Wednesday, July 18

NAIK

Yeay berat naik lagi satu kilooooooooooo! 

That will make me 52.4kg Hahaa:p Pencapaian yang amat memberangsangkan in less than 2month since berat badan susah sangat nak naik. Dari form 5 sampai sekarang purata berat 49-50 je. Sumpa sedih. Wuu.. Okay tu je nak cerita. Bye


Candit.. Gemok ke?

nota kecil: Im fine here..

Tuesday, July 17

HOLIDAY

Sabtu, Ahad lepas saya pegi Melaka dengan family. Objective utama sebenarnya nak pegi Tangkak. Sebab Papa ada macam ritual silat dengan tok guru dia. Bukan ritual lah actually tapi tak tahu lah nak cerita macam mana. Susah.. 


Pendekar..

Mama suruh saya masuk silat naik degree nanti. Huuu simpang malaikat 44. Bukan taknak tapi macam tak minat. Bukan tak minat actually tapi tak reti. Actually bukan tak reti tau, tapi malas je nak tunjukkan kehebatan. Saya tak suka nak show off show off ni.. (-..-)

Dalam pukol 11.30 malam acara pon habis. Kitorang pon berangkat lah ke Muar sebab nak pegi jumpa anak sedara Mama merangkap cousin kitorang; Romano Lawrence. Dia ni polis. Umur 23. Berbadan sasa dan mempunyai tinggi yang fleksible. Seorang yang baik hati, pandai menyimpan wang dan gemar bersukan. Sangat sesuai dijadikan calon suami memandangkan masih bujang. Menganut agama Christian. Salam 1 Malaysia..

That's him. Saya demam time ni. Tapi belagak sihat walafiat..

Then keesokannya baru lah kitorang jalan2 dekat Melaka. Ramai orang tak payah cerita lah macam mana. Tak tahu lah kenapa ramai sangat orang haritu tapi siries best gila. Tiba2 rasa macam pelancong lah pulak. Huu..

Naik beca keliling komtar. Eh! Melaka..
Then pegi lah melawat dekat segenap pelusuk yang ada. Malas nak cerita. Letak gambar je lah sikit2..

A Famosa;)

Dekat tempat train and area pokok Melaka.

Best tau naik beca ni. Pakcik beca tu bawak pusing2 Melaka. Takpayah lah nak penat2 jalan kaki. Semua tempat best2 ada dalam package pakcik beca tu. Kalau yang bertuah sikit tu, dapat lah driver beca Abang hensem. Hikhik gatai.. Tapi siries, ramai yang bawak beca umur lebih2 kurang je. Dressing pon taknak kalah macam nak pegi Pavi. Padahal nak kayuh beca je tu. Salute lah.. 

Lepastu kitorang pegi dekat bangunan merah. Tempat wajib tangkap gambar kalau datang Melaka. Cliche gilaa..

Kihkihh..

Dekat sini saya ada main satu benda ni tau. Buat gula2 kapas sendiri. Siries best. Mula2 bayar 4ringgit dekat antie tu. Lepastu antie tu pon ajar lah kita. Lepastu dia tanya paham ke tak. Lepas tu saya pon kata lah paham. Lepastu antie tu kata 'Baguss'. Lepastu dia bagi saya token. Lepastu saya masukkan lah token tu dalam mesin. Tiba2 ada lagu yang macam dekat funfair kanak2 tu keluar. Then saya pon menjerit 'Yeayyyy' then terus praktikkan ilmu yang antie tadi ajar..

Haha:p

Hasilnyaa..

TARAAAA:D 

Kecik je pon gula2 tu jadi. Posing pulak taknak kalah. Hahaa geli perot. Lepastu kitorang jalan kaki pegi Jongker Walk. Beli suvenier sikit untuk memember..

Tengah2 panas. Boleh hitam oo..

Jonker walk..

Haihh, dah lah tu edit gamba. Ponat eden aihh. Lepas pegi Melaka, then nak balik tu singgah Puchong kejap. Mengimbau kenangan lama seyh dekat sini. Siries nostalgia gila kawasan Puchong tu. Sobsobb..

Masjid As Salam Puchong Perdan a.k.a Masjid Terapung. Indah:')

Lepastu pergi Uptown Damansara kejap pekena Ayam Uncle Bob. Sape tak pernah rasa lagi ayam ni, WAJIB rasa okay. Lagi sedap dari keyepsi or mekdonel tak tipu. Siriess..

Uncle Bob ni mesti macam bobbob sikit kan?

Oh before singgah Puchong tu kitorang singgah Kajang dulu. Makan sate dekat Ramal Juction food court. Sini open air tau. Siries best gila. Makanan pon sedap2. Buger bakar yang besar2 tu pon ade kat sini. Kitorang makan Willy Satay. Sumpa sedap gila. Sate dia besar2, kuah dia maveles Makan 3 batang dah kenyang. Huhu. Siries kena try sape yang tak pernah makan. Satay Haji Samuri pon kalah tak tipu..

Ayam 20, daging 20..

Lepas tu kitorang pon berangkat lah balik Penang. Bertolak dari Damansara pukol 9 malam. Pukol 12.30 pagi sampai rumah. Alhamdulillah selamat pergi, selamat balik. Tu je lah adventure saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Selamat malam..

nota kecil: Esok kerja pagiii:'O


Friday, July 13

UPU-..-

Harini result UPU keluar. Untuk the Matrixians, Asasians and STPMians lah kan. Tahniah dekat kawan2 yang berjaya dapat course and U yang korang harap harap kan. Special congrats to Anis my beloved housemate and Ikin, Wanim, Cut yang dapat UTM course engineering. As all know, UTM is the best place for engineering.


Me pulak, memang tak mintak pon UTM. Taknak sebab UTM tu jaoh sangat dekat Johor. Mama pulak duduk dekat Penang so taknak lah jaoh2 sangat dari family. Heww okay fine alasan yang sangat cliche tapi nak buat macam mane kan. Dah tu memang alasan dia pon. Huu-..-


Straight to the point, I didnt get what I want the most. Tapi bersyukur ke hadrat Ilahi sebab dapat jugak UiTM. UiTM di hati ku~


Taraaa~

Kejuruteraan Sistem Maklumat. Ha acano tu? Nasib baik still engineering coz memang takde plan lain selain engineering. Sumpa berani mati gila kan. Tapi course ni banyak related jugak dengan apa yang saya belajar dulu. Topic pasal sistem2 maklumat ni memang banyak pon masa foundation and sekolah dulu. 


Alhamdulillah cita2 nak jadi Engineer semakin ku genggam. Amboi nya punn:p InsyaAllah InsyaAllah. Aminn.. Okay takde idea nak merepek. Esok nak pergi Johor tapi singgah Melaka dulu, Papa ajak. Tahniah lagi sekali kepada sape2 yang patut di tahniah kan. Proud of you^^, Okay gudnytee..


Naissss..

Nota kecil: Nak pakai baju ape ek?

Sunday, July 8

TASIK PALAM





Nia, Allah sayang hamba Dia yang suka buat perkara yang jarang orang buat..

nota kecil: Have you open my tumblr? hehe

OLD

Back to old song. Gonna make some time to find a perfect music to replace this annoying love love love watsoever song. Till then..


Mama and me. Heww

nota kecil: Tak sabar nak Romadooonnnnn:D

Wednesday, July 4

TRUST

I've gave all my trust to Him. He's the one who decide. 


nota kecil: Nak tukar lagu lah..