang induk dia.. So saya baru ambik Ic tu semalam. Akhirnya dapat jugak saya tukar Ic. Malu lah gambar budak2 tuu:p Hehe..


nota kecil: Menghitung detik menanti esok T.T

Wednesday, November 2

RESULT

MARATHON30: 14
Kawan2 semua dah heboh dah yang hari Juamaat ni result final keluar. Siries cuak giles sekarang nii. Yelahh, ni kan first time amik exam dekat U. Result ni lah yang menentukan samaada kita boleh ke tak survive dengan cara belajar U. 


Tapi saya dah berazam, ANDAI kate lah result keluar tak macam yang di target, Insyaallah taknak menangis or meratap sebab dah tu je yang kite mampu even dah usaha sehabis boleh. Maybe adalah tu something wrong somewhere kan? So nanti naik sem saya dah bertekad nak buat betul2 and be a better person. Insyaallah..


Doakan saya ye kawan2.. Insyaallah kita sama2 doa result kita semua baik2 buat student UiTM lah yang akan dapat result Jumaat ni.. :)
Mabul Island, Sabah. Err, bakal suami take note. Nia nak honeymoon dekat sini taw. Haha:p


nota kecil: sangat takut dengan Fizikkkk.. T.T