Wednesday, February 20

20 FEB

Tadi tak tahu apa mimpi malam semalam, tiba2 nak buat facial muka. Haha geli geli je. Ehemm, kite perempuan ni kena jaga kulit. Malu lah kalau kulit lelaki lagi cantik dari kulit kita kan. Bajet2 kulit cantik je cakap gini. Padahal dahi penuh jerawat. Haha:p Tapi siries tau. Kena jaga. Jangan jadi macam Nia. Sobbs

Fatin Liyana kate, jangan tinggal muka kita bogel macam tu je. Sekurang2 nya pakai mosturizer. Paling penting, mosturizer yang ada UV blocking. Lebih2 lagi negara kita kan memang sepanjang tahun kena panas. Memandangkan saya pon tak pandai nak pakai produk2 muka ni. After baca entry tu terus pegi beli mosturizer. Pantas dan efisen kan


Plastik hijau tu free gift :3

So bermula lah langkah2 facial tak bertauliah Nia terhadap dirinya sendiri di dalam bilik nya sendiri. Forever alone. First, cuci muka dulu dengan pencuci muka of kos. Then, stim muka manually. Cara dia; Masak air, lepastu tuang air tu dalam bekas besar. Then biar muka kita kena wap panas tu. Seeloknya, cover lah kepala kita and bekas tu dengan towel. Biar wap tu tak escape. Step ni function dia nak bagi liang pori dekat muka ni terbukak..

Then saya tampal nose patch. Nose patch ni semua tahu kan. Nak buang jeragat dekat hidung. Memang lah dekat hidung, nama pon nose patch. Lol Nia is lol. Ha! I'd learned something yang agak stupid dekat internet. Function dia sama jugak nak hilangkan jeragat or bintik hitam. Tapi guna ubat gigi. Ubat gigi tu gaulkan dengan garam. Then sapu lah dekat kawasan yang bermasaalah. Urut sikit. Make sure ubat gigi tu berangin. Gila kan? And guess what, saya dah cuba. And it work! Haha. Tapi jangan buat selalu. Takot ada chemical effect


Nampak tak macam 3 tanduk dekat kepala? Tu sepit rambut 

Agak2 kalau husband tengok macam ni malam2, lari tak? Haha. Then lepas tampal nose patch, saya sapu 'blackheads away gel' satu muka. Benda ni pon buat hilang jeragat. And oil of course. Even my jeragat problem only dekat area hidung je, but still have dirts kan dekat muka. So sapu je lah. Ni bukan peeling cream tau. Dia macam cleaner in cooler way lah. Haha susah nak cakap. Lepas tu, cuci muka. Guna air paip

Then, I wear mosturizer mask. Beli dekat Guardian tadi. Saje menggedik nak try. Sejuk pakai benda ni. Syokk. After 15 menet baru remove mask tu. Then tunggu lebihan lembapan tu kering, then sapu tonner. Haa, tonner ni syok. Benda ni saye dapat free masa beli moisturizer dulu. Sangat tak selalu pakai. Malas. Tapi tonner ni sangat bagus. Strongly recommended by me. Hekhek. Oh, toner ni Etude House punya. As you can see, its Wonder Pore. Nanti saya pon nak beli jugak since dia sangat berkesan. Kita beli same2 ehh :*

Toner ni main function dia nak tutup lubang pori. Kan tadi kita dah bukak. So kena lah tutup. This will prevent dirts and oil from berkumpul dalam lubang pori tu. Oils and dirt ni lah yang penyebab jeragat and blackheads. Last but not least, sapu acne gel dekat dahi. Acne gel ni saya beli masa foundation dulu. Jerawat belambak but still tak habis. Tube dia kecik je pon. Nampak tak pemalas nye tu?


Okay lah. Sekian saja facial spa Nia hari ini. Till then..

nota kecil: Buat kek dengan dadih tadi :) Sedappp


Monday, February 18

18 FEB

So masuk harini lebih kurang 3 minggu dah uti. Sepanjang 3 miggu ni, boleh kira dengan jari je berapa kali saya keluar. I mean, jalan2 without family. Duduk rumah ni syok. Boleh tukar baju banyak2 kali, boleh syampoo hari2, boleh makan ais non stopli, boleh begitu begini dan lain lain..


Happy sangat tu..

Kalau dekat hostel tak boleh buat semua ni. Baju mana boleh suka2 hati tukar banyak2 kali. Nanti baldi penuh, kena basuh 2,3 kali. Mana nak korek syiling banyak2? Haaa nampak tak pemalas basuh guna machine? Lepastu, dekat hostel mana boleh basuh rambut hari2. Nanti nak pakai tudung, rambut basah2. Nanti rambut tumbuh buah. Kalau buah tu boleh jual sekilo 6ringgit takpe jugak.

So haritu pegi Tokong Ular. Dekat Penang ni kan ada Tokong Ular..


Pakat mai siniiii, Pulau Pinang satu destinasiiiii. Tengok ular Tanjong Tokoonggg. pesta Penang Sungai Nibongg~ PESTAAA!

Haha hebat Nia nyanyi kan? :3 Before tu, lirik lagu tu salah sebenarnya tau. Dalam lirik tu kata tengok ular dekat Tanjong Tokong kan? Mana adaaaaa. Tengok ular dekat Bayan lepas. Tanjong Tokong tu area rumah saya. Sini mana ada tokong ular. Kalau nak tengok cina seksi ke mat salleh masuk Tesco pakai bikini ke boleh lah datang sini. Hekhek

Cari lah Snake Temple dengan Tanjong Tokong dekat mana :3

So! Masa pegi Tokong Ular tu ramai sangat orang. Yelah, tahun ni kan tahun ular. Ramai lah chinese2 datang sembah ular tu. Tourist pon ramai. 


Tourist. Lah sangattt

Tu je lah kot nak cerita. Hmm kinda excited nak masuk sem baru. Excited plus risau. Sebab apa? Sebab naik sem nanti saya ada banyak sangat komitmen. And Im very scared. Please pray for me :( Aminn. Oh! Later on saya cerita apa ade dekat Penang ni yek! :D Excited ni nak cerita. Believe me, Penang memang syok ;)

nota kecil: Balik Shah Alam 2haribulan kot

Saturday, February 16

16 FEB

Hari ni result keluar. Most important, it was the first ever getting result degree in my life. Omg tak boleh describe feeling berdebar tu macam mana pagi tadi. Pagi lah sebab check email pukul 3.30am. I mean, awal pagi. Ingat kan nak tidur je tapi tangan gatal dok scroll TL. Then semua orang pulak sebok cakap result dah keluar, memang tak boleh tidur lah kan. Padan muka

Then nafsu nak check email pon membuak2 even ketaq tahap dewa18. After 4,5 kali refresh button email tu, then email from uitm pon masuk. Dup dap dup dap toksah ceqita. Ni jantung cheq sikit lagi nak tekeluaq baq hang (gaya mami Penang) Hahhh


Nice isnt it? Really hopes to see this someday

And syukur alhamdulillah. Bukan nak bangga diri ke apa. Tapi first time ni dapat tak tipu. Alhamdulillah dapat dekan :') Masa foundation dulu memang tak merasa dekan. Bukan takat merasa, target pon tak. Kehkeh. Even 2 sem je foundation tu, tapi it was a very tough moment for me. Mana tak nye, main2 je. Padan muka

Disebabkan zaman foundation yang penuh main2, so time degree ni nak buat betul2. Thats why I study hardly. Tak percaya, tanya Anna my roomate. Die rilek je tengok movie masa saya study. hikhik:p Anyway, please pray for me. Semoga Nia akan terus focus untuk mencapai target belajar. Aminnn.. ( Thankyou :* )


Bajet2 ayu je datang kelas. Padahal :3

Okay tamat cerita result. Oh lagi satu! Congrates to all degree student yang dah dapat result tu. I believe semua pon dah dapat kan tak kisah lah uni mana pon. We have tried our best. Lets do better next sem :D Yeahh!

So tadi jalan2 dengan Mama semua. Macam biasa lah jalan2 amik angin. Asyik duduk rumah makan tido je tak boleh jugak kan. I admit dekat Penang ni takde nafsu nak keluar pon. Even ada yang ajak lepak2, but entah lah. Lagi best duduk rumah. Plus, balik pon bukan selalu. So better tidur I mean, spent time dekat rumah kan. hmm


Di samping keluarga, Kakak2 dah tak boleh beza dengan adik2


Okay till then. Take care okay..

nota kecil: Sayang nak makan chocolate cadbury ni

Sunday, February 10

10 FEB

Okay, need to focus. Sebenarnya sekarang rasa malas sangat nak update tapi theres too much to cerita dekat sini. Plus, kalau tak update blog hati ni rasa macam tak best. Tapi malas, tapi tak best. Tapi malas, tapi tak best. Haihh

So 1 hari bulan haritu pergi Damansara. Ada kenduri kawin Kak Seha which is my beloved cousin. Tak sangka dulu kecik2 tidur sama2, mandi sama2 tup tup dah kawin kakak aku. Huu. Dah lah dulu saya duduk rumah Kak Seha sekejap masa kecik2. So memang rapat lah kan

Actually kitorang datang just sebagai tetamu je sebab sini kenduri belah lelaki. Kenduri belah perempuan masa Christmas haritu. After makan, kitorang pergi rumah Mak Ngah dengan Pak Ngah dekat Bukit Mimaland, Gombak. Sini pon tempat saya membesar jugak. Best tau sini, boleh nampak view KL dari atas bukit. Kalau malam, memang cantik

Okay tamat cerita kawin. So 7 Februari haritu was my birthday :) Alhamduillah Im finally 20. Big enough to get married I guess. Hekhek gatal. So, that day memang di penuhi dengan makan makan dan makan. And I got this as my birthday gift. from Mama and Papa of course 

Tangan basah masa ni :3

Isnt it beautiful? :') First time dapat cincin as present. Beli je dekat kedai diamond, tapi white gold sebenarnya. Heww. White gold ni best tau. Sebab apa, sebab kalau nak jual balik memang tak dapat even harga dia tak patut pon untuk tak dijual balik. So kira harga dia mati lah. Sama macam anak gadis. Harga diri seorang anak gadis mana boleh di tebus balik. Macam emas kuning. Selalu orang beli emas untuk investment. Kalau sesak, boleh jual balik. So mana better emas kuning ke emas putih kalau nak di jadikan perumpamaan untuk anak perempuan? Hekhek..

Birthday girl kekenyangan sampai tertidur

TAPI! Emas kuning still the best. I love gold so much. Just kalau nak bagi gold untuk orang tersayang, better bagi white gold lah ye. Boys take note. Tapi cincin tunang, guna emas kuning lah baru best. 

Lately ni kerap pening kepala. I donno why. Maybe sebab umur pon dah banyak kaan. Ceh bajet bajet je. Okbye

nota kecil: Mr Boogie..

Friday, February 1

1 FEB

Its 1st of February. Tak lama lagi genap lah 20tahun saya hidup di bumi Allah ni, Alhamdulillah. Nothing much to talk. Just Ill be away from Penang for a couple of days. Nak tenang kan fikiran. Ecewah bebajet je kan. Balik Penang before birthday and In shaa Allah keluar balik a day after tu sebab my housemate dekat Palam nak kahwin :) Ok till then 


Current phone 

Oh lupa nak cakap. If anything happen, just Wassap or Line or Viber or BBM me okay. Kehkohkeh

nota kecil: Type mesej tak tengok screen. Heaven