HOLIDAY

Sabtu, Ahad lepas saya pegi Melaka dengan family. Objective utama sebenarnya nak pegi Tangkak. Sebab Papa ada macam ritual silat dengan tok guru dia. Bukan ritual lah actually tapi tak tahu lah nak cerita macam mana. Susah.. 


Pendekar..

Mama suruh saya masuk silat naik degree nanti. Huuu simpang malaikat 44. Bukan taknak tapi macam tak minat. Bukan tak minat actually tapi tak reti. Actually bukan tak reti tau, tapi malas je nak tunjukkan kehebatan. Saya tak suka nak show off show off ni.. (-..-)

Dalam pukol 11.30 malam acara pon habis. Kitorang pon berangkat lah ke Muar sebab nak pegi jumpa anak sedara Mama merangkap cousin kitorang; Romano Lawrence. Dia ni polis. Umur 23. Berbadan sasa dan mempunyai tinggi yang fleksible. Seorang yang baik hati, pandai menyimpan wang dan gemar bersukan. Sangat sesuai dijadikan calon suami memandangkan masih bujang. Menganut agama Christian. Salam 1 Malaysia..

That's him. Saya demam time ni. Tapi belagak sihat walafiat..

Then keesokannya baru lah kitorang jalan2 dekat Melaka. Ramai orang tak payah cerita lah macam mana. Tak tahu lah kenapa ramai sangat orang haritu tapi siries best gila. Tiba2 rasa macam pelancong lah pulak. Huu..

Naik beca keliling komtar. Eh! Melaka..
Then pegi lah melawat dekat segenap pelusuk yang ada. Malas nak cerita. Letak gambar je lah sikit2..

A Famosa;)

Dekat tempat train and area pokok Melaka.

Best tau naik beca ni. Pakcik beca tu bawak pusing2 Melaka. Takpayah lah nak penat2 jalan kaki. Semua tempat best2 ada dalam package pakcik beca tu. Kalau yang bertuah sikit tu, dapat lah driver beca Abang hensem. Hikhik gatai.. Tapi siries, ramai yang bawak beca umur lebih2 kurang je. Dressing pon taknak kalah macam nak pegi Pavi. Padahal nak kayuh beca je tu. Salute lah.. 

Lepastu kitorang pegi dekat bangunan merah. Tempat wajib tangkap gambar kalau datang Melaka. Cliche gilaa..

Kihkihh..

Dekat sini saya ada main satu benda ni tau. Buat gula2 kapas sendiri. Siries best. Mula2 bayar 4ringgit dekat antie tu. Lepastu antie tu pon ajar lah kita. Lepastu dia tanya paham ke tak. Lepas tu saya pon kata lah paham. Lepastu antie tu kata 'Baguss'. Lepastu dia bagi saya token. Lepastu saya masukkan lah token tu dalam mesin. Tiba2 ada lagu yang macam dekat funfair kanak2 tu keluar. Then saya pon menjerit 'Yeayyyy' then terus praktikkan ilmu yang antie tadi ajar..

Haha:p

Hasilnyaa..

TARAAAA:D 

Kecik je pon gula2 tu jadi. Posing pulak taknak kalah. Hahaa geli perot. Lepastu kitorang jalan kaki pegi Jongker Walk. Beli suvenier sikit untuk memember..

Tengah2 panas. Boleh hitam oo..

Jonker walk..

Haihh, dah lah tu edit gamba. Ponat eden aihh. Lepas pegi Melaka, then nak balik tu singgah Puchong kejap. Mengimbau kenangan lama seyh dekat sini. Siries nostalgia gila kawasan Puchong tu. Sobsobb..

Masjid As Salam Puchong Perdan a.k.a Masjid Terapung. Indah:')

Lepastu pergi Uptown Damansara kejap pekena Ayam Uncle Bob. Sape tak pernah rasa lagi ayam ni, WAJIB rasa okay. Lagi sedap dari keyepsi or mekdonel tak tipu. Siriess..

Uncle Bob ni mesti macam bobbob sikit kan?

Oh before singgah Puchong tu kitorang singgah Kajang dulu. Makan sate dekat Ramal Juction food court. Sini open air tau. Siries best gila. Makanan pon sedap2. Buger bakar yang besar2 tu pon ade kat sini. Kitorang makan Willy Satay. Sumpa sedap gila. Sate dia besar2, kuah dia maveles Makan 3 batang dah kenyang. Huhu. Siries kena try sape yang tak pernah makan. Satay Haji Samuri pon kalah tak tipu..

Ayam 20, daging 20..

Lepas tu kitorang pon berangkat lah balik Penang. Bertolak dari Damansara pukol 9 malam. Pukol 12.30 pagi sampai rumah. Alhamdulillah selamat pergi, selamat balik. Tu je lah adventure saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Selamat malam..

nota kecil: Esok kerja pagiii:'O


2 comments: