OPAH

Syukur alhamdulillah, akhirnya habis jugak minggu nih. Sampai jugak hari Jumaat yang ditunggu tunggu. Siriously minggu ni lah minggu yang terpaling penat sekali di alam semesta. Dengan 2 assignment due date dia minggu ni, dengan Test1 lagi, dengan quiz lagi, dengan Miss Citra lagi, dengan serabut pasal dinner lagi. Haishhh. Sangat penat. Tolong lah percaya. Sangat penat.. Tak pernah pernah saya menangis sebab tension since Asasi ni, tapi semalam boleh pulak termenangis. Maybe sebab tension sangat ditambah dengan rindu yang teramat dekat Mama and adik2 pulak kan. Sebabtu lah kott. Haihh.. 


Kan dah cakap, saya tensionn. Taknak percayaa. Haaa..


But alhamdulillah semua tu dah habis. Sekarang dah sampai rumah Opah dah pon, dekat Manjung. After solat Jumaat tadi Ayah datang ambik dekat Palam. Rindu gile dekat Opah! Tadi masa sembang2 sampai tak sedar dah pukol11. Laju betul masa bejalan. Tadi kitorang dah planning jadual untuk esok baik punye. Yelah, balik kampong bukan selalu kan. So kalau nak manfaat kan masa dekat kampong ni sehabis boleh, kenalah planning awal2..


nota kecil: Esok pagi2 nak buat cekodok dengan Opah:D Yeayy!

No comments:

Post a Comment