20TH OCT

Pagi2 lagi dapat intercom suruh turun makan nasi kerabu. Saya ni bukan jenis makan nasi pagi2. Tapi kalau nasi lemak, nasi goreng takpe sebab mindset pikir tu breakfast. Kalau nasi makan tengahari ni adui kembang tekak sikit. Tapi sebab kan orang dah belanja, kita makan lah sikit kan. Tak elok lah pulak tolak. Tu pon amik suku je, yang lebih bagi bos haha. Oh saya dekat office ni. Awal pagi ni takde mood nak start kerja, kita update blog jap. Wah sedar tak sedar dah 5 tahun usia blog ni. Ada terfikir untuk stop and deactivate helloiamnia ni but bila fikir fikir balik ish sayang nya laa hai nak buang. Sebab bila baca balik entry lama lama, automatic macam ter flashback balik apa yang mendorong untuk buat entry tu. Its a good feeling actually bila kita dapat immerse ourself balik dalam situasi lama lama dulu. Lagi kalau entry tu pasal good memory ke kan. Out of all, saya nak share one of my fav memory yang saya pernah catit dalam blog ni



Entry ni masa zaman foundation dulu. 2011. Kitorang satu class pergi bercuti ke pangkor. Bercuti ni tak perlu keluarkan duit pon sebab kitorang amik dari budget peruntukan uitm. Memang foundation level maybe uitm je kot, akan ada satu budget untuk pembelajaran luar kelas diberi base on kelas. Mula2 budak kelas kitorang tak aware pon pasal benda ni. Tapi macam pelik await banyak sangat kelas pi bercuti ramai2 ni. Rupanya depa amik budget dari uitm. Tapi bukan atas dasar pergi bercuti lah. Atas dasar pembelajaran okay. Ehem. Ada yang pegi melaka, ada pergi klcc, ada pergi cherating ada jugak pegi pangkor. And masa kelas kitorang baru aware pasal benda ni, ada rumors mengata kan yang pihak asasi dah tak luluskan fund untuk benda ni sebab dia untuk sape cepat dia dapat actually. And katanya bas pon dah takde kalau diluluskan pon

Kitorang satu kelas pon macam alah malas lah nak layan. TAPI, class rep kitorang time tu which is azim klate yang beriya sangat submit kertas kerja segala bagai. Dia paksa kitorang isi borang itu ini, naik turun pejabat, jumpa lecturer bagai sedangkan kitorang sikit pon malas nak amik port sebab serious banyak kelas dah kena reject kertas kerja diorang so kami yang tak amik kisah ni pikir macam alah sia sia je laa. And until one day tu, azim bagi tahu dalam group yang kertas kerja kami out of banyak2 kelas yang hantar, di luluskan! Ya Allah masa tu semua terperanjat beruk plus excited terlebih. Rupanya bila tanya2 azim macam mana boleh lulus, dia kata dia baca balik kertas kerja kelas yang tak lulus, dia try pikir ayat and muhasabab yang bagus untuk diluluskan. Haha cool kan. Lelaki kot. Budak engineering lagi. Semangat dia kemain

But kami ada satu lagi halangan which is BAS! Tahu tak, availablity bas ni kitorang hanya tahu malam before bertolak tu sebab kan dah kata bas semua orang guna. Then kami budak2 kelas yang lain ni baru lah terkincit buat solat hajat bagai hoping that ada bas yang available and wait patiently depan hp masing2 mengharapkan update dari azim mengatakan kami dapat bas. And alhamdulillah we did. Haha drama betul

So malam tu masing tak boleh tidoq sebab terlalu excited. Yang perempuan dok pikir baju apa nak bawak lah for sure. Esoknya kami berkumpul dekat bas stand angsana then tunggu almost 1 hour before the bus sampai. Kami pikir bas cokia sebab yelah dah kata takde bas sangat kan. Or pikir bas sekolah ke. Sekali yang sampai bas cantik gila. Bas baru kot, sejuk, wangi. Boleh kata kalau orang luar tengok bas tu, depa akan pikir budak2 penting uitm yang naik. Haha. Padahal budak foundation je pon

And this is the most unexpected thing happen. Budak2 lelaki came down from their hostel bawak segala macam mak nenek jajan yang besar yang kecik, berkotak air mineral and props for sukan bagai. Ya Allah serious macam, "Bila korang beli semua benda ni???" Kami perempuan 6 ketul yang malu alah dekat bebudak ni sebab kami tak buat ape pon hahaha. Thats why we love our classmate. Walaupon sinonim orang kata budak engine ni aci redah, but they are not sebenarnya. Nama pon lelaki kan. Pikir panjang

Ya Allah seronoknya masa tu. Good old days :)




No comments:

Post a Comment