FRIDAY NIGHT

MARATHON30:23
Amboi tajuk diaa. Takboleh catchy lagi je kan? hehee:p Tadi saya ada baca satu buku ni, pasal kelebihan Surah Yasiin. Terpanggil pulak nak share ilmu ni dengan anda2 semua. Kelebihan Yasiin;
1# Sama membaca Al-Quran keseluruhan
Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali' (HR. Tarmizi)
2# Diampunkan dosa
Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya' (HR. Ibnu Katsir)
3# Mendapat redha dan keampunan Allah swt
Daripada Abdullah, Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang membaca Yasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya' (HR. Ibnu Katsir)
4# Yasiin jantung Al-Quran
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata: 'Al-Baqarah adalah angka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yasiin adalah jantung Al-Quran'
5# Rahmat bagi yang meninggal dunia
Daripada Ma'qil Ibni Yasar, Rasulullah saw bersabda: 'Bacalah Yasiin atas mereka yang meninggal dunia' (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i)
6# Dimudahkan segala urusan
Sesetengah ulama berkata tentang Yasiin bahawa antara keistimewaan surah Yasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya (Yasiin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)
7# Dianjurkan menghafalnya
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda: 'Adalah saya suka kalau surah Yasiin dalam hati setiap insan daripada umatku' (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)
8# Meringankan sakaratulmaut
Daripada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: 'Apabila dibaca Yasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut).' (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)
Tak salah kan kita spent masa sikit baca Yasiin lebih2 lagi masa malam Jumaat yang banyak fadhilat ni^^


nota kecil: Before balik Palam nak makan Pizza Huthut boley Mama?@@,

1 comment: