Tuesday, September 20

20TH SEPT

JUDGMENTAL

Assalamualaikum

Amboi perkataan atas tu. Penegasan sangat haha. Okay sabajap. Today lets talk about social media ladies and gentleman. Sekarang ni tak kira orang tua mahupon budak kecik semua dok pakat main social media. Memang sangat banyak tok nenek segala macam social media dah sekarang but for me, facebook, instagram and twitter ni my top 3 apps la. Yang sedihnya people nowadays are judging other people life thru their social media. Why people whyyyy? (Okay dah nampak tak kesinambungan perkataan atas tu? hehe)

Some people use their social media as a medium to express their emotion. Just emotion. Kurang private life. Ada yang selesa je nak cerita isi hati kata hati dekat social media macam 'Aku nak kat boyfriend orang ni tapi aku taknak jadi jahat' menda yang kita takut nak bercerita kat orang tapi sebab dia treat social media ni as medium untuk luahan kata hati dia so why not. Ada yang guna social media untuk update their stress about their workload. Just to keep them accompanied. Ada guna social media untuk shows their talent. Yang pandai make up selalu up selfie, yang suara sedap selalu up video nyanyi, yang pandai masak selalu up gambar hasil masakan diorang. Why not? Ada yang lebih pilih untuk tak share and just update anything when they feel like wanted to je

It all about choices people. Jangan sebab kita 'macam ni' and kita expect people untuk 'macam ni'. Jangan sebab kita segan untuk sharing moment dekat social media and kita cop orang yang sharing their happy moment as riak takabbur. Jangan sebab kita selalu cakap pasal kerja, kita cop orang lain yang tak cakap pasal kerja ni tak bekerjaya tak buat sesuatu yang berfaedah dalam hidup. Jangan sebab kita selalu up pasal relationship kita, kita anggap people yang tak update ni as tak happy bahagia

This is social media. No rules. Takde pucuk pangkal. Nobody teach us to use them. Semua kita sendiri yang control. Cuma cuma cuma. Satu yang kita kena pegang. ETHICS. Benda dalam selimut tak perlu dibawa ke dunia luar. Benda dalam selimut ni tak perlu lah saya terangkan sebab masing2 boleh fikir. Baik orang yang dah berumah tangga, or orang bujang or even family matters sekalipon. Pucuk pangkal, berbalik kepada Ad-din. Saya bukan ustazah nak sentuh pasal agama tapi lets us saling ingat mengingati kan

Long short story. Stop judging lah people. You cant stand their update, just unfollow. Tak kisah lah tu kawan baik ke tu tokoh agamawan ke tu tokoh akademik ke tu ratu cantik ke. Biar kan dia. Tu interpritasi diri dia. Let me make this clear dengan buat analogi tentang issue ni. Pernah dengar 'Baik buruk perangai, tu kawan kita jugak'? Buruk busuk hitam kelat berlendir macam mana pon kalau kita dah choose untuk berkawan dengan dia, so kita akan tetap berkawan. Tu point 1. Kalau kita choose untuk taknak kawan dia so kita akan try menjauhkan diri and kalau boleh taknak ada apa2 interaksi pon dengan dia. Kita make effort nak tukar tempat kerja ke, tukar department ke. kan. Okay tu point 2. Or kalau kita tak suka tapi kita buat bodoh je buat macam biasa. Sebab kita tak rasa ada faedah pon nak layan perasaan tak suka tak suka ni. Baik kita living the life. Tak menyusahkan diri sendiri pon. Contohnya macam mak mertua suka buli menantu tapi si menantu ni redo je. Sakit hati tapi takpelah nak buat macam mana memang perangai dia camtu. Hadap je la. takkan nak becerai dengan husband kot. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Okay tu point 3 

So same like this social media. Now let me transform anologi kat atas into this social media world pulak. Untuk point 1, kita tahu dia ni kuat emosi. Selalu meroyan duk update kisah hidup dia yang sentiasa kesedihan tu or sentiasa update mengecam orang je kerja tak habis2. Tapi sebab dia kawan kita so kita tak rasa apa pon. Biar lah dia. Janji dia happy. tapi situasi ni selalu terjadi dekat orang yang saling tak ada masaalah dengan masing2. Sebab kalau ada masalah benda ni jadi annoying and sakit mata. So kalau masalah annoying dan sakit mata ni dah timbul ayuh kita pergi ke point 2

Kita buat pilihan untuk taknak kawan dia and sakit hati sakit mata dengan kewujudan dia so kita pon boleh lah start slow2 unfollow or unfriend or apa2 je lah term yang sewaktu denganya. Try untuk jarakkan ruang lingkup kita dengan org tu. Sebab in real world pon kita akan buat menda yang sama kan. Tapi yang menjadi permasaalahan nya bila kau dah tak suka orang tu tapi tangan kau dok gatal lagi pi follow kisah harian dia. Kisah dalam selimut dia. Kau sendiri yang cari. Ape ke hey? So dari sini lah judgemental berlaku. Bila orang tu ada iri dalam hati dia sampai semua benda yg orang dia tak suka tu buat jadi tak kena. Orang tu up mengadu pening kepala muntah2 kau cop dia mengandung tapi tak kawin lagi. Orang tu up dia pergi holiday, kau cop dia guna duit boyfriend dia. Orang tu up kejayaan dia, kau cop dia riak. Why people whyyy? Kenapa tak treat social media nimacam kehidupan seharian kau? Kau tak suka, so anything bout dia kau sedaya upaya elak and tak gatal tangan pon cari

Okay untuk point number 3 ni kita berbalik kepada dunia nyata. Kita tak anggap orang tu salah and kita pon tak anggap kita betul. Manusia sifatnya bukan sempurna. Ada masa dia rasional ada masa dia sikit terumbang ambing. Memang kita ada masalaah dengan dia before this tapi kenapa nak siksa diri sakit hati bagai dengan orang lain. Take a chill pill and relax. Dah minta maaf? bagus. Bersihkan hati. So anything yang jadi pon takkan ada effect kat kau. Okay berbalik kepada alam social media, dia tak unfollow dia tak block. Dia living hidup dia macam biasa. Kalau anything pasal orang tu datang dia takde rasa apa pon sebab 'benda dah settle'. kalau perangai dia abit annoying tu pikir balik sebelum kau ada masalah dengan dia tu perangai dia macam mana. Memang perangai dia macam tu? So why nak terasa. Dia jadi berbalik kepada point 1 sekarang. Nampak tak? Oh kalau orang tu kita tak pernah kenal pulak macam mana? kita berbalik balik kepada awal perenggan ni tadi. Manusia ni tak sempurna. Tak semestinya kau ada masalah dengan dia time tu and selamanya dia jahat ke teruk ke buruk ke kan. Kat sini lah pemikiran judgemental kau teruji. Be kind people. Be kind

Sini saya nak share saya punya pengalaman sendiri. It happen way 6 years ago. Masa saya SPM. Zaman tak matang. Biasalah. Saya and dia ada lah masaalah budak2 kan. Orang ni dengki kat orang ni orang ni sakit hati kat orang ni. Dah mintak maaf cakap lets forget about this and masing2 setuju. Ok fine. Then benda jadi diam for a period of time. But lama lama it started dengan orang ni request follow facebook. Orang ni accept. And like like post and bersambung orang ni pulak follow insta semua bagai then lama lama benda tu hilang sendiri. Now dah boleh bersembang sharing stuff together. How could this possibly happen? Sebab masing2 pikir benda dah lama. Benda dah minta maaf. Benda dah settle. Entah lah kalau saya silap, saya minta maaf. Tapi mmg ni pon yang terjadi. We both tak salah kan sapa sapa and kami dah okay siap tegur pegang2 bahu lagi masa terserempak

Saya bukan manusia yang baik. Im just a person who are struggling to be a better me. Umur dah banyak. Sampai bila nak tersekat di skala 6 tahap ketidak matangan tu. This entry hanya lah pendapat. Dalam dunia ni tak ada pendapat yang betul and tak ada pendapat yang salah. kalau suka, alhamdulillah, kalau tak suka, sila rujuk kembali point 2 and 3 :) Okay sekian sahaja bebelan kali ni jumpa lagi bila tangan ni rasa nak menaip 



Wednesday, September 7

7TH SEPT

Semua perempuan suka berangan. Especially masa kecik kecik. For me la, dulu saya suka sangat tengok cerita disney princess which I believe almost semua budak perempuan pon suka. Budak budak bila tengok cerita macam tu so level of imaginasi pon terangsang and tak terkejut pon bila cakap mende tu boleh terbawak bawak sampai ke besar. Contohnya bila nak cari baju kawin perempuan akan cakap "I nak ball gown yang cantik macam princess" or "I nak kawin ala ala garden theme fairy tale" kan kan. Or paling in untuk adik adik berdarah muda "I dah jumpa Prince Charming I dekat cafe kolej". Definisi of prince charming mungkin seakan akan sama dengan hero cerita princess favorite dia masa kecik kecik. Tapi kalau untuk kakak kakak, dia tak main prince charming. Dia main imam. "Ana harap ana dapat jumpa imam macam awek instagram ni ha sweet je mereka berpegangan tangan dikhayalak. Yang isteri berpurdah yang si suami berjambang berkopiah" keke just kidding

Until now pon Naim selalu cakap saya kuat berangan. Walaupon saya rasa tahap berangan saya ni takde lah seteruk awek2 relationship goal ke kan tapi dah dia cakap macam tu so pasrah je lah keke. So bila timbang tara balik, berangan ni ada dua jenis. Satu kau berangan tapi kau sedar diri. Satu kau berangan tapi kau tak sedar diri

Contoh berangan sedar diri tu saya amik contoh diri sendiri lah. Berangan nak kawin tema garden fairy tale lah konon tapi saya tahu takkan mampu nye haha. Kalau mampu pon kenapa nak membazir. Better duit tu buat lepas kawin. Kan? Kedua bila kau berangan tapi tak sedar diri. Contoh kau berangan nak hidup sumpurna tapi pemalas. Kau kerja tara tu je hidup kau langsung takde perubahan. Tahun lepas kat situ tahun ni pon kat situ. Takde aim. Tapi berangan nak pakai beg Bonia. Contoh

Berangan and bercita cita is a two different thing. Or can also be said as the same thing maybe? Berangan bila kau berangan sesuatu benda tu tapi without usaha. Cita cita bila kau berangan tapi kau berusaha untuk kecapi angan angan kau. Gitu. So berangan can undoubtly lead to reality. Bak kata Naim, semua nya bermula dengan angan angan. Betul jugak kan. Contoh macam nak kawin tema garden fairy tale tu. Boleh je tercapai if we work hard. Tapi macam cakap awal awal lah. Buat apa nak membazir. Bukan lah pulak sebab taknak membazir so takpayah work hard. No! Paham kan apa maksud yang saya cuba nak sampaikan, kan? Kiranya macam dari kecik kau suka warna purple then berangan nanti kawin nak pakai warna purple. Then kau realisasi kan angan angan kau tu denggan berusaha cari or tempah baju warna purple. So tak salah berangan tapi selitkan dengan usaha. Tapi jangan pulak kita duk yakin diri je kata everything will turn out to be just fine. Macam, semua manusia akan kawin so tak payah lah nak semangat cari jodoh. Or semua manusia bercita cita nak ada rumah so why nak beriya planning bagai. Or semua manusia nak ada anak so why semangat nak makan asid folik semata nak lekat cepat. Contoh

Sebenarnya saya nak cerita pasal lelaki idaman ni actually. Terbabas sampai angan angan cita cita bagai haha. I dont know why saya rasa macam nak sangat tulis pasal ni. Walaupun rasa macam eyuw entry budak budak nye tapi eh takpe lah finally I can write what ive been thinking all these while hehe

Every girls on earth ada their own definitions of perfect man. My definition of a perfect man bukan datang dari cerita princess yang dulu saya gila kan sangat tu. Tapi datang from my Papa. But I believe most of girls pon diorang punya definisi of perfect man is their very own father. But me is slightly different. Sebab Papa is my step father. Bukan saya tak sayang my own biological father (Ayah) okay but yelah maybe sebab saya membesar dengan Papa so sedikit sebanyak mempengaruhi lah kan

Dari saya sekolah lagi saya more attracted to lelaki yang berkulit gelap dan tinggi. Amboi gatal betul dari sekolah dah minat orang. Haha biasa lah kan darah muda. Most yang saya minat budak budak yang ada masalah disiplin. Orang panggil budak jahat la senang cerita. And beberapa budak india jugak lah saya pernah minat. Kebanyakan nya abang abang senior lah tapi haha. Sebab saya jenis susah nak suka dengan member sendiri. Tapi saya punya ex boyfriend (ehem) semua pon putih putih. My close friends called them as Triple AA. Sebab tiga tiga nama diorang double AA. Eh tak. Yang last tu AR tapi tak kisah lah kan. So kawan kawan saya kata saya ni cakap tak serupa bikin keke

Until lah besar sikit saya punya definisi untuk perfect man tu tukar kepada lelaki kampung. Kenapa lelaki kampung? Sebab diorang manly. I mean manly yang boleh buat kerja. Handy man lah senang cerita. Bukan manly yang badan ketak ketak sebab pergi gym tu padahal tak fit pon suruh lari pon malas. Tahu angkat dumbel je hehe sorry tak cakap siapa siapa pon okay. Hashtag random mohon jangan terasa. Saya suka lelaki handy sebab saya ni lack of survival skill. Nak suruh baiki pipe ke ape ke mintak maaf lah tak pandai. Boleh buat kalau di ajar. Tapi kami insan yang lemah, bukan tu patut nya kerja lelaki ke? hehe bye. 

Masalah nye nampak sangat perbezaan budak bandar dengan budak kampung tau. Contoh adik saya je lah. Bukan la saya nak kata kami ni bandar yang 'Bandar = Urban' cuma kami tak duduk kawasan kampung yang well known as kawasan survival tinggi. Bukan saya kata kampung is that "kampung" okay. Jangan ada sesiapa terasa pulak ye. I mean kemudahan lah. Kalau area rural ni pergi sekolah naik basikal ke kalau ada bas pon perjalanan makan masa. Makanan pon banyak yang fresh. Kalau kat area bandar mengharap beli dekat tesco giant je la barang tak fresh. Kat bandar asap banyak kesihatan anak anak tak menentu. Macam tu la tau. Dah satu hal nak terang pasal kampung bando pon 100 patah keke. Okay sambung. Adik saya and cousin kami yang dekat Sabak Bernam tu punya lah jauh beza. Ha sudah nanti orang sabak pulak terasa saya cakap pasal kampung. Minta maaf lah. Bukan nak kata kampung yang kampung tu tau. Adui penat lah jaga hati ni huu. Okay sambung. Physical diorang bagai langit dengan bumi jauh beza. Adik saya tu keding macam apek jual sayur. Cousin kami tu berketul ketul siap six pax. Setiap kali depa bukak baju nak buat kerja je saya mengucap panjang dalam hati. Haha. Plus survival skill diorang number satu lah

Dekat Melaka dulu ada anak tuan rumah yang kami sewa ni nama nya Thaqif. Dia lembut lembut sikit and a bit annoying. Kalau mintak tolong je dia akan jawab "Ah aku busy" Haha. Tapi memang dia akan tolong la cuma annoying. Satu hari tu ampaian kami ter kendur. Nak sidai baju pon jadi tak best so mintak tolong dia alang alang dia ada dekat depan umah masa kami balik dari class tu. Then terus je dia keluar kan spana dari belakang poket seluar dia. I was like, "Wow taqib kau bawak pegi mana mana ke spana ni?" Then dia jawab "Ha la aku bawak senang nak hempuk kepala orang macam kau" Kuaghajo kan jawapan? haha. So since that saya terus nampak Thaqif ni as lelaki tulen. I mean my very own definision of manly lah. Bayangkan lelaki lembut pon saya nampak manly sebab dia handy man :3 

Tapi sekarang saya dipertemukan dengan tunang saya ni alhamdulillah. Insyaa Allah dia lah jodoh saya yang Allah dah atur. Doa kan kami :) Surprisingly Naim ni ada semua ciri ciri yang saya suka tu secara rawak nye lah. Dia hitam, tinggi 180+, dia kampung, handy man, and dia orang construction. 1 hal saya selalu terfikir tapi tak perasan pon selama ni ialah saya rasa suka tengok lelaki yang kerja bawah panas. Tak kisah lah melayu ke cina ke india ke. Ni untuk yang macam tak ada kelulusan macam tu lah. Sebab saya fikir depa sanggup pilih kerja tu even tak ramai orang nak. Padahal depa boleh je pilih untuk kerja promoter ke kerja mekanik bawah bumbung ke jual beger ke tapi they choose and stay untuk kerja bawah panas. Contohnya macam general worker construction, potong rumput, nelayan ke apa apa je lah. Berbalik kepada tunang saya. Sebab kan dia kerja bawah panas so saya really macam ter inspire dengan kecekalan dia. Even now supposedly kerja dia banyak duduk office but dia still turun site jugak ada dengan anak anak buah dia. Kadang kadang stay dekat site malam malam. Bagus kan tunang saya? Tengok la sape tunang dia ceh tetiba

Bonus pulak bila tahu yang Naim ni orang yang sangat pengemas dan pembersih. Masa satu office dulu saya sampai tak boleh nak kira berapa kali dia beli sabun and softener baju dalam sebulan. Satu hari tah berapa kali dia basuh baju. Saya punya sabun pon 3-4 bulan baru habis. Cuba bayangkan. Pastu kereta dia sangat lah bersih. Pernah awal2 dulu saya keluar kan tisu dari beg, lepastu dia pehati je. Saya ingat kenapa. Rupanya baru tahu yang dia risau habuk tisu tu terbang terbang. Since dia tahu saya suka main tisu, terus dia beli 3 paket tisu basah. Satu letak dalam dashboard, satu letak bawah seat. Satu dia amik simpan hahaha

Bayangkan seliper dia yang warna hitam tu pon dia kerap basuh sental guna berus sabut. Seliper saya yang warna nude tu punya lah payah saya nak basuh. Satu hari tu dia nak cari safety boot dekat kedai kasut sport. Cewah konon la tengok tengok sekali seliper pompan. Sekali dia cakap "Ha awak nak seliper tak? pilih la nak mana" Saya taknak sebab segan sepanjang hidup tak pernah pakai seliper harga lebih rm20. Sedih kan? Seliper jepon bodoh je pon buat apa mahal mahal. Yang seliper dia tunjuk tu mahal lah for me tapi after discount dapat rm49.90. Sekali lepas paksa (cewah mana paksa sangat pon) so saya pon amik lah. And amik ikut pilihan warna dia. Warna hitam. Tapi still ada warna fav saya which is gold. Lepas bayar tu terus dia suruh pakai. And buang seliper nude tak basuh saya tu. Nampak tak apa motif dia sebenarnya? Dia serabut dengan seliper saya yang tak rajin nak basuh tu hahaha. Adoi la tunang aku. Eh jap. "Adoi lah tunang aku" ke "Adoi lah aku"? Haha bye

Agak agak korang seliper ni saya pernah basuh tak
 since the very first time pakai? hehe

Mintak maaf lah dengan gambar kurang menyenangkan atas tu haha. Nanti kalau rajin ceq basuh naa. And dia cukup rajin check kuku kaki saya. Orang tengok kuku tangan. Dia tengok kuku kaki. Keke takpe lah. Terkurang terlebih kita tampung ye dak? :)