BANDUNG 1

Harini tiba tiba rasa nak update pasal pergi indon haritu. Act masa pergi tu time Hari Raya Aidiladha. Memang sengaja buat time raya pon sebab nak rasa sendiri pengalaman beraya dekat sana. Plus kitorang ada bawak bahagian untuk orang nak buat korban dekat sana. Means, lembu sembelih dekat indon tapi nama untuk 7 bahagian lembu tu from malaysia. Haa gituww

Susur galur cabaran dan dugaan macam mana kitorang realisasikan program ni nanti lah saya cerita. Sekarang nak cerita pasal memory dulu. Tapi kalau saya cerita pasal dugaan dan cabaran program ni, sure ter inspired punya lah. Hakks over. Tapi siries, even saya sendiri tak sangka program ni boleh jalan *sedut hingus

Okay back to business, kami dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam (PRS FSKM UiTM Shah Alam), membawa nama UiTM Shah Alam dan fakulti, pergi ke Bandung, Indonesia selama 5hari 4malam. Cewah, nak gempak je. So here it is;


This is our banner. Design by Abang Shah ^__^

Ni official tag kitorang. Suppose ada gambar dekat sebelah tu, tapi tak update pulak :3


13th October 2013, Sunday
Since flight kitorang pagi subuh, so Sabtu malam nye kitorang dah kena berkumpul dekat faculty for our final preparation. Masaalahnye, malam sabtu tu nak gerak, petang sabtu tu baru saya and Ana packing barang ape nak bawak pergi sana. Teruk kan? Tapi kitorang okay, kitorang cool. Tak ada barang tertinggal alhamdulillah sebab awal2 lagi kitorang dah buat what-to-bring list. Heeu. So, pukul 12am tu semua dah berkumpul. Kitorang pergi 20orang termasuk pegawai pengiring which is Puan Masrina and Cik Ana. Masa tu lah segala benda di double check kan termauk lah pembahagian duit indon, letak tag dekat luggage masing2, pemberian boarding pass, check passport bawak ke tak, make sure banner ada, vest PRS bawak, jacket PRS bawak and tak ada lagi barang yang ter tinggal. 


Boarding pass and passport

So tepat pukul 2am, kitorang gerak ke LCCT. After settle itu ini, masuk lah kami ke departure hall. Al kisah masa nak masuk gate tu, ada drama pulak jadi. Beg Kak Putri hilang. Dalam beg tu pulak ada boarding pass. Keadaan masa tu chaos gila since half of us dah keluar gate so tinggal beberapa orang yang still dekat dalam. Actually, since flight kitorang pukul 6.30am so diorang pon pergi lah solat subuh dulu. Ehem diorang pergi solat, ehem. Ok. Then tungtangtungtang tiba2 Kak Bell yang dah keluar gate tu berlari patah balik masuk dalam hall bagi beg Kak Putri. Rupanya Kak Bell yang ambik beg Kak Putri, alkisah drama subuh. So alhamdulillah semua settle, kami pon selamat masuk cabin. 

Dekat jadual cakap flight kitorang 6.30-7.30am. But the flight took 3hours to arrive. Sebab perbezaan waktu kan. 6.30 tu Msia, 7.30 tu Indon so yeah faham kan? Fly time subuh sumpah best feeling ever since kita boleh tengok matahari terbit dari atas langit yang bukan senang nak tengok. Luckily saya punya seat sebelah tingkap, so yeah once again. Then, at 7.30am waktu indonesia we arrived! First time jejak kaki ke negara orang rasa fresh gila. Tambah dengan cahaya matahari memancar, angin sejuk, pemandangan baru. Takkan lupa perasaan tu. Ya Allah


This is the best I can give. Kihkih. Gambar banyak dalam hard disk ana

As soon as we arrived,our tour guide dah tunggu dekat depan airport. Nama dia, Pak Gunawan. Kitorang naik van. Since kitorang ramai, so ada 2 van. Satu van tu Pak Gunawan drive, satu lagi Pak Dengdeng drive. So our first destination, I donno where it is tapi pergi breakfast! Makan Nasi Padang dekat kedai local. Masa odw pergi tu, our eyes was amazed by the culture there. The buildings, the people, the advertisement, semua lah. Siries lain dengan Malaysia. Paling obvious, culture transportation dekat sana.


Ni lah van yang kitorang naik. Cool kan?

Ni dalam dia..

Dekat sana, probability nak jumpa kereta susahh sangat. Dekat sana diorang pakai mpv dengan van je. Jarang lah jumpa kereta. Dah lah pakai mpv, lepastu jalan yang sehala boleh jadi 3hala. Punya rapat diorang drive. Tapi, skill driving diorang sumpah terbaik. Kitorang yang dalam van ni rasa macam nak tercabut nyawa time Pak Dengdeng drive tapi dia rilek je bawak. Memang culture diorang drive macam tu. And magically, tak ada scratch pon dekat kereta means, diorang tak berlanggar sesama sendiri pon even jalan sempit sempit macam tu. 

Satu lagi yang lain dekat sini, there will be people dekat tepi tepi jalan yang tiba2 muncul out of nowhere yang akan cekonon tolong jadi polis traffic kalau tengok kita tengah menghadapi kesulitan nak reverse ke, nak parking ke. And these people harus diberi tips, which is hulur lah even sikit pon duit untuk diorang. Mula2 macam sakit je mata pandang, tapi itu lah realitinya. Culture diorang macam tu. 

So lepas dah makan, bersambung esok pulak cerita. Banyak sangat dah type. Heheu okbyebyee




nota kecil: Lagi berapa hari result keluarrrrrrr

No comments:

Post a Comment