23 DECEMBER

Well, its been awhile. Actually esok balik Penang dah, cuti study week. Excited gila sebab semester ni saya tak balik rumah lagi sebab busy. Nak buat macam mana kan, pasrah je lah. Semalam dengan harini satu hari tak study tapi nanti dah sampai Penang I olls janji I olls study yep. Hokks. So yelah, rasa nak update blog sebab petang tadi hati ni sakit sangat. Bukan sakit sebab apa, sakit sebab entah lah nak cakap macam mana. Tapi malas lah nak ambik kisah. Cerita lama. Tadi dah meroyan dekat twitter, so enough lah tu

So alhamdulillah berakhirlah semester 3 saya sebagai degree student. Final is just around the corner. 30hb ni dah start. Main ponit dia nak cerita, semester depan saya kena pindah kampus lain. Dekat Melaka. Minggu lepas kitorang pergi survey tempat sekali dengan cari rumah sewa. Alhamdulillah dah settle pasal rumah sewa. Kampus tu still baru, banyak facilities tak ada lagi. Worst thing, siap pon tak lagi kampus tu. Haha sedih kan? Masa kitorang datang tu, tanah pon merah lagi. Still in construction. Pasrah

Siries hati memberontak gila masa dapat tahu kena pindah, tapi nak buat macam mana. But we're try to accept that in a positive way. Since kampus tu dekat ceruk hutan mana lah kan, maybe belanja bulanan pon boleh kawal sikit kot since saya ni jenis yang adoiterber sikit. Kot lah kan. Tak salah ber azam. Hokss

Ohh, masuk semester 3 ni berat saya makin lama makin berkurang. Selera makan pon hilang. I donno whats happening to me. Maybe sebab busy, kerja banyak, so selera pon hilang. Maybe lah, I donno. Tak pelah, nanti kita regain balik berat time cuti nanti. Tapi macam tak dapat je sebab ingat nak kerja. Entah, tak tahu lagi. Nanti decide

So tu je lah kot. Gambar pon tak banyak update. Semua dekat phone. Dalam lappy tak ada gambar baru. Oklah, till then. Muchas love :*

Semua gambar lama. Haha


nota kecil: Nak somtammmmmm

30 OKTOBER

Bismillahirrahmanirrahimmmm...
Siries dah lama sangat tak update blog ni. Memang busyy sangat sangat. Plus, dah jarang on laptop ni. Notes semua download dalam phone, assignment mostly buat dalam group and bla bla

So sepanjang semester 3 ni banyak sangat kenangan kenangan menarik yang berlaku. Nak cerita panjang lebar macam dulu2 macam tak sempat je, so let me just list out the memory 


    • Tak beraya haji dengan family
    • Pergi Bandung, Indonesia selama 5 hari
    • First time tengok lembu and kambing kena sembelih depan2 mata
    • Join program explorace by IPM UiTM dekat Sungai Besar, Selangor
    • Pegang katak, tangkap ikan keli with my own hands


And of course setiap memory ni ada cerita di sebalik nye. Later on Ill story mory. Tapi bila fikir balik, siries banyak cerita yang saya janji nak cerita tapi tak cerita cerita lagi. Macam apa yang best dekat Penang, my first ever crush and the latest cerita pasal memory dekat atas tadi. Teruk Nia is teruk. Tapi nanti kalau ada masa saya cerita okay. Promiso! I got to go. Byeee

Lokasi; Kawah Putikh, Indonesia. Kawah gunung berapi ni, tapi subhanallah cantik gila dekat sana

nota kecil: Harini tak pergi kelas satu hari. Bad headache :(

22 AUG

Harini nak share cerita sedih actually. Ada 2 cerita. Satu pasal ikan paus. Satu pasal anjing. Jangan tanya kenapa anjing. Dah memang main utama dia anjing. Nak buat guana. Lagi pon, anjing pon makhluk Allah jugak. Emo out of nowhere. Maaf

Okay first story. Pasal ikan paus. Actually satu hari masa tengah search2 article best2 dekat internet, then I found something yang quit interesting. Tajuk dia, 


"The Most Loneliest Whale In The World"

Tajuk dia pon dah sedih kan. Thats why saya baca tu. Dekat situ dia cakap, there is one whale yang sangat kesian hidup dia. Dia hidup sorang2 like the entire of its life. Sebab dia ber communicate dengan nada yang berbeza compared dengan the other whales. Ikan paus normal ber communicate dengan nada 12-20Hz. But this whale is communicating with a range of 52Hz. Dua kali ganda nada which is he talk faster and shorter than the other whale which is bercakap dengan lebih lambat dan panjang. So whenever this whale sings, tak ada siapa pon yang akan dengar dia. Yang membuat kan saya sedih, article ni cakap ikan paus tu menangis. And setiap kali dia menangis, tak ada orang pon yang dengar. Bayangkan you saw someone after tired of searching. And when you called them, they cant hear you and they just passed by and all you can do is tengok je orang tu pergi. Sakit kan

Article tu cakap lagi, para saintis actually dah kesan ikan paus ni sejak 2 dekad yang lalu. And setiap kali ikan paus ni di detect, setiap kali tu jugak lah dia sorang2. Swimming around, eat, sleep. As all knows, sifat semula jadi ikan paus ni akan bergerak secara berkumpulan. But he, no. He has no group, no family, no friends or even girlfriend. So sad :( Di sebab kan ke unik kan ikan paus ni, the scientist gave him a name which is

"The 52 Hertz"

And diorang cakap, this next autumn diorang nak try documentary kan pasal si 52Hz ni. They planned to track this poor whale so they can investigate kenapa dia ber communicate in different range. Some says yang ikan paus ni hybrid dari ikan paus biru dengan ikan paus sirip. Hmm hybrid. Maybe. Sama2 kita tunggu documentary pasal ikan paus ni. Yeah? 

So! The next story pulak. Cerita ni movie actually. Tajuk movie tu


 "Hachiko A Dog's Story"

Siapa pernah tengok cerita ni tahu lah bertapa sedey pedey nye hati ini. Cewah. Cerita ni pasal seekor anjing nama Hachiko yang sangat loyal dengan tuan dia. Diorang ni rapat sangat. Nak jadi kan cerita, Hachiko ni hari2 dia akan tunggu tuan dia balik kerja dekat stesen keretapi. Tepat pukul 5ptg je dia akan keluar berlari pergi tunggu tuan dia dekat stesen keretapi tu. Everyday okay, everyday. Oh! Before tu, dia akan hantar tuan dia pergi stesen tiap2 pagi untuk pergi kerja. Mula2 tuan dia macam pelik lah kan. Yelah, anjing nak hantar, jemput bagai. Lama2 dia dah biasa and seems happy with that

Nak di jadikan cerita, satu hari tu tuan dia mati dekat tempat kerja sebab serangan jantung. And that day jugak, as ususal Hachi tunggu tuan dia dekat stesen tu. Tapi tunggu punya tunggu, tuan dia tak datang2. Nak di jadikan cerita jugak as I skipped all the other part, Hachi tetap tunggu tuan dia dekat tempat yang sama, waktu yang sama and most important, at the same spot where he used to wait for his master masa dia hidup dulu for 10 years. 10 years tau. Bukan 10 days. And the reason why I cried so much is, this is based on true story


Dalam cerita 10years, true story 9years. Biasa lah cerita kan. Nak gempak je

Memang wujud anjing ni. Hachiko. And sebagai peringatan, orang bina tugu Hachiko dekat stesen yang dia selalu tunggu tuan dia tu. Saya cerita ni tak sedih sangat. Kena tengok sendiri cerita tu. Komfem menangis sampai keluar hingus. Tak tipu. Try lah google ye. Mesti ada punya. Okay thats all. Byebye


Ni lah tugu Hachiko

nota kecil: Lately ni selalu lapar. Makan punya banyak. Haih

21 AUG

Okay I guess this will be the last update pasal TARP. Theres nothing more except nak cerita pasal cikgu pulak nanti. One more thing, saya taknak label entry ni as TARP. Thats why I just put a date as tajuk entry. So here it is. I dont know either perlu cakap ke tak pasal ni. But hey, its happen about 3 years back kan. Nothing to deal with 

So, yes I have a boyfriend masa dekat TARP dulu. Ee malunya :3 Zaman kanak2 kan. Tak kenal erti cinta. Cewah. Kira ni cinta monyet lah. Puppy love. So where to start ehh


Before that, miss this girl. Aretynn :( And I look real fat there

Ni cerita lama okay. Jangan compare dengan yang sekarang. He was a good guy. Pendiam, tak bercakap. And he kinda hot stuff jugak lah. I dont know about him sampai lah masuk bulan July. Bayangkan bertapa pendiam nya dia padahal kelas sebelah sebelah je. Nak di jadikan cerita, my classmates lah bukak cerita pasal dia ni. They said, this guy ni baik. Dulu sekolah pondok. And he already got a girlfriend. Then I said, untung girlfriend dia kan. Ada bf setia. Tak layan perempuan pon. But still saya tak kenal siapa that boy tu. Sampai lah satu masa, that boy tu lalu depan kelas kitorang. Only then I know him



Tu je lah cerita sikit2 yang saya boleh share. Even benda ni dah 3 tahun, but still sensitive kot benda ni. As me scrolling down tumblr punya timeline tadi, I found this



Exactly what I thought all this while. Yes, I will never hate him. Nak benci kenapa pulak kan. Tak ada sebab untuk benci lah. Just satu je. This I keep on remembering myself, I will never forget him. So kena lah terima hakikat. I mean, bukan never forget yang tangkap leleh tu. Bukan ye bukan! Tapi you know, boleh ke kita terus hilangkan someone tu dalam otak kita ni? Mean, terus hilang ingatan pasal dia. Of course lah not kan. Tak kisah lah kawan yang baru kenal sehari sekali pon. We'll still remember kalau something berkenaan diorang appear. That is what I mean. Maksudnya, benda ni normal thing lah. Lain lah kalau teringat kat orang tu then nak emo2, lepastu call dia ke. That is not right man

Okay dengan itu tamatlah kisah TARP saya dengan jayanya *fireworks

nota kecil: Harini bulan penuh :)


TARP (3)


Okay sambungan cerita pasal TARP. Lepas dah cerita pasal pergi sekolah, cerita pasal budak kelas. Then nak cerita pasal memory pulak. Theres so many thing nak cerita actually, tapi tak tercapai dek daya nak menulis. Tapi at least ada jugak lah something yang nak ditulis. So nanti bila dah tua boleh baca balik kan kan

So benda yang paling saya tak boleh lupa is my first day at school. And also my shoes that time. Actually Im kinda excited nak pakai kasut tu pergi sekolah sebab saya rasa my kasut is sooooo cool. Haha ober tau. Kasut hitam kulit berkilat yang macam orang pergi office tu. Siap ada heels kaw. Orang lain pakai kasut hitam kulit dull pergi kilang tu je. Act memang kena pakai kasut tu pon. Tapi Nia ni je ha mengada lebih. Hahaa. And sepanjang setahun, saya tukar kasut sekolah sebanyaaaaaaaaaaaak, 6kali. Plus, 6pasang kasut tu, semua bukan kasut yang legal pakai dekat sekolah. Gila kan? I know

Okay back to the first day at school. Eh kejap. Saya cerita ni jangan pikir saya perasan tau. Biasalah time budak2, tak matang lagi. Huww. So masa first day tu saya ingat lagi. Time rehat, before ambik buku teks dengan Yaya, I went to toilet by myself. Then keluar je dari toilet tu ada segerombolan budak lelaki jerit2 from tangga the other blok tapi level bawah from where I am. "Budak Gombak weh budak Gombak", "Marka KL niii, fiwwit", "Tinggi nya diaaaaa", "Macam artiss", "Amboih kasuuuiitttt". Then yang lain2 saya tak dengar sangat. Hahaha. Comel kan? Again, tak matang lagi time niii


Hyeeeeee

Then, saya ada rapat dengan a group of boys ni. Diorang ni pon outsiders jugak like me. And most important, diorang ni golongan the wanted dekat sekolah. Cikgu disiplin, guru besar dah macam ayah diorang dah. Hahaa. Dekat sekolah tu ada 3golongan dibahagi based on their final exam's result masa Form4. Cemerlang, Tengah2(Ada nama khas for this group, but I ter forgot) and Berlian. Fyi, Berlian is the last group among that 3 group. And all of the boys yang saya nak cerita ni semua dalam group tu. And so do me. Haha cz masa Form4 saya dekat sekolah lain. So thats why

Saya suka kawan dengan diorang sebab even nakal2 diorang pon, they still have their good side. Macam loving dengan family, pentingkan kawan, suka tolong kawan and most important, they have passion to study. And saya lah jadi cikgu diorang :3 Masa nak dekat SPM, pergi study dekat McD. Pernah study dekat kedai mamak jugak tauu. Bayangkan dengan hiruk pikuk anak mami dok sembang, boleh kitorang study dekat situ. Study LK pulak tu! Ohh, LK tu Lukisan Kejuruteraan

And suddenly, I ter had a crush on one of them. Macam tak percaya Nia boleh jatuh hati dengan anak mami. But hey! A crush will always be a crush okay. Tapi satu hari tu, one of my best friend, Mail detect my feeling towards that boy. Macam mana dia tahu saya pon tak tahu. Haha. Tapi he said 


"Aku kenal lah hang Niaaaa (macam dah kenal 5 thun je :p). Cara hang pandang dia pon aku boleh baca (very the cliche :p). Lagi pon, hang dok tanya pasai dia ja. Memang lah aku tauu (there you gooo!)" 

Then, si Mail ni dok cucuk2 yang boy ni mintak my number. Nak jadi cerita, one fine day tu saya ter confess dekat dia yang I had a feeling towards him. Aaaaa rasa nak menjerit ingat balik. Haha. Tu lah pertama kali saya confess tau. Before ni mana ada. And actually, that time saya baru clash with my first bf. Tak baru pon actually, adalah dalam 6 bulan. Baru lah kan? Nak di jadikan cerita jugak, SAYA DI REJECT. Bhahahaha kelakar kan? Dah lah first time confess, kena reject pulak. Alahaiii sedih much. Alasan dia

 "You're too good for me"

Masa dia bagi alasan tu, I was like, what the hell mannn ( Maaf ). Tapi saya tak puas hati. Then mengadu dekat Mail. When he heard my so called sad story, his reaction was just Ahaaaaa~ Lagi lah saya panas. Then dia cakap

"Actually Nia. Aku dah tahu dah benda ni. *** suka kat hang. Tapi dia tak boleh anggap hang lebih sebab hang terlampau baik"

There the same answer again! Sakitt je hati dengar. Baik lah sangat korang oii. Okay fine lah masa tu baik. Sekarang ni Nia dah jahat, so can you accept me now? Hikhik kiddin. Begitu lah kisah crush pertama saya. Heww pasrah. Eh no! This is the second. My first crush is when I was 8. Haha later on I tell the story

So now should I mention his name here? Takpelah kan. Cerita lama. Zaman tak matang. 3years back kot. Okay fine. Nama dia Safwan aka Top. Okbye

Eh kejap. Belum bye lagi. Ada lagi cerita. Masa SPM, kedudukan saya dengan dia dekaaat sangat dalam dewan. Just ada satu meja je di antara kitorang. Tapi dia duduk depan saya sikit. So kira whenever I toleh kanan, I can see him lah. Sumber inspiration gituww :3 Bhahaha geli geli. And he also can see me. Tapi whenever our eyes met, dia buat muka selamber je. Sedih hati. And satu hari tu saya tekad. This time when he look at me as Im for sure lah akan tengok dia all the time ( Saiko kan? Haha ), saya nak cakap good luck dekat dia. Nak dijadikan cerita, our eyes met! So saya pon buat muka comel, besarkan mata sambil buat tangan "Good luck!" dekat dia

And he smile! Oh maigodd. So dengan itu, saya pon menjawab paper dengan hati yang girang. Ecewah :p Okat tu je lah. Byeee

nota kecil: Lapar

TARP (2)


Okay sambungan entry before. Habis cerita pasal flow saya pergi sekolah. Now nak cerita pasal isi nye pulak. Before tu, sebab kenapa saya suka jadi outsider is hari2 boleh basuh baju sekolah. Stokin pon boleh tukar hari2. Haaa. Kalau duduk hostel kena pakai baju yang sama at least 2 kali. Kan kan? Okay dah. Recist2!

So nak start dengan cerita budak kelas. Dalam kelas saya ada 6 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Berapa banyak lelaki, I ter forgot. Maaf laa. Perempuan; Yaya, Amy, Aretyn, Balkis, Cu'a dengan Atikah. Lelaki yang saya ingat; Haniz, Acap, Hafiz, Mubin, Wafiy, Syazwan, Chen, Amir, Furqan, Kamarul, Chia, Man, Alif Fatim, Mus, Anuar, Arul dengaaaann okay tak ingat dah. Hee


Miss them :')


Saya ingat lagi masa mula2 masuk sekolah tu hari Rabu. Semua student pakai uniform koko. Then masa rehat tu saya kena amik buku teks dekat bilik buku teks. Yaya yang teman kan. Bila balik kelas je terus keadaan jadi awkward. Alkisahnya Yaya pegi tinggalkan the other 4 untuk teman saya. Siries time tu terkejut sebab Yaya tiba2 nangis. Diorang terasa sebab Yaya pergi tinggalkan diorang time rehat. Tapi sekejap je then dah okay :) 

Amy pulak baik. Dia budak seberang. Ganas2 dia pon, feminin tau. Masa form4, budak2 ni cerita dia di gosip kan dengan tedy. Hikhik comel. Tedy ni budak kelas lain. Balkis pulak lembut je. Saya panggil dia Balkish. Anak mami pure. Bulu mata kaw2 lentik baq hang. Adore much. Masa dah tengah2 Form5 tu, Balkish together gether dengan Furqan. So cute them both. Lepastu Cu'a. Nama dia Nasuha sebenarnya. Cu'a ni pandai. Lemah lembut. Kalau tengok dia, rasa nak protect je. Sebab kecik sangat. Hee. Cu'a pulak dengan Mubin dulu. Mubin ni dah lah gengster. Tapi bila dengan Cu'a, sooo sweeeet :) 


Time ni kitorang ramai2 pegi lawat Kamarul dekat hospital :3

Next is Aretyn. Actually lah kan, masa mula2 masuk tu saya tak berapa nak ngam sangat dengan Aretyn. Bukan lah tak bertegur macam tu. Means, kalau nak pergi toilet ke, tak pergi dengan dia. Something like that lah. As all know, toilet tempat persinggahan wajib bagi budak sekolah ye. Tapi lama2 baru ngam. Tak lama sangat pon lah actually. Haha. Last but not least, Atikah. Haaa, Atikah ni pon pandai. Tulisan dia kecikkk sangat. Haha. Dia duduk dekat area USM Penang cawangan. Nibong Tebal ke nama dia. Lupa. Huhu. Atikah banyak tolong saya add math :)


From left: Balkish, Aretyn, Cu'a

Aretyn with Yaya. Time ni birthday Yaya. Sian dia comot2 kitorang paksa tangkap gambar :3

Then hari saya berlalu sebagai seorang budak Penang berjalan dengan alhamdulillah lancar. Meng adapt kan diri perlahan2. Lama2 okay. Saya dekat kelas suka kacau orang sebenarnya. Terutama si Haniz sebab dia sukaa tido. Kalau dia tido, saya amik pen, conteng buku dia. Chia pon sama. Tapi dia taknak layan saya. Sedih. Haha. Masa awal2 masuk sekolah tu, saya rapat dengan Hafiz. Dia ni sukaaa sangat merah. Motor merah, beg merah, helmet merah,pencil box merah. Semua merah. Hafiz ni baikk. Suka tolong orang kalau tak faham cikgu ajar. Pandai pulak tu 


Haniz :)

Hafiz :)

Nak cerita sorang2, memang tak dapat lah kan.Tapi nak jugak cerita. So saya singkat kan lah ek senang.

Okay, Furqan: Dia ni plum2 sikit. Comeeel sangat. Cikgu fizik kitorang sayang sangat dia. Eh, semua cikgu lah sayang dia. Paling saya tak boleh lupa, time SPM paper add mah, tepat2 30min after paper start dia angkat tangan nak hantar paper. Haha. Memang betul2 reda budak tu. Saya duduk sebelah dia time tu. Sempat lagi saya buat sign penumbuk dekat dia time jawab add math tu. Haha


Furqan :) Time ni hari sukan sekolah. Eh, sekarang Furqan dah slim tauuu 

Kamarul: Saya panggil dia Kamalu. Sebab cikgu math mode kitorang chinese. Dia panggil Kamarul tu Kamalu. Haha comel. Dia ni taiko. Jatuh moto banyaaaaaak kali sangat. Sampai dah tak kisah dengan diri sendiri. Saya yang selalu membebel pagi2 dekat dia. Geramm. Masa SPM, dia pon sekutu dengan si Furqan. Datang exam mata merah2. 30min after papaer start, dah angkat tangan nak hantar. Dah lah duduk belakang Furqan. Elok sangat lah diorang tu. Haha


Kiri tu Kamarul. Terkejut saya tengok gambar ni. Dulu dia kurusssssssss je

Mubin: Saya panggil dia Abin. Sebab budak kelas panggil dia Abin. Huww. Dia ni taiko jugak. Tapi taiko2 pon, dalam hati ada taman tau. Haa jangan main2..


Ni lah Abinn :) 

Acap: Acap ketua kelas kitorang. Dia ni siries bertanggungjawab. Saya cair dengan sifat tanggungjawab dia. Cewah. Berkaliber. Baik. Tak pernah nampak dia marah. Heww


Ni Acapp :)

Syazwan: Wan ni kuat tacing. Rasa nak sepak je kadang2. Hikhik. Pernah satu hari tu dia merajuk dengan saya, saya beli kan dia apollo waffel untuk dia. Merajuk sebab ape tah lupa. Hahaa. Wan ni selalu datang awal dekat kelas. Kadang2 dia tolong saya menyapu. Baik kan?:)


Saja amik gambar yang ni sebab rasa dia hensem. Haha hensem kan? Ni lah Wan :)

Tu je lah yang mampuu. Okay bersambung dekat part yang lain. Cerita pasal memory pulak. Hikhik


nota kecil: Rasa macam baru semalam semua ni berlaku :')



TARP (1)

First thing first. Sempena bulan Syawal yang mulia ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang fana ini terutama kepada ahli2 keluarga dan kawan2 yang mengenali diri ini. Cewah. Hm, sejak akhir2 ni gempar dengan isu keganasan dekat Mesir. This is a very serious issue like seriously kuasa lima. Sebagai seorang muslimin, wajar sangat lah untuk kita spent even sikit dari masa kita untuk sama2 berdoa untuk keselamatan saudara se Islam kita dekat sana. Insya Allah sama2 kita berdoa ----

Pray

So! Back to business. Harini macam nak bercerita pasal sekolah lah pulak. Lepas di belek2 blog ni, baru perasan. I never update pasal sekolah saya dekat Penang masa Form5 dulu. Agak bias lah bila dikenangkan balik. So here it is

Nama sekolah; Sekolah Menengah Teknik Tengku Abdul Rahman Putra aka TARP. Saya ingat lagi, dulu masa mula2 pindah sekolah TARP ni saya awkwardddd gila. Haha. Sebenarnya masa Form4 saya sekolah dekat Teknik Gombak. Pindah from one place to another tipu lah tak rasa pelik kan. Before ni duduk Puchong, cakap pon tak ada sleng. So bila dah pindah utara ni, cakap diorang pon dah lain. Lagi lah bertambah awkward plusplus

Ni lah pintu masuk TARP. Seram tau pagi2 lalu sini gelap2. Huhu

Dekat TARP ni saya jadi budak outsider. So pegi sekolah naik Rapid Penang. Ingat KL je ada Rapid KL? Tapi siries tau nama rapid dekat sini Rapid Penang. Tak tipu punya. Haha. Taknak duduk hostel sebab masa dekat Gombak dulu saya dah duduk hostel dah. Tapi tak boleh nak belajar. So thats why lah. Al kisah, tiap2 hari sebelum subuh lagi saya dah bertolak dari rumah. Hebat kan. Hari2 bangun pukul 5. Then mandi, lepastu iron baju, siap2, sarapan, pakai stokin, baru lah keluar rumah. Mama hantar sampai dekat bas stop depan rumah then saya naik bas pegi Komtar

Biasanya sampai komtar dalam pukul 6.15 macam tu. So stop lah kejap dekat surau komtar. Surau sini dah lah tak ada tempat ambik wuduk. Sedih kan? So dekat rumah saya dah siap2 amik wuduk and cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada terkentut di pagi hari. Heee

Apology for the quality. Muka pon jadi pelik dah. Huu

Then lepas solat, baru boleh kentut. I mean, baru lah naik bas yang seterusnya. Memang Penang ni pelik sikit system bas dia. Kena naik 2 bas. Nak explain panjang, so malas nak explain. So dalam pukul 6.30-6.40 macam tu saya dah sampai sekolah. Siries sekolah pon gelap lagi time tu. Pakcik guard pon tengah tidur lagi. Selalu saya lah kejut pakcik2 tu solat subuh. Okay tipu. Tapi siries lah sekolah pon gelap lagi. Budak2 hostel baru bangun. Since pintu masuk sekolah tu berhadapan dengan hostel lelaki, so tiap2 pagi saya dengar budak2 ni menyanyi terjerit2 dalam toilet. Haha

So hari2 saya jadi orang first yang datang sekolah. Jadi tukang ganti pengawas bukak kan lampu2 koridor. Kehkeh tapi kadang2 ada je pengawas yang sampai dulu. So sampai kelas je takde buat apa saya pon menyapu, susun meja, lap white board, lap tingkap. Heww bebajet je kan. Tapi betul laaa. Tak percaya sudah :3 Tiru kerja rumah? Helloooo~ Orang yang tiru kerja saya okay. Haha ni gelabah. Tipu okay tipu


Bismillahirrahmanirrahim tu bukan saya tulis. Huuu. With Syazwan :3

Okay lah. Dah panjang sangat ni. Nanti bersambung dekat part yang seterusnya. Entry ni kira teaser je lah. Haha ober gituww. Okay, till we met again. Papai



Nota kecil: Fon rosak lagiii~~


19 JULY

Soo its been a long time. Bila tengok My Archieve dekat sebelah ni, baru tersedar bertapa tak social nye saya sekarang. I mean, tahun ni less than 20 post I've wrote here. Kalau tahun lepas, entah berapa berapa post dah saya merepek. Bukan blog je. Tapi Twitter, Facebook, Tumblr and segala tok nenek laman sosial saya dah abaikan. Kehkeh kesian. Okay maybe dekat Instagram Im kinda active and a little bit on Keek. Sebab tak perlukan communication kot. Just syok sendiri sorang2, then siap. Settle

Okay, sekarang dah masuk hari yang ke 11 Ramadhan, Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Ramadhan kali ni saya sempat puasa selama 4 hari dengan housemates. We had a very great food during iftar together. Sahur pon 2 hari masak, then lagi 3 hari makan dekat luar. And during our last day together, kitorang buat bbq sempena tamat paper for this semester. Dengan itu, berakhir lah tahun pertama kitorang sebagai degree students. Alhamdulillahhhhh :)

Lagi 2 orang, hilang :3

So sekarang saya tak tahu nak cakap ape. Tadi idea datang membuak buak, tapi tiba tiba pulak hilang ditelanan arus pemodenan. Cewah. Actually lately ni ada something yang bermain dalam fikiran saya.  Its kind of emotional distraction I guess. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak di pendekkan cerita, semua orang ada kisah silam kan. I mean, the loved one. Okay fine lah ada yang tak pernah ada 'kisah silam'. But now Im talking about myself

Cantik kan? :)

Past is past. I admitted that. Tapi apa yang berlaku sekarang, I donno whether this is a normal thing or not. I kept thinking about my past. Bukan fikir pasal memory ala ala meratapi tak boleh nak move on bagai. Takk. Tapi I kept thinking about what will happen in the future. I mean, nanti macam mana kalau satu hari nanti masing2 dah berkeluarga. Lepastu terserempak dekat mana2 ke. Sorang pegang anak, sorang pon tengah pegang anak sampai 3 ke kan. Haa, macam mana perasaan masing2 masa tu. Nak buat muka macam mana

Bila lah nak dapat cincin kawin. Hikhok gataii

Lagi satu, okay tak payah fikir pasal terserempak lah. Fikir pasal nak kawin. Macam mana nak buat. Whether jemput ex kita pegi kenduri ke tak payah? Faham tak? I mean, ofcos lah benda ni common kan. Tapi pernah tak you all fikir macam mana perasaan masa tu. I mean, bukan nya masing2 tak pernah ada heart interaction before ni. Then when we saw our ex datang dekat majlis kahwin kita, I wonder the feeling. Yes. 2 words, MOVE ON. But come on laaa, takkan tak ada even sikit pon perasaan regret dalam hati kan. I mean, bukan regret menyesal. Tapi regret kesal. Maybe? I dont know. Only time will decide

nota kecil: Im addictive to Taecgui couple!

14 JUN

Soooo, its been a while. Macam biasa lately ni busy sebab tu tak update. Plus malas nak bukak laptop. Project bersepah tapi 80% from the projectS tak start buat lagi. Bagus kan? Tapi weekends ni Insya Allah nak insaf sikit. Kot..

Actually malas nak cerita lah pasal busy busy ni. Sendiri cari penyakit sebenarnya libat kan diri dalam organisasi ni . Tapi cuba you all fikir, nanti kalau kita dah grad of course of course we will get our certificate. And of course of course jugak beribu graduate akan graduate masa tu. So ape yang membeza kan kita dengan orang lain? Insya Allah sijil2 penglibatan masa kita study yang dapat tolong kita jadi a step further from them. Paling tinggi value is sijil kepimpinan. Thats why lah saya susah payah nak try libatkan diri ni. Pergi interview, run program and blablabla. Skema? Takpe, betul lah tu


Exco Komunikasi Korporat PRS FSKM. Ada ke wajah2 korporat? Cekononnnn 

Lately I got a little bit problem. Problem yang susah untuk di luah kan. But its really hurt me inside out. Yang sedihnya, kita dah duduk bincang sama sama kan? But still the same thing happen. So second time benda ni jadi, saya dah tak tahu nak cakap apa. Apa yang boleh, just bagi hint yang kitorang terasa and we do hope that you can respond. Positively. Or at least, explain


I love all of us

Dah taknak cakap pasal tu. So minggu depan minggu terakhir untuk kuliah. Lepas tu, study week akan bermula dengan gahnya. Tapi tak berapa nak 'week' sangat sebab ada 3 hari je untuk study week ni. So it will be, study days. Krikrikrik..

Sebab apa kitorang diperuntukkan 3 hari je untuk study week? Sebab kitorang dah banyaaaak sangat cuti. Last month, 3 kali saya balik Penang. Semua tu dalam jangka masa seminggu. Banyak kan? Sebab tu semester ni saya macam lemau sikit nak buat kerja. Sebab banyak sangat cuti. Krikrikrik lagi.. Salah kan cuti pulak dah. Teruk nia is teruk


I miss my family

So thats all lah. Oh haritu saya ada pergi rumah orang tua dekat Puchong. Sedih much. Sangat beri kesan tak tipu. Actually kebanyakan orang tua dekat sana ada penyakit yang kronik macam mental, kudis teruk and banyak lah. Senang cerita perlu penjagaan yang super rapi. Plus, menurut pengasas rumah orang tua tu, kebanyakan nenek2&atok2 dekat situ was sent by hospital. Disebabkan hospital tak mampu nak jaga and waris pon tak datang ambik, so diorang terpaksa dihantar ke situ


Azim tengah bagi nenek tu makan. Sebak lihat. Nenek tu happy jee

So boleh bayangkan tak anak2 diorang dah buang diorang since dekat hospital lagi? :'( Siries sebak. Perasaan dia way much different compared pergi rumah anak yatim. Ok lah, till we meet again baby boo. Dikesempatan ini saya ingin menyampaikan hasrat rindu kepada my bestie; Nazirah Az( Ayat BM ) I miss you soo much. Kalau kite ade buat Naz terase, please forgive me tau. I love you :*


Tatap lah muka nenek ni. Selami hati dan perasaan nya.. Apa yang dia fikirkan..


nota kecil: Puasa dah ganti belom? Haaaa

7MEI

Currently dalam bas, ontheway ke Shah Alam from Penang. Tak plan sebenarnya balik Penang ni. Tapi tiba tiba haritu rindu nak balik rumah. So balik lah makan dia(Gangster kan ayat)..

Tadi masa tengah termenung termenung dalam bas tiba tiba teringat pasal something happen about 2 years ago. Something yang sangat beri kesan dalam hidup ni. Nak cerita lebih detail, taknak lah, segan. All I can say, I hope you will be just fine there.

My Taecyeon

Haaa. Haritu saya ada test koko tau. Kira final exam lah. Koko tu kokurikulum ye anak anak. Means lepas ni dah tak ada koko untuk semester ni. Tapi semester depan ada lagi. But that will be our last koko. Okay tu besok besok lah cerita. Ni nak cerita pasal test koko haritu

For loko, saya amik tarian tradisional. Semester ni kitorang just belaja Inang dengan Joget je. Since I really looooove dancing, so I reaaaally enjoyed that class so much. Tapi hari test tu full of tensi tak tipu. Ada je masaalah. Dengan tak ingat step. Bayangkan 4tarian in a row. Tapi tu kira normal sebenarnya. Sos tumpah kat tudung, tak makan satu hari dan sebagainya

Ewahhh :3
 
So ape lagi nak cerita. Oh aah. Now Im kinda busy. Dengan club of course. Setiausaha for program ni, exco publisiti for program tu and you know what, report program yang saya handle haritu pulak tak settle lagi. Ada lah sebab dia tapi apa boleh buat. Amanah tetap amanah. Kann

Sekarang bas pon dah sampai Damansara. Less in one hour sampai lah Shah Alam. But its raining. Guane ni? Takpe lah, nanti berhenti lah hujan ni. Plus, Im updating this entry via phone debenarnya. So saya tak tahu macam mana rupa dia dekat web. Hope it will be fine lah kan. Kehkeh. Okay till we met again, Assalamualaikum..

Bajet macam bersinar sinar lahh. Haha 
 
nota kecil: Nak demammmm

24 APRIL

So alhamdulillah, akhirnya setelah sebulan menyepi dapat jugak kembali menulis disini. Okay bajet. Tapi siries lah, sebulan tak update tak tipu. Yelah, kalau nak cerita ape benda yang busy sangat tu sampai abad ke 23 nanti pon tak habis so better tak payah. Nanti agak agak dapat hidayah nak cerita, Iolls story okay

Harini tiba tiba rasa nak update blog coz you know what. Iolls sekarang dekat Penanggg nokk. Omg omg. Cant believe this. Krikkrikrik sejak bila kau jadi macam ni Nia. Maaf lah, dah lama tak manulis. Awkward sekejap. Rasa nak lempang diri sendiri tapi taknak lah, sakit. Okbye


Me with Liza and my RIP htc. Sobbs

So! Back to business. Tadi masa tengah ber twitter, tiba tiba ternampak twitcon someone yang I used to know masa zaman lower form dulu. Girl okay not boy. Senang cerita dia freehair lah. Hot, serious hot. Tinggi, nice figure, mata bulat, kurus, and ada jerawat sikit which makes her face looking so matured than her actual age. Then suddenly I saw her twitcon wearing hijab. Hati saya tersentuh sangat masa tu. Saya tak cakap saya ni muslimah sangat untuk tersentuh dengan perubahan dia. But seriously tersentuh

Saya tak layak untuk bercakap soal agama. Tapi apa apa pun, Im very proud of you, kawan. Saya pon banyak cacat cela lobang sana sini. But all I can do is to limit myself supaya tak menyimpang dari syariat. Your parents must be proud especially your father :) Kunci dia sebenarnya, parents. Kalau kita ingat parents, fikir balik pengorbanan yang diorang dah buat untuk besarkan kita, bayang macam mana sakitnya masa Ibu kita nak melahirkan, Insya Allah semua benda automatic will turn into how it supposed to be. Saya cakap macam ni sebab dulu pon saya menyimpang jugak. Hmmph


True for me

Sebenarnya, saya dengan kawan saya tu ada kisah silam bersama. Hikhok lain macam pulak bunyik dia kan. Takde, kitorang pernah bermadu kasih. Haha kelakar kalau ingat balik.  Madu masa zaman hingusan rempit rempit dulu. We're sharing the same boyfriend. Means, dua dua kena tipu by our boyfriend. Kelakar kan? Malas lah cerita. Haha

So I'll update again later. Very soon, Insya Allah. Maybe tomorrow. Sebab banyak sangat benda nak cerita. Dari dulu lagi cakap banyak benda nak cerita tapi tak cerita cerita pon kan. Liar nia is liar. Maaf. Till we meet again. Good night

nota kecil: Makin tua, makin banyak masaalah..


23 APRIL

Okay since tadi dah buat promise yang berani mati dekat twitter, so terpaksa update. Actually banyak idea. Tapi kejap lagi I hapdate lain. Ni nak cukup syarat je before pukul 12. Hikhok. Okay done update. Byeee


23 MAC

Okay. Kebusyan mengganas sekarang. Gila punya busy tak tipu siries, tolong lah percaya plus plus. Bak kata rempit, pishaaaang. Sebenarnya, tak tahu pon ape maksud pishang tu. Main tibai je guna. Hikhok

Act banyak aktiviti yang kitorang kena handle non stop. Tu yang busy melampau lampau tu. Dengan meeting, seharian dekat fac, malam baru balik rumah, pakai baju kurung dari pagi sampai malam and banyak lah. Ni bukan rungutan ye, but this is what Im facing for all this 3weeks. Memang penat tapi berbaloi

So naik semster baru ni dah start duduk rumah sewa. Kehidupan baru ni alhamdulillah tak ada masaalah besar setakat ni. Tapi kalau dah duduk rumah sewa tu, duit lah problem paling agung sekali. So, kena lah pandai handle. Tapi masaalah nye Nia ni, krikrikrikkk

Last but not least, broadband Yes saya rosak. Tu yang susah sikit nak online. Sobbs. Nasib baik phone ni boleh buat hotspot. So boleh lah online guna lappy jugak since I have so many things to deal using lappy with internet connection. Okay lah, got to go now. Nanti kalau free, titew update lagi yeee. Hikkks. Mengada kan. Ok take caree

nota kecil: Ada speck baruuuu~


20 FEB

Tadi tak tahu apa mimpi malam semalam, tiba2 nak buat facial muka. Haha geli geli je. Ehemm, kite perempuan ni kena jaga kulit. Malu lah kalau kulit lelaki lagi cantik dari kulit kita kan. Bajet2 kulit cantik je cakap gini. Padahal dahi penuh jerawat. Haha:p Tapi siries tau. Kena jaga. Jangan jadi macam Nia. Sobbs

Fatin Liyana kate, jangan tinggal muka kita bogel macam tu je. Sekurang2 nya pakai mosturizer. Paling penting, mosturizer yang ada UV blocking. Lebih2 lagi negara kita kan memang sepanjang tahun kena panas. Memandangkan saya pon tak pandai nak pakai produk2 muka ni. After baca entry tu terus pegi beli mosturizer. Pantas dan efisen kan


Plastik hijau tu free gift :3

So bermula lah langkah2 facial tak bertauliah Nia terhadap dirinya sendiri di dalam bilik nya sendiri. Forever alone. First, cuci muka dulu dengan pencuci muka of kos. Then, stim muka manually. Cara dia; Masak air, lepastu tuang air tu dalam bekas besar. Then biar muka kita kena wap panas tu. Seeloknya, cover lah kepala kita and bekas tu dengan towel. Biar wap tu tak escape. Step ni function dia nak bagi liang pori dekat muka ni terbukak..

Then saya tampal nose patch. Nose patch ni semua tahu kan. Nak buang jeragat dekat hidung. Memang lah dekat hidung, nama pon nose patch. Lol Nia is lol. Ha! I'd learned something yang agak stupid dekat internet. Function dia sama jugak nak hilangkan jeragat or bintik hitam. Tapi guna ubat gigi. Ubat gigi tu gaulkan dengan garam. Then sapu lah dekat kawasan yang bermasaalah. Urut sikit. Make sure ubat gigi tu berangin. Gila kan? And guess what, saya dah cuba. And it work! Haha. Tapi jangan buat selalu. Takot ada chemical effect


Nampak tak macam 3 tanduk dekat kepala? Tu sepit rambut 

Agak2 kalau husband tengok macam ni malam2, lari tak? Haha. Then lepas tampal nose patch, saya sapu 'blackheads away gel' satu muka. Benda ni pon buat hilang jeragat. And oil of course. Even my jeragat problem only dekat area hidung je, but still have dirts kan dekat muka. So sapu je lah. Ni bukan peeling cream tau. Dia macam cleaner in cooler way lah. Haha susah nak cakap. Lepas tu, cuci muka. Guna air paip

Then, I wear mosturizer mask. Beli dekat Guardian tadi. Saje menggedik nak try. Sejuk pakai benda ni. Syokk. After 15 menet baru remove mask tu. Then tunggu lebihan lembapan tu kering, then sapu tonner. Haa, tonner ni syok. Benda ni saye dapat free masa beli moisturizer dulu. Sangat tak selalu pakai. Malas. Tapi tonner ni sangat bagus. Strongly recommended by me. Hekhek. Oh, toner ni Etude House punya. As you can see, its Wonder Pore. Nanti saya pon nak beli jugak since dia sangat berkesan. Kita beli same2 ehh :*

Toner ni main function dia nak tutup lubang pori. Kan tadi kita dah bukak. So kena lah tutup. This will prevent dirts and oil from berkumpul dalam lubang pori tu. Oils and dirt ni lah yang penyebab jeragat and blackheads. Last but not least, sapu acne gel dekat dahi. Acne gel ni saya beli masa foundation dulu. Jerawat belambak but still tak habis. Tube dia kecik je pon. Nampak tak pemalas nye tu?


Okay lah. Sekian saja facial spa Nia hari ini. Till then..

nota kecil: Buat kek dengan dadih tadi :) Sedappp


18 FEB

So masuk harini lebih kurang 3 minggu dah uti. Sepanjang 3 miggu ni, boleh kira dengan jari je berapa kali saya keluar. I mean, jalan2 without family. Duduk rumah ni syok. Boleh tukar baju banyak2 kali, boleh syampoo hari2, boleh makan ais non stopli, boleh begitu begini dan lain lain..


Happy sangat tu..

Kalau dekat hostel tak boleh buat semua ni. Baju mana boleh suka2 hati tukar banyak2 kali. Nanti baldi penuh, kena basuh 2,3 kali. Mana nak korek syiling banyak2? Haaa nampak tak pemalas basuh guna machine? Lepastu, dekat hostel mana boleh basuh rambut hari2. Nanti nak pakai tudung, rambut basah2. Nanti rambut tumbuh buah. Kalau buah tu boleh jual sekilo 6ringgit takpe jugak.

So haritu pegi Tokong Ular. Dekat Penang ni kan ada Tokong Ular..


Pakat mai siniiii, Pulau Pinang satu destinasiiiii. Tengok ular Tanjong Tokoonggg. pesta Penang Sungai Nibongg~ PESTAAA!

Haha hebat Nia nyanyi kan? :3 Before tu, lirik lagu tu salah sebenarnya tau. Dalam lirik tu kata tengok ular dekat Tanjong Tokong kan? Mana adaaaaa. Tengok ular dekat Bayan lepas. Tanjong Tokong tu area rumah saya. Sini mana ada tokong ular. Kalau nak tengok cina seksi ke mat salleh masuk Tesco pakai bikini ke boleh lah datang sini. Hekhek

Cari lah Snake Temple dengan Tanjong Tokong dekat mana :3

So! Masa pegi Tokong Ular tu ramai sangat orang. Yelah, tahun ni kan tahun ular. Ramai lah chinese2 datang sembah ular tu. Tourist pon ramai. 


Tourist. Lah sangattt

Tu je lah kot nak cerita. Hmm kinda excited nak masuk sem baru. Excited plus risau. Sebab apa? Sebab naik sem nanti saya ada banyak sangat komitmen. And Im very scared. Please pray for me :( Aminn. Oh! Later on saya cerita apa ade dekat Penang ni yek! :D Excited ni nak cerita. Believe me, Penang memang syok ;)

nota kecil: Balik Shah Alam 2haribulan kot

16 FEB

Hari ni result keluar. Most important, it was the first ever getting result degree in my life. Omg tak boleh describe feeling berdebar tu macam mana pagi tadi. Pagi lah sebab check email pukul 3.30am. I mean, awal pagi. Ingat kan nak tidur je tapi tangan gatal dok scroll TL. Then semua orang pulak sebok cakap result dah keluar, memang tak boleh tidur lah kan. Padan muka

Then nafsu nak check email pon membuak2 even ketaq tahap dewa18. After 4,5 kali refresh button email tu, then email from uitm pon masuk. Dup dap dup dap toksah ceqita. Ni jantung cheq sikit lagi nak tekeluaq baq hang (gaya mami Penang) Hahhh


Nice isnt it? Really hopes to see this someday

And syukur alhamdulillah. Bukan nak bangga diri ke apa. Tapi first time ni dapat tak tipu. Alhamdulillah dapat dekan :') Masa foundation dulu memang tak merasa dekan. Bukan takat merasa, target pon tak. Kehkeh. Even 2 sem je foundation tu, tapi it was a very tough moment for me. Mana tak nye, main2 je. Padan muka

Disebabkan zaman foundation yang penuh main2, so time degree ni nak buat betul2. Thats why I study hardly. Tak percaya, tanya Anna my roomate. Die rilek je tengok movie masa saya study. hikhik:p Anyway, please pray for me. Semoga Nia akan terus focus untuk mencapai target belajar. Aminnn.. ( Thankyou :* )


Bajet2 ayu je datang kelas. Padahal :3

Okay tamat cerita result. Oh lagi satu! Congrates to all degree student yang dah dapat result tu. I believe semua pon dah dapat kan tak kisah lah uni mana pon. We have tried our best. Lets do better next sem :D Yeahh!

So tadi jalan2 dengan Mama semua. Macam biasa lah jalan2 amik angin. Asyik duduk rumah makan tido je tak boleh jugak kan. I admit dekat Penang ni takde nafsu nak keluar pon. Even ada yang ajak lepak2, but entah lah. Lagi best duduk rumah. Plus, balik pon bukan selalu. So better tidur I mean, spent time dekat rumah kan. hmm


Di samping keluarga, Kakak2 dah tak boleh beza dengan adik2


Okay till then. Take care okay..

nota kecil: Sayang nak makan chocolate cadbury ni