SEKOLAH 1

Tukar mood pulak update petang petang. Asyik update tengah tengah malam je 2, 3 pagi. Tadi tiba tiba selongkar barang barang lama then terfikir nak buat entry pasal sekolah dulu. Since saya tukar sekolah banyak sangat so I decided nak cerita pasal sekolah menengah je lah. Hee


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong
Masuk sekolah ni masa Form 1. Right after I finish my primary school. Zaman ajet ajet dah besar. Yelah dah tingkatan kan. Benda yang paling saya tak boleh lupa bila saya kena jaga pondok time rehat since time tu saya pengawas. Pondok tu tempat budak india selalu lepak so kinda black area jugak lah. Most pengawas taknak jaga situ. Since saya cekonon nya baik dengan budak budak ni bak kata sinier, so dengan senang hatinya diorang letak saya dekat situ. And my duty berjalan macam biasa. Then one day saya terjatuh hati dengan ada sorang abang form 2 ni. Handsome meh. India. Mata dia hazel. Haha handsome siries tak tipu. Nak describe pon tak pandai. Tak berapa lama lepastu saya dapat tahu dia ada girlfriend. Sedih hati. Hahaha tragis

Satu benda lagi yang saya takkan pernah lupa. Time balik sekolah. Since time tu saya sesi petang so balik pon pukul 6. Saya pergi balik sekolah naik public bus time tu. Sumpah penat tak tipu. Lagi kalau time hujan lebat ke kan. Dah lah tak ada bumbung tempat tunggu bus tu. Tambah jammed lagi. Sampai rumah dah 7.30. Padahal tak ada lah jauh mana pon. 15 minit dah sampai naik kereta. Kalau jalan kaki, forever

Then apa lagi. Oh dekat sekolah ni I have a very good friend. Amal, Elyn and Eryn. Eryn saya kenal since sekolah rendah lagi :) And mostly my friends dekat sini kenal masa sekolah rendah lagi


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
Sekolah ni pulak masa saya Form 2. Tukar from Puchong ke Puchong Perdana sebab this sekolah lagi dekat dengan rumah. Jalan kaki je dah sampai. Haa sekolah ni banyak memory. Dekat sini lah saya active main netball. Training kaw kaw. Macam macam tournament join. And selalu amik hadiah dekat perhimpunan. Kehkeh

Sini saya dah tak jadi pengawas dah. Ingat lagi masa first day masuk sekolah ni, saya pakai beg silang corak dam warna pink putih. Kasut tapak merah stokin pendek. Kawan kawan saya cakap diorang fikir saya sombong dulu, berlagak blabla. Then after dah kenal diorang cakap tak. Diorang cakap saya gila gila. Haha yes i am. Pernah kena cop budak koop sebab dulu saya jaga koperasi sekolah. Teman se koop saya Cira and Cami. Muka kitorang je lah jaga koop tu time Form 3. Geng saya time dekat sekolah ni Cyda, Mira and Fyzah. Sebab kan perkara yang tak matang, kitorang dah tak rapat :( But sekarang masing2 dah besar. Dah matang. Dah boleh fikir. I love you guys

Time dekat sekolah ni saya nakal. Even saya kelas atas but perangai tak macam budak kelas atas. Pergi sekolah bawak file je. Ada buku 3 buah, pen sebatang. Dekat file tu ada tampal tampal sticker konon konon ganas. Hahahaha. Tudung pendek tapi tak pendek sangat sampai nampak leher eh. Baju muat muat, stockin pendek then pergi sekolah bawak bola netball. Haha kan saya kata training kaw kaw. Cikgu bagi saya bawak balik bola to practice

Then setiap kali ada spot check attire dekat perhimpunan, saya yang akan kena first sebab budak kelas first akan jalan dulu. Kena rotan tu dah biasa dah tak di nafi kan. Tapi cikgu tak boleh buat apa sebab saya perform academics. Every year time penyampaian hadiah akhir tahun saya ada. Cewah angkat bakul :p Thats why saya tak pernah kena pakai telekung dekat sekolah. But I believed, my attire tak teruk sangat sampai kena pakai telekung. Hehe ye keee? :3

Saya nakal dulu sebab pernah panjat pagar sekolah. Hahaha. Time ni sebab lepas habis training, then kitorang malas nak masuk kelas. Diorang ajak panjat pagar, saya pon panjat lah. Scary weyh tapi best. Lol jangan tiru ye adik adik. Tak baik

Then ada lagi 2 sekolah. Bersambung

nota kecil: Semakin terbiasa :)

No comments:

Post a Comment