Thursday, August 22

22 AUG

Harini nak share cerita sedih actually. Ada 2 cerita. Satu pasal ikan paus. Satu pasal anjing. Jangan tanya kenapa anjing. Dah memang main utama dia anjing. Nak buat guana. Lagi pon, anjing pon makhluk Allah jugak. Emo out of nowhere. Maaf

Okay first story. Pasal ikan paus. Actually satu hari masa tengah search2 article best2 dekat internet, then I found something yang quit interesting. Tajuk dia, 


"The Most Loneliest Whale In The World"

Tajuk dia pon dah sedih kan. Thats why saya baca tu. Dekat situ dia cakap, there is one whale yang sangat kesian hidup dia. Dia hidup sorang2 like the entire of its life. Sebab dia ber communicate dengan nada yang berbeza compared dengan the other whales. Ikan paus normal ber communicate dengan nada 12-20Hz. But this whale is communicating with a range of 52Hz. Dua kali ganda nada which is he talk faster and shorter than the other whale which is bercakap dengan lebih lambat dan panjang. So whenever this whale sings, tak ada siapa pon yang akan dengar dia. Yang membuat kan saya sedih, article ni cakap ikan paus tu menangis. And setiap kali dia menangis, tak ada orang pon yang dengar. Bayangkan you saw someone after tired of searching. And when you called them, they cant hear you and they just passed by and all you can do is tengok je orang tu pergi. Sakit kan

Article tu cakap lagi, para saintis actually dah kesan ikan paus ni sejak 2 dekad yang lalu. And setiap kali ikan paus ni di detect, setiap kali tu jugak lah dia sorang2. Swimming around, eat, sleep. As all knows, sifat semula jadi ikan paus ni akan bergerak secara berkumpulan. But he, no. He has no group, no family, no friends or even girlfriend. So sad :( Di sebab kan ke unik kan ikan paus ni, the scientist gave him a name which is

"The 52 Hertz"

And diorang cakap, this next autumn diorang nak try documentary kan pasal si 52Hz ni. They planned to track this poor whale so they can investigate kenapa dia ber communicate in different range. Some says yang ikan paus ni hybrid dari ikan paus biru dengan ikan paus sirip. Hmm hybrid. Maybe. Sama2 kita tunggu documentary pasal ikan paus ni. Yeah? 

So! The next story pulak. Cerita ni movie actually. Tajuk movie tu


 "Hachiko A Dog's Story"

Siapa pernah tengok cerita ni tahu lah bertapa sedey pedey nye hati ini. Cewah. Cerita ni pasal seekor anjing nama Hachiko yang sangat loyal dengan tuan dia. Diorang ni rapat sangat. Nak jadi kan cerita, Hachiko ni hari2 dia akan tunggu tuan dia balik kerja dekat stesen keretapi. Tepat pukul 5ptg je dia akan keluar berlari pergi tunggu tuan dia dekat stesen keretapi tu. Everyday okay, everyday. Oh! Before tu, dia akan hantar tuan dia pergi stesen tiap2 pagi untuk pergi kerja. Mula2 tuan dia macam pelik lah kan. Yelah, anjing nak hantar, jemput bagai. Lama2 dia dah biasa and seems happy with that

Nak di jadikan cerita, satu hari tu tuan dia mati dekat tempat kerja sebab serangan jantung. And that day jugak, as ususal Hachi tunggu tuan dia dekat stesen tu. Tapi tunggu punya tunggu, tuan dia tak datang2. Nak di jadikan cerita jugak as I skipped all the other part, Hachi tetap tunggu tuan dia dekat tempat yang sama, waktu yang sama and most important, at the same spot where he used to wait for his master masa dia hidup dulu for 10 years. 10 years tau. Bukan 10 days. And the reason why I cried so much is, this is based on true story


Dalam cerita 10years, true story 9years. Biasa lah cerita kan. Nak gempak je

Memang wujud anjing ni. Hachiko. And sebagai peringatan, orang bina tugu Hachiko dekat stesen yang dia selalu tunggu tuan dia tu. Saya cerita ni tak sedih sangat. Kena tengok sendiri cerita tu. Komfem menangis sampai keluar hingus. Tak tipu. Try lah google ye. Mesti ada punya. Okay thats all. Byebye


Ni lah tugu Hachiko

nota kecil: Lately ni selalu lapar. Makan punya banyak. Haih

Wednesday, August 21

21 AUG

Okay I guess this will be the last update pasal TARP. Theres nothing more except nak cerita pasal cikgu pulak nanti. One more thing, saya taknak label entry ni as TARP. Thats why I just put a date as tajuk entry. So here it is. I dont know either perlu cakap ke tak pasal ni. But hey, its happen about 3 years back kan. Nothing to deal with 

So, yes I have a boyfriend masa dekat TARP dulu. Ee malunya :3 Zaman kanak2 kan. Tak kenal erti cinta. Cewah. Kira ni cinta monyet lah. Puppy love. So where to start ehh


Before that, miss this girl. Aretynn :( And I look real fat there

Ni cerita lama okay. Jangan compare dengan yang sekarang. He was a good guy. Pendiam, tak bercakap. And he kinda hot stuff jugak lah. I dont know about him sampai lah masuk bulan July. Bayangkan bertapa pendiam nya dia padahal kelas sebelah sebelah je. Nak di jadikan cerita, my classmates lah bukak cerita pasal dia ni. They said, this guy ni baik. Dulu sekolah pondok. And he already got a girlfriend. Then I said, untung girlfriend dia kan. Ada bf setia. Tak layan perempuan pon. But still saya tak kenal siapa that boy tu. Sampai lah satu masa, that boy tu lalu depan kelas kitorang. Only then I know him



Tu je lah cerita sikit2 yang saya boleh share. Even benda ni dah 3 tahun, but still sensitive kot benda ni. As me scrolling down tumblr punya timeline tadi, I found this



Exactly what I thought all this while. Yes, I will never hate him. Nak benci kenapa pulak kan. Tak ada sebab untuk benci lah. Just satu je. This I keep on remembering myself, I will never forget him. So kena lah terima hakikat. I mean, bukan never forget yang tangkap leleh tu. Bukan ye bukan! Tapi you know, boleh ke kita terus hilangkan someone tu dalam otak kita ni? Mean, terus hilang ingatan pasal dia. Of course lah not kan. Tak kisah lah kawan yang baru kenal sehari sekali pon. We'll still remember kalau something berkenaan diorang appear. That is what I mean. Maksudnya, benda ni normal thing lah. Lain lah kalau teringat kat orang tu then nak emo2, lepastu call dia ke. That is not right man

Okay dengan itu tamatlah kisah TARP saya dengan jayanya *fireworks

nota kecil: Harini bulan penuh :)


Sunday, August 18

TARP (3)


Okay sambungan cerita pasal TARP. Lepas dah cerita pasal pergi sekolah, cerita pasal budak kelas. Then nak cerita pasal memory pulak. Theres so many thing nak cerita actually, tapi tak tercapai dek daya nak menulis. Tapi at least ada jugak lah something yang nak ditulis. So nanti bila dah tua boleh baca balik kan kan

So benda yang paling saya tak boleh lupa is my first day at school. And also my shoes that time. Actually Im kinda excited nak pakai kasut tu pergi sekolah sebab saya rasa my kasut is sooooo cool. Haha ober tau. Kasut hitam kulit berkilat yang macam orang pergi office tu. Siap ada heels kaw. Orang lain pakai kasut hitam kulit dull pergi kilang tu je. Act memang kena pakai kasut tu pon. Tapi Nia ni je ha mengada lebih. Hahaa. And sepanjang setahun, saya tukar kasut sekolah sebanyaaaaaaaaaaaak, 6kali. Plus, 6pasang kasut tu, semua bukan kasut yang legal pakai dekat sekolah. Gila kan? I know

Okay back to the first day at school. Eh kejap. Saya cerita ni jangan pikir saya perasan tau. Biasalah time budak2, tak matang lagi. Huww. So masa first day tu saya ingat lagi. Time rehat, before ambik buku teks dengan Yaya, I went to toilet by myself. Then keluar je dari toilet tu ada segerombolan budak lelaki jerit2 from tangga the other blok tapi level bawah from where I am. "Budak Gombak weh budak Gombak", "Marka KL niii, fiwwit", "Tinggi nya diaaaaa", "Macam artiss", "Amboih kasuuuiitttt". Then yang lain2 saya tak dengar sangat. Hahaha. Comel kan? Again, tak matang lagi time niii


Hyeeeeee

Then, saya ada rapat dengan a group of boys ni. Diorang ni pon outsiders jugak like me. And most important, diorang ni golongan the wanted dekat sekolah. Cikgu disiplin, guru besar dah macam ayah diorang dah. Hahaa. Dekat sekolah tu ada 3golongan dibahagi based on their final exam's result masa Form4. Cemerlang, Tengah2(Ada nama khas for this group, but I ter forgot) and Berlian. Fyi, Berlian is the last group among that 3 group. And all of the boys yang saya nak cerita ni semua dalam group tu. And so do me. Haha cz masa Form4 saya dekat sekolah lain. So thats why

Saya suka kawan dengan diorang sebab even nakal2 diorang pon, they still have their good side. Macam loving dengan family, pentingkan kawan, suka tolong kawan and most important, they have passion to study. And saya lah jadi cikgu diorang :3 Masa nak dekat SPM, pergi study dekat McD. Pernah study dekat kedai mamak jugak tauu. Bayangkan dengan hiruk pikuk anak mami dok sembang, boleh kitorang study dekat situ. Study LK pulak tu! Ohh, LK tu Lukisan Kejuruteraan

And suddenly, I ter had a crush on one of them. Macam tak percaya Nia boleh jatuh hati dengan anak mami. But hey! A crush will always be a crush okay. Tapi satu hari tu, one of my best friend, Mail detect my feeling towards that boy. Macam mana dia tahu saya pon tak tahu. Haha. Tapi he said 


"Aku kenal lah hang Niaaaa (macam dah kenal 5 thun je :p). Cara hang pandang dia pon aku boleh baca (very the cliche :p). Lagi pon, hang dok tanya pasai dia ja. Memang lah aku tauu (there you gooo!)" 

Then, si Mail ni dok cucuk2 yang boy ni mintak my number. Nak jadi cerita, one fine day tu saya ter confess dekat dia yang I had a feeling towards him. Aaaaa rasa nak menjerit ingat balik. Haha. Tu lah pertama kali saya confess tau. Before ni mana ada. And actually, that time saya baru clash with my first bf. Tak baru pon actually, adalah dalam 6 bulan. Baru lah kan? Nak di jadikan cerita jugak, SAYA DI REJECT. Bhahahaha kelakar kan? Dah lah first time confess, kena reject pulak. Alahaiii sedih much. Alasan dia

 "You're too good for me"

Masa dia bagi alasan tu, I was like, what the hell mannn ( Maaf ). Tapi saya tak puas hati. Then mengadu dekat Mail. When he heard my so called sad story, his reaction was just Ahaaaaa~ Lagi lah saya panas. Then dia cakap

"Actually Nia. Aku dah tahu dah benda ni. *** suka kat hang. Tapi dia tak boleh anggap hang lebih sebab hang terlampau baik"

There the same answer again! Sakitt je hati dengar. Baik lah sangat korang oii. Okay fine lah masa tu baik. Sekarang ni Nia dah jahat, so can you accept me now? Hikhik kiddin. Begitu lah kisah crush pertama saya. Heww pasrah. Eh no! This is the second. My first crush is when I was 8. Haha later on I tell the story

So now should I mention his name here? Takpelah kan. Cerita lama. Zaman tak matang. 3years back kot. Okay fine. Nama dia Safwan aka Top. Okbye

Eh kejap. Belum bye lagi. Ada lagi cerita. Masa SPM, kedudukan saya dengan dia dekaaat sangat dalam dewan. Just ada satu meja je di antara kitorang. Tapi dia duduk depan saya sikit. So kira whenever I toleh kanan, I can see him lah. Sumber inspiration gituww :3 Bhahaha geli geli. And he also can see me. Tapi whenever our eyes met, dia buat muka selamber je. Sedih hati. And satu hari tu saya tekad. This time when he look at me as Im for sure lah akan tengok dia all the time ( Saiko kan? Haha ), saya nak cakap good luck dekat dia. Nak dijadikan cerita, our eyes met! So saya pon buat muka comel, besarkan mata sambil buat tangan "Good luck!" dekat dia

And he smile! Oh maigodd. So dengan itu, saya pon menjawab paper dengan hati yang girang. Ecewah :p Okat tu je lah. Byeee

nota kecil: Lapar

Friday, August 16

TARP (2)


Okay sambungan entry before. Habis cerita pasal flow saya pergi sekolah. Now nak cerita pasal isi nye pulak. Before tu, sebab kenapa saya suka jadi outsider is hari2 boleh basuh baju sekolah. Stokin pon boleh tukar hari2. Haaa. Kalau duduk hostel kena pakai baju yang sama at least 2 kali. Kan kan? Okay dah. Recist2!

So nak start dengan cerita budak kelas. Dalam kelas saya ada 6 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Berapa banyak lelaki, I ter forgot. Maaf laa. Perempuan; Yaya, Amy, Aretyn, Balkis, Cu'a dengan Atikah. Lelaki yang saya ingat; Haniz, Acap, Hafiz, Mubin, Wafiy, Syazwan, Chen, Amir, Furqan, Kamarul, Chia, Man, Alif Fatim, Mus, Anuar, Arul dengaaaann okay tak ingat dah. Hee


Miss them :')


Saya ingat lagi masa mula2 masuk sekolah tu hari Rabu. Semua student pakai uniform koko. Then masa rehat tu saya kena amik buku teks dekat bilik buku teks. Yaya yang teman kan. Bila balik kelas je terus keadaan jadi awkward. Alkisahnya Yaya pegi tinggalkan the other 4 untuk teman saya. Siries time tu terkejut sebab Yaya tiba2 nangis. Diorang terasa sebab Yaya pergi tinggalkan diorang time rehat. Tapi sekejap je then dah okay :) 

Amy pulak baik. Dia budak seberang. Ganas2 dia pon, feminin tau. Masa form4, budak2 ni cerita dia di gosip kan dengan tedy. Hikhik comel. Tedy ni budak kelas lain. Balkis pulak lembut je. Saya panggil dia Balkish. Anak mami pure. Bulu mata kaw2 lentik baq hang. Adore much. Masa dah tengah2 Form5 tu, Balkish together gether dengan Furqan. So cute them both. Lepastu Cu'a. Nama dia Nasuha sebenarnya. Cu'a ni pandai. Lemah lembut. Kalau tengok dia, rasa nak protect je. Sebab kecik sangat. Hee. Cu'a pulak dengan Mubin dulu. Mubin ni dah lah gengster. Tapi bila dengan Cu'a, sooo sweeeet :) 


Time ni kitorang ramai2 pegi lawat Kamarul dekat hospital :3

Next is Aretyn. Actually lah kan, masa mula2 masuk tu saya tak berapa nak ngam sangat dengan Aretyn. Bukan lah tak bertegur macam tu. Means, kalau nak pergi toilet ke, tak pergi dengan dia. Something like that lah. As all know, toilet tempat persinggahan wajib bagi budak sekolah ye. Tapi lama2 baru ngam. Tak lama sangat pon lah actually. Haha. Last but not least, Atikah. Haaa, Atikah ni pon pandai. Tulisan dia kecikkk sangat. Haha. Dia duduk dekat area USM Penang cawangan. Nibong Tebal ke nama dia. Lupa. Huhu. Atikah banyak tolong saya add math :)


From left: Balkish, Aretyn, Cu'a

Aretyn with Yaya. Time ni birthday Yaya. Sian dia comot2 kitorang paksa tangkap gambar :3

Then hari saya berlalu sebagai seorang budak Penang berjalan dengan alhamdulillah lancar. Meng adapt kan diri perlahan2. Lama2 okay. Saya dekat kelas suka kacau orang sebenarnya. Terutama si Haniz sebab dia sukaa tido. Kalau dia tido, saya amik pen, conteng buku dia. Chia pon sama. Tapi dia taknak layan saya. Sedih. Haha. Masa awal2 masuk sekolah tu, saya rapat dengan Hafiz. Dia ni sukaaa sangat merah. Motor merah, beg merah, helmet merah,pencil box merah. Semua merah. Hafiz ni baikk. Suka tolong orang kalau tak faham cikgu ajar. Pandai pulak tu 


Haniz :)

Hafiz :)

Nak cerita sorang2, memang tak dapat lah kan.Tapi nak jugak cerita. So saya singkat kan lah ek senang.

Okay, Furqan: Dia ni plum2 sikit. Comeeel sangat. Cikgu fizik kitorang sayang sangat dia. Eh, semua cikgu lah sayang dia. Paling saya tak boleh lupa, time SPM paper add mah, tepat2 30min after paper start dia angkat tangan nak hantar paper. Haha. Memang betul2 reda budak tu. Saya duduk sebelah dia time tu. Sempat lagi saya buat sign penumbuk dekat dia time jawab add math tu. Haha


Furqan :) Time ni hari sukan sekolah. Eh, sekarang Furqan dah slim tauuu 

Kamarul: Saya panggil dia Kamalu. Sebab cikgu math mode kitorang chinese. Dia panggil Kamarul tu Kamalu. Haha comel. Dia ni taiko. Jatuh moto banyaaaaaak kali sangat. Sampai dah tak kisah dengan diri sendiri. Saya yang selalu membebel pagi2 dekat dia. Geramm. Masa SPM, dia pon sekutu dengan si Furqan. Datang exam mata merah2. 30min after papaer start, dah angkat tangan nak hantar. Dah lah duduk belakang Furqan. Elok sangat lah diorang tu. Haha


Kiri tu Kamarul. Terkejut saya tengok gambar ni. Dulu dia kurusssssssss je

Mubin: Saya panggil dia Abin. Sebab budak kelas panggil dia Abin. Huww. Dia ni taiko jugak. Tapi taiko2 pon, dalam hati ada taman tau. Haa jangan main2..


Ni lah Abinn :) 

Acap: Acap ketua kelas kitorang. Dia ni siries bertanggungjawab. Saya cair dengan sifat tanggungjawab dia. Cewah. Berkaliber. Baik. Tak pernah nampak dia marah. Heww


Ni Acapp :)

Syazwan: Wan ni kuat tacing. Rasa nak sepak je kadang2. Hikhik. Pernah satu hari tu dia merajuk dengan saya, saya beli kan dia apollo waffel untuk dia. Merajuk sebab ape tah lupa. Hahaa. Wan ni selalu datang awal dekat kelas. Kadang2 dia tolong saya menyapu. Baik kan?:)


Saja amik gambar yang ni sebab rasa dia hensem. Haha hensem kan? Ni lah Wan :)

Tu je lah yang mampuu. Okay bersambung dekat part yang lain. Cerita pasal memory pulak. Hikhik


nota kecil: Rasa macam baru semalam semua ni berlaku :')



TARP (1)

First thing first. Sempena bulan Syawal yang mulia ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang fana ini terutama kepada ahli2 keluarga dan kawan2 yang mengenali diri ini. Cewah. Hm, sejak akhir2 ni gempar dengan isu keganasan dekat Mesir. This is a very serious issue like seriously kuasa lima. Sebagai seorang muslimin, wajar sangat lah untuk kita spent even sikit dari masa kita untuk sama2 berdoa untuk keselamatan saudara se Islam kita dekat sana. Insya Allah sama2 kita berdoa ----

Pray

So! Back to business. Harini macam nak bercerita pasal sekolah lah pulak. Lepas di belek2 blog ni, baru perasan. I never update pasal sekolah saya dekat Penang masa Form5 dulu. Agak bias lah bila dikenangkan balik. So here it is

Nama sekolah; Sekolah Menengah Teknik Tengku Abdul Rahman Putra aka TARP. Saya ingat lagi, dulu masa mula2 pindah sekolah TARP ni saya awkwardddd gila. Haha. Sebenarnya masa Form4 saya sekolah dekat Teknik Gombak. Pindah from one place to another tipu lah tak rasa pelik kan. Before ni duduk Puchong, cakap pon tak ada sleng. So bila dah pindah utara ni, cakap diorang pon dah lain. Lagi lah bertambah awkward plusplus

Ni lah pintu masuk TARP. Seram tau pagi2 lalu sini gelap2. Huhu

Dekat TARP ni saya jadi budak outsider. So pegi sekolah naik Rapid Penang. Ingat KL je ada Rapid KL? Tapi siries tau nama rapid dekat sini Rapid Penang. Tak tipu punya. Haha. Taknak duduk hostel sebab masa dekat Gombak dulu saya dah duduk hostel dah. Tapi tak boleh nak belajar. So thats why lah. Al kisah, tiap2 hari sebelum subuh lagi saya dah bertolak dari rumah. Hebat kan. Hari2 bangun pukul 5. Then mandi, lepastu iron baju, siap2, sarapan, pakai stokin, baru lah keluar rumah. Mama hantar sampai dekat bas stop depan rumah then saya naik bas pegi Komtar

Biasanya sampai komtar dalam pukul 6.15 macam tu. So stop lah kejap dekat surau komtar. Surau sini dah lah tak ada tempat ambik wuduk. Sedih kan? So dekat rumah saya dah siap2 amik wuduk and cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada terkentut di pagi hari. Heee

Apology for the quality. Muka pon jadi pelik dah. Huu

Then lepas solat, baru boleh kentut. I mean, baru lah naik bas yang seterusnya. Memang Penang ni pelik sikit system bas dia. Kena naik 2 bas. Nak explain panjang, so malas nak explain. So dalam pukul 6.30-6.40 macam tu saya dah sampai sekolah. Siries sekolah pon gelap lagi time tu. Pakcik guard pon tengah tidur lagi. Selalu saya lah kejut pakcik2 tu solat subuh. Okay tipu. Tapi siries lah sekolah pon gelap lagi. Budak2 hostel baru bangun. Since pintu masuk sekolah tu berhadapan dengan hostel lelaki, so tiap2 pagi saya dengar budak2 ni menyanyi terjerit2 dalam toilet. Haha

So hari2 saya jadi orang first yang datang sekolah. Jadi tukang ganti pengawas bukak kan lampu2 koridor. Kehkeh tapi kadang2 ada je pengawas yang sampai dulu. So sampai kelas je takde buat apa saya pon menyapu, susun meja, lap white board, lap tingkap. Heww bebajet je kan. Tapi betul laaa. Tak percaya sudah :3 Tiru kerja rumah? Helloooo~ Orang yang tiru kerja saya okay. Haha ni gelabah. Tipu okay tipu


Bismillahirrahmanirrahim tu bukan saya tulis. Huuu. With Syazwan :3

Okay lah. Dah panjang sangat ni. Nanti bersambung dekat part yang seterusnya. Entry ni kira teaser je lah. Haha ober gituww. Okay, till we met again. Papai



Nota kecil: Fon rosak lagiii~~