Thursday, May 18

NIKAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah alhamdulillah Allahuakbar :) Lain macam feeling first time update entry dengan status dah bertukar ni. This blog has been with me since my early teenage years. Banyak memori nih hehe

So pada tanggal 30hb April 2017 bersamaan 3 Sya'ban 1438H saya selamat diijab kabulkan dengan suami Mohd Naim bin Abd Wahab kira kira pukul 3.30 ptg macam tu. Perasaan masa tu? Gementar gila rasa macam nak tercabut jantung haha common lah kan? Tapi tah lah. Patut nya suami yang kena gementar sebab nak akad kan. Maybe sebab this is the moment of truth kot. Moment di mana segala teka teki yang selama ni saya doa, Allah dah jawab. Ini lah jodoh yang sempurna Allah dah atur :) Terima kasih ya Allah


Nasib baik lah malam before nikah tu kawan kawan kesayangan saya from SEMTEG mai temankan. Serious diorang lah antara penyumbang terbesar kurangkan neves neves di hati ini haha. Ingat lagi malam tu masa masuk rumah, actually saya dah nampak dari jauh yang Aten dah sampai tapi bila masuk rumah, semua buat bodoh je macam tak ada orang datang. Saya dah pelik and terus pegi bilik and yes I was right. Aten memang ada dalam bilik and I went to her dengan selamber like "Oiiiii" *sambil hulur tangan salam. Then I turn around untuk greet 'adik adik' dia since dia kata dia datang dengan adik dia tapi macam pelik je muka adik dia ni. Macam kenal. Rupanya bukan adik adik dia yang mai. Tapi Syera and Cira yang mai and Kak Ita. Haha. Tertipu. Pandai depa ni buat drama. Masa tu I was a bit terharu sebab yelah tak sangka diorang akan mai sebab Aten kata dia je yang dapat mai. So i was not expect any unexpected thing la keke



Ni la mek mek kesayangan ambo

Since gambar time resepsi tak dapat lagi so taknak cerita pasal resepsi boleh tak? haha. Nak cerita pasal liku liku preparation je lah 

Bila fikir fikir balik masyaAllah banyak gila drama and problem happen before nak langsung tu tapi alhamdulillah semua dapat diselesaikan. Actually until the event day pon ada juga benda jadi tapi memang smooth je semua solve tepat pada masanya. But alhamdulillah lah tak ada pulak saya terfikir benda bukan bukan macam "oh banyak nye dugaan tuhan nak kata ni bukan jodoh aku ke blabla" So kawan kawan yang tengah dalam niat untuk mendirikan masjid tu, kalau ada dugaan datang, please jangan biar nafsu kuasai diri. Husnudzhon dengan Allah. Dugaan datang untuk uji sejauh mana kuatnya kita, sejauh mana bersungguhnya kita untuk bina masjid di jalan Allah ha gituu. Macam ustazah dah bunyik keke

Bila cerita pasal persediaan, actually yang sebenar benar persediaan i mean persediaan yang dah start buat payment semua tu kami start bulan 12 2016. Ha kami? Kami tu merujuk kepada saya and suami. Family which is mama papa ayah kak nia or family suami semua kami tak nak diorang involve. Bukan taknak sebab apa, taknak sebab taknak diorang penat and pening kepala. Plus saya memang dari dulu lagi suka handle event and pernah bercita cita nak jadi wedding planner untuk wedding sendiri hehe. Mesti ada kata, "Seronok lah buat preparation sorang2 tak ada orang campur tangan" Eh no no no okay. Ada drama. Family terasa sebab mula2 dulu buat preparation tak involve diorang hehe. tapi lepas dah slow talk and drama sikit2 alhamdulillah diorang faham. Tapi saya still involve kan family bila fitting baju, bila survey tempat majlis, bila pilih lauk kenduri and bila buat urusan rasmi camtu. Sebab family is everything okay. Cuma decisions je kami buat. Nak amik catering apa, nak pakai baju siapa, nak warna apa blabla. Semua ni atas alasan bajet hehe. 

Sambung balik pasal persediaan, for my wedding ni since i eager nak handle alone so saya dah prepare since the very beginning of our engagement lagi. Masa tunang tu suami dah cakap tunang dalam tempoh setahun so i thought dah elok sangat dah untuk start survey mana mana. So proses survey men survey pon start. First saya list out dulu potential perbelanjaan start from catering, baju akad, baju resepsi, pelamin, card kawen blablabla. Memang medium instagram, facebook, google sangat membantu lah. Untung hidup zaman sekarang ni semua benda kat hujung jari haha. Most of the time saya akan email untuk dapat kan quotation harga and typical malay akan prefer yang paling murah lah kan keke. Since saya ada banyak masa so saya akan compare and gali sedalam dalam if saya berkenan (factor berkenan; 1. murah  2. cantik) sebab orang dok kata yang murah ni tak ada quality. But tak jugak okay. Kena pandai lah. Kena pandai

Saya punya motto;
Biar murah janji nampak cantik

Tapi suami tak berkenan. Dia sanggup bayar mahal sebab dia sangat detail dengan detailing. Saya tak kisah. So bila 2 manusia ni bergabung and hasil dari toleransi yang dipersetujui terciptalah

Nak nampak cantik so mahal lah sikit 
but will try as much as can to find the cheapest

Boleh tak? Haha. So my task menjadi lebih susah sebab suami nak yang elok. Tapi saya tak sanggup bayar mahal untuk yang elok so saya pon cari yang elok tapi murah keke. My job, saya akan pilih and buat list the best among the best and will present to suami and he is the one yang decide which dia suka. Senang kan kerja suami? *senyum sinis. 


Tapi bila masa hormon tak stabil which happen once in a month tu, and saya jadi stress sebab rasa diri sendiri yang banyak sangat buat kerja and ill start to 'bebai' la. And suami dengan automatik nya pergi settle kan kerja tu which on that time dalam fasa survey. But most of the time bila suami yang survey, i will reject outcome dia haha. Tak cantik la, tak meet my need la, tak susai la. Masaalah

So here's some sort of idea hows the preparation was done


Until lah the event day pon saya lah mandor utama pada hari kejadian. Huhu mandor macam over pulak dengar. Kira macam floor planner lah. Tapi tak mampu pengantin nak urus semua benda so saya serah makanan arrangement semua dekat mama. Cuma nak check pelamin, khemah je lah saya sendiri monitor. Pelamin and khemah memang diorang pasang on event day. Cuak tak? haha. Supposedly a day before pasang tapi ada la masalah from diorang sendiri. Bila tanya confirm ke sempat siap? Diorang jawab sempat. Then saya pon malas nak serabut and anggap je lah memang sempat pon cumanya Mama je la yang tak senang duduk. Risau tak sempat la blablabla. Biasalah mak mak kan huu. 


And alhamdulillah memang right on time pon semua settle. Earlier in fact! Walaupon 2,2 pelamin and khemah datang waktu yang sama which is supposedly tak boleh since both pon ada banyak barang dalam lori. Gaduh sikit la dua dua driver lori tu sebab masing2 tak nak mengalah kan. Tak gaduh la cuma taknak bagi kerjasama. Saya memang ada kat situ try tenangkan keadaan. Tapi alhamdulillah semua settle. Menggunakan kuasa veto call boss masing2 sekelip mata dua dua mengalah bagi kerjasama. Haha. See nampak tak hari event pon pengantin sibuk2 handle benda. Patut pengantin dah rilek duduk dalam makeup, sembang2 lagi keke

Oh! Cerita pasal rilek pulak, a day before event tu which is hari Sabtu ada satu lagi masaalah lawak happen. Dalam tengahari pukul 130 ptg mcm tu saya ajak mikhail which is adik saya untuk pegi amik barang2 preparation macam doorgift, welcome board and sort of barang lah dekat rumah company saya dekat Batu Kawan since time tu saya ada dekat umah family which is dekat Tanjong Tokong. Sebab pagi tu saya ada appointment inai dekat Tanjong Tokong. So alkisah kereta yang saya bawak tu which is Toyota Hilux company punya boleh over heat pulak atas Penang 2nd Bridge. Masaalah masaalah. Niat pinjam kereta company nak mudahkan, ni menyusahkan pulak haha pasrah. Nasib baiklah Penang 2nd Bridge tu company yang saya kerja sekarang ni yang buat so husband kenal lah orang yang standby. Tunggu lah kami berdua tepi jalan tu almost 20mins la jugak sampai pertolongan sampai which is air berbotoi botoi

Dah lah dengan inai merah nye dekat kaki tangan. Yelah sebab memang baru je lepas berinai pon. Mesti orang fikir pengantin nak buat cubaan melarikan diri tapi gagal ni haha. Dah lah dengan panas terik nya masya Allah memang dugaan sungguh lah. masa tu dah almost meletup nak menangis dah bila husband call banyak kali tapi mengenangkan adik ada kat sebelah so macam kena lah cover macho kan. So tak nangis. Nasib baik dia ada kalau tak, tak memasal meroyan atas bridge :p


 Nampak tak ke-redness-san of the inai? Hahah

Okay sambung balik pasal persediaan on event day yang tercelah tadi. Hihi. Then tepat pukul 12tgh baru saya naik atas mandi and get ready nak makeup. Oh lebih drama lagi masa bangun pagi tu tiba2 saya terfikir sesuatu yang terus buat saya tak boleh nak tidur. Which is tudung! Tiba2 teringat and terus time2 tu jugak call orang tu tanya tudung ada ke. Then dia jawab tak ada! Masa tu rasa macam dunia dah kelabu hahaha. Mampus dah tudung tak ada. Then after kawan2 saya bangun terus mengadu kata tudung tak ada. Then diorang pon bebel "Apa la supposedly dah buat baju baru tu buat lah sekali tudung. Bagi sama color. Baju lelaki and perempuan dah sama color nanti tudung pulak lari tune" bebel bebel lah hahaha. Saya pon hanya mampu ber huhuhu. And diorang janji nak pergi cari kat tesco once tesco bukak pukul 10 pg nanti. 

Since hati saya still tak tenang sebab takut tak jumpa tudung color sama dengan baju yelah tesco kot what did you expect kan. Bukan banyak mana pon pilihan then i terus teringat kat my girl sorang ni which is Anna. Dia nikah less than a month before me which is 2hb 4 haritu. And seingat saya, baju nikah dia memang sama color dengan baju nikah saya. Putih but not too putih. So terus call dia and nasib baik lah time tu dia tak gerak lagi dari KL. Tapi masalahnya since dia tak gerak lagi dari KL, sempat ke dia nak sampai before akad? Ergh problem. But takpe lah. Bak kata Anna, dia yakin dia sempat sampai and i decide untuk trust her and hilang kan neves. At least i ada 2 choice dah sekarang hihi

And alhamdulillah masa tengah siap2 makeup2 tu kawan2 saya balik dengan tudung yang almost sama warna dengan baju and Anna pon sampai jugak. Syukur. Syukur lagi sebab my memory was right, tudung Anna memang betul2 sama dengan warna baju nikah saya wuuu syukur ya allah. Terus dia pergi iron tudung tu since time tu ngam ngam time saya dah nak habis makeup

Lepas habis je makeup and siap2, terus saya berlari turun bawah nak check pelamin, makanan, khemah and all sort lah. Oh dengan portable PA jugak. Portable PA ni saya pinjam office punya hehe since nak hire PA system semata untuk nikah berapa minute tu rm300 kot. Kalau ruang besar tak apa lah ni dekat ruang tamu je. After dah sound check tu saya pon parking PA tu baek punya tepi bantal ottomen tempat akad tu. Okay cop nak iklan jap, masaalahnya kat sini, masa nikah tu diorang tak guna pon portable PA yang saya dah setup tu. Hampeh betul hahaha. Okay dah sambung. Then after semua dah clear and puas hati, saya naik atas untuk ready. Memang tepat pukul 3 ptg pihak rombongan pengantin lelaki sampai and acara pon bermula


Nampak tak, diorang tak guna pon portable PA yang dekat sebelah tok kadi tu (ada mic atas dia)

Time ni feeling2 sikit. I ask my friends semua tunggu kat bawah and nanti bila semua dah duduk and amik tempat baru panggil saya turun. Saya akan turun dengan Mama. Konon2 macam all eyes on me lah gitu. Hampeh hahaha berangan. Nasib kita tak ada music yg macam orang putih kawen tu "Ten ten tentenn. Ten ten tentennnn" kalau tak, dah met my imagination dah. Cumanya saya nyanyi tententen tu dalam hati je lah hahaha masaalah. Sian suami dapat isteri camni :p



So alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada ex-tunang saya hehe *clap clap clap

Terima kasih kepada sanak saudara and kawan kawan yang sudi datang awal untuk nikah ni. Memang ada yang berniat and dah separuh langkah pon nak datang tapi disebab kan sebab2 yang tak dapat dielakkan so diorang tak dapat datang. Its okay you allls. I faham dont rasa bersalah okay? I still love you :*

Credit untuk kawan kawan uitm saya yang mai. Anna, Anis, Mai, Nina and Pijah. Diorang ni antara salah seorang insan yang main peranan besar jugak lah in my life. Thankyou for being there you alls ailebiyuuu



And last but not least, thank you suami kerana sudi mengahwini saya. Ha gitu tau ayat huhu. Despite what ever reason yang happen before yang i believe i already cerita dekat sini, you still kuat merasakan yang saya ni jodoh awak :) Alhamdulillah. Doakan kami bahagia ke akhirnya and dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah aminn



So tamat lah alkisah preparation and nikah. Later bila dah dapat gambar sanding, ill update. Sebab niat nak share budget and macam mana saya spin untuk dapat lebih value dengan duit yang kita bayar. hehe. Okay till then xoxo










Wednesday, April 5

ESCAPE PARK

Serious lately ni banyak gila benda jadi. Like banyak sangat. Bad, good, xoxo semua lah ada. Dia macam bullet train bertalu talu mai sampai nak bernafas pon tak sempat nampak tak?

Takpe lah ni nak cerita pasal 26hb Mac yang lepas saya masuk Escape Adventure Park dengan nina. Okay what is it?

Escape Adventure Park
Located: Teluk Bahang, Pulau Pinang
Opening hours: 10pg - 6ptg
Public trasport access: Yes ( Rapid Penang / Hop On Hop Off )

Let me first roughly cerita pasal escape ye based on pengalaman. First, of course lah kena pakai pakaian yang bersesuaian nak masuk tu which is pakaian sukan. Elakkan short pants. Bukan apa, takut nanti kalau jatuh, luka dah rosak kaki tu hihi. Plus mostly petugas yang menjaga di setiap check point tu lelaki and muda2. Like betul muda umur lingkungan early 20s kot. Nanti depa lah yang tolong pakaikan safety equipment kat kita or kalau kita dah tahu pakai sendiri, depa akan double check ketatkan mana patut so that kita selamat masa lakukan aktiviti dekat checkpoint dia. Sebab escape sangat mementingkan safety 

http://www.ebay.co.uk/bhp/full-body-harness

Nah share gambar so that boleh faham apa yang saya maksudkan hihi. Then, pakai baju gelap! Pentinggg sebab dah main dalam tu confirm berpeluh peluh so tak ada lah nampak baju kita basah lenjun. Baju gelap ni satu hal sebab kalau hujan, takde lah nanti jadi see thru. Masa saya main tu hujan tau haha. But still gigih main jugak. Hujan sekejap2 tapi tak lebat. Manja manja je orang cakap

Kasutttttt. Make sure pakai kasut yang tak licin tapak dia. Sebab aktiviti aktiviti atas tu banyak memerlukan daya tahan kaki dan daya seimbang kaki yang kuat keke. Kalau kasut licin, nanti jadi serba tak kena. Next, beg. Beg ada baiknya simpan je lah siap siap dalam locker. Takpe dont worry locker tu kita boleh bukak banyak kali bukan macam kebanyakan tempat boleh buka sekali je kan. Seluar kalau boleh pakai yang ada zip so boleh bawak phone. Haritu saya and nina tak ada poket berzip thats why tak banyak gambar kitorang tangkap. And jangan lupa bawak spare baju and seluar. Sebab takut seluar ke baju korang koyak time tengah main aktiviti aktiviti dalam tu haha. Ada kes okayyy

Tu je lah kot basic thing pasal pakaian. Yang lain apa ye. Oh dalam tu tak guna cash money tau. Diorang guna sistem online money camtu la. Kita akan dapat satu passcode. Passcode tu la untuk bukak loker, passcode tu la untuk beli makanan. Always boleh topap sebab ada machine topap kat dalam tu. Kalau duit tak habis spend dont worry. Boleh refund balik

Okay now nak cerita pengalaman kitorang kat dalam tu haha. Saya and nina sampai dalam pukul 11.30pg macam tu sebab kami datang dari Batu Kawan memang jauh sikit lah plus berhenti makan plus jem lagi. Walaupon keluar rumah pukul 9pg. So sampai sampai tu masing masing pening lagi tak tahu nak buat apa. Pusing pusing dulu lawat kawasan. First activity kitorang main, rock climbing. Nama dia bukan rock climbing tapi basically its a rock climbing lah. Gecko Tower nama dia. Kot. First time try and agak serram jugak bukan apa. Seram sebab tangan saya ni sejenis basah 24/7 so takut tergelincir. And I manage to sampai the puncak selama 1minit 45 saat haha. Ada awek lepas saya tu dia sampai puncak dalam masa 54 saat je gila hebat. Lepas je rock climbing, adrenaline saya dah start rushing. I want more and more and more

Nina in front of Gecko tower

Then main tayar sliding menuruni bukit. Tuby Racer nama game tu. Yes menuruni bukit and kalau menuruni tu mesti ada menaiki kan? Hahaha so menaiki tu la paling hajab sekali. Kena tarik tayar kita tu menaiki bukit. Worst thing, saya and nina pergi amik tayar yang untuk lelaki punya aka berat yaRobbi. Lels patut la pelik kenapa awek depan kitorang steady je tarik tayar naik atas. Yang saya and nina ni siap berehat di pertengahan jalan lagi hahaha. Serious berat tak tipu. So ladies jangan nak memandai amik sendiri tayar tu without getting instructed dari petugas. Ni kami kes terlampau excited main terus amik je haha padan muka. Oh tayar kelabu tu berat. Tayar yang warna warna tu ringan. Eh wait. Tayar or pelampung? haha lantak situ. Slide dia panjang gilaaa. Memang puas lah. Takde pon rasa tak puas sebab dia panjang kan. Or maybe alasan je kata puas sebab malas nak angkut tayar naik atas lagi sekali? kakaka

http://www.neveplast.com/august-2012-penang-malaysia/

Then after that kitorang naik Monkey Business. Yang macam halangan halangan tu. Sat attach gambar

http://tripacker.com/7-underrated-spots-in-penang-malaysia/

Ni salah satu angle game ni. Sangat seronok serious. Dia ada 3 level. Level 1, 2 and 3. Makin lama makin susah. So mula mula saya and nina decide nak main yang level 1 dulu. Seronok tau main ni sebab dia uji kita macam mana nak buat keputusan. How to overcome the obstacle like that lah keke. Masa nak naik tu boleh pulak teserempak dengan kawan sekolah teknik gombak duluu hahaha punya jauh jumpa. Kebetulan :) Habis je level 1 tu i crave for more tapi nina nak rehat. Amik nafas katanya haha so kitorang pon duduk berehat sat since masa tu dah almost zohor. Pegi cafe dia makan jap. Kuey tiaw dia sumpahs sedaps gilessss! Dah lah sedap, banyak pulak tu. Kena la dengan harga kan but still banyak kot dia letak. Berbaloi. Saya and nina share berdua je kuey tiaw tu 

Acah acah sikit

Okay lepas dah refresh diri makan solat semua, kami pon start balik acitvity. First kami pi, bunjee jumping. Eh nope bunjee jumping sebab dia tak melantun. Dia ibarat macam kita nak bunuh diri la terjun dari atas kebawah. Tinggi 20m. Atan's Leap nama dia. Ya allah ya Allah ya Allah yang ni sumpah ketaq gila kot tapi saya macam biasa dok gelak kat atas tu. Yang penjaga tu kata, 'Lah gelak pulak dia. Orang lain mengucap panjang dah' hahaha

  http://www.onlypenang.com/wp-content/uploads/2012/12/penang-escape-theme-park-atan-leap-2.jpg

Amacam gambar? Hahaha. Perasaan dia kat atas tu macam nak bunuh diri serious. Kita tak rasa kita pakai any harness and tangan kita pon tak ada tempat bergantung memang rasa macam nak bunuh diri la senang cerita! Tapi dah lompat tu masyaAllah seronok nak meninggal. Rasa nak naik lagi but still ada banyak lagi tak explore okay. Oh nak naik ke atas tu macam biasalah kalau dah naik tu kan mesti la tangga. Mula mula bawah tu dia bagi tangga yang ada tempat pemegang tu. Approaching to puncak, tinggal tangga yang sekeping tu je. Memang kalau nak mai escape ni kena fit la baru kita enjoy. Kalau tak, memang semedang mengah keke. 

Masa nak naik Atan's Leap ni ada kejadian tak best berlaku. Masa beratur nak naik tu ada sekumpulan dalam 5 orang depan kami and satu kumpulan lagi 3 orang. Yang kumpulan 5 orang ni keep on panggil ahli ahli rombongan dia yang lain Q ke depan aka potong barisan. Like ramai tau diorang panggil sampai kumpulan yang Q 3 orang tu blah sebab sakit hati. I dont think diorang dalam any race ke apa ke sebab saya ada tegur "kenapa tak Q?" bila one of kumpulan diorang dengan selamber nye berjalan melintasi kami yang tengah Q ni. Lepastu yang the origin beratur infront tadi tu balas "Eh takpe takpe kita dalam group. Ni last dah ni after this kita nak pergi flying fox pulak" I was like, eh hello kami semua ni nak pergi main game lain jugak kot. Apa salah beratur je kalau ye pon dalam group. I dont know lah if Escape mmg ada buat rules kalau dalam group, boleh potong Q. Blegh. Ni mesti jenis orang yang suka memotong kalau Q kat mana mana ni. Husnudzhon je lah. Rasa dah profesional enough golongan tu sebab diorang keep on jerit2 bagi semangat suruh terjun "You can do it my future doctorrrr!" ""Thats my lawyerrrr" and ada lah beberapa professional career diorang jerit. Kalau macam tu la pembawakan awak, I guess you guess should go extra class which is ethics class kot. Baru suit with ur career haha panjang pulak ngumpat 

Lepas naik Atan's Leap ni kitorang sambung pergi main Monkey Business balik. This time naik level 2. Level 2 ada 4 sub level which is 2.1, 2.2, 2.3 and 2.4. Kitorang naik 2.1 first and along the way tu nina dah surrender but have to teruskan sebab kalau kita dah jalan ke depan, there is no turning back ye kawan kawan. Keke. So bila habis je 2.1, I ask nina to rest and saya still nak teruskan main 2.2 haha. Nina kata "Hang jangan macam macam nia. Lagi sebulan ja nak majlissss" But no my love. Nothing can stop me haha. Lepas habis 2.2 tu saya stop kejap pergi toilet. And after that ingat nak join zumba dekat bawah tapi dan dan pulak habis hampeh. Pastu kami berdua start jalan jalan balik. Nina actually dah surrender taknak main apa apa tapi maaf lah ye nina. Kawan awok ni hyper terlebih so terpaksa lah ikut jugak

And guess what. Nasib kami baik i mean nasib saya baik, nasib nina malang la sebab saya baru discover ada flying fox yang suuuuuper syok and tinggi and jauh hahaha. And kalau dah tinggi tu for sure lah kena mendaki kan and yes ada mendaki and along the way nak naik tu ada halangan halangan macam Monkey Business tadi. Hahaha sian nina. Maaf ye :* Tu lah kemuncak segalanya memang sesuai sangat tahu last minute. Nama game tu Flying Lemur. Okay this is the only game yang saya ingat without even have to google pon haha sebab sangat syok! Ada 3 level and we manage to main Level 1 and 2. Level 3 dah tak sempat since masa tu already pukul 6. Escape tutup pukul 6. Serious seronok gila

Ni masa nak balik dah. Kena halau sebab still nak main jugak Level 3 hahaha

So setiap kali teringat mesti jiwa macam meronta ronta nak main lagi sebab masih ada hutang yang tak berbayar nampak tak over? Saya nak main Monkey Business level 2.3 until level 3 then nak naik Flying Lemur level 3. Actually masih banyak lagi game yang tak di sebut sebab tak sempat. Maybe next time boleh try the other games. So kawan kawan yang nak pergi, i nasihat beli la ticket 2 minggu awal sebab ticket akan jadi RM60++. Kalau beli seminggu awal akan jadi RM70++ but kalau beli on the spot akan jadi harga asal which is RM80++. Ticket online dekat website escape https://ticket.escape.my/ . Beli direct ke kaunter pon boleh. Kot. Hihi

Okay sekian 























Wednesday, March 8

8TH MARCH

(Do click on this link for further info)

Bismillahirrahmaanirrahimm,
Lama dah ni tak menaip haha. Tiba tiba rasa macam nak cakap pasal benda ni sebab ada kawan share dekat facebook. Pasal typical mindset yang suka pandang serong dengan kerjaya seseorang yang diorang rasa low standard or yang tak kena dengan kelayakan akdemik or yang gaji sikit or apa apa alasan je lah sekalipon. Yesss

Percaya pada rezeki Allah bagi. Kalau percaya dengan benda ni, as simple as that kita akan faham kenapa sesuatu benda tu letak nya dekat sesuatu tempat tu. Ada sebab kenapa level education dia tinggi even ada sarjana sekali pon tapi end up kerja kerani. Ada sebab kenapa dia kerja dekat company paling bagus dekat Malaysia without even have to face waktu penggangguran. Ada sebab. Rezeki Allah tu luas. Terkurang terlebih ada punya di tampung dekat mana mana

As for me sebagai contoh sebab tak nak amik orang lain as contoh (walaupon macam terpesong sikit contoh tapi still nak jugak jadikan as contoh sebab taknak guna orang lain punya conoth hm ok lah) ;

Saya pernah mengalami depression yang teramat sangat kerja dekat Penang ni serious. Lagi2 bila dah pindah office di Batu Kawan (August 2016) as for now Batu Kawan ni area yang boleh di klasifikasikan sebagai Pekan Zombi sebab sini memang tak ada apa. No banks. No petrol pump. No 7e. No proper groceries store. Ada tapi jauh. Masa awal2 dulu lagi lah the only jalan nak masuk taman perumahan saya tu tak ada lampu jalan and jalan dia pecah2 sebab lori keluar masuk. So kalau lalu jalan tu wajib slow and steady plus bukak high beam and pasang lagu kuat kuat haha nampak kan penakut? Tapi alhamdulillah sekarang jalan tu dah elok. Ada lampu semua sebab Design village baru bukak kat sini. Design village ni outlet mall macam JPO and Mitsui outlet tu. Jual branded stuff dari kilang so harga pon way much cheaper. Sekarang pon Ikea tengah in construction. Area sini jugak sebelah Design Village. So okay lah sini takde lah sunyi cuma keperluan asas tu still tak ada

Panjang pulak bebel pasal pekan zombi ni. Sambung pasal depression saya, major reason saya depress haritu sebab saya kerja sorang sorang dekat Penang and kawan kawan semua kerja dekat KL. Tak syok la sebab yelah diorang semua berkumpul ramai2 dekat sana while me sesat sorang2 dekat Penang. Plus saya punya position before as SL1M trainee yang bergaji RM1800 which is rate way below than most of my friends ( ada tambahan RM300 untuk site allowance hm tu pon tak bersyukur lagi). As semua orang beranggapan yang SL1M ni tak ada masa depan since company tak jamin pon nak amik kita if contract dah habis. SL1M ni untuk golongan buangan yang tak perform masa study. Sl1M ni dibuat sebagai hamba abdi company. Ada tu sampai anggap SL1M ni scam lagi haaa. Sedih tau. Sedih sampai rasa nak tukar profession jadi stewardess (Macam terpilih je kan? haha) ada tu sedih sampai rasa nak behenti kerja and kerja promoter yang gaji dah tentu boleh dapat higher than that if pulun OT

Tapi tapi tapi mana boleh macam tu. Kita kena percaya pada rezeki. Muhasabah diri. Perit memang perit. I know perit saya tak seperit mereka yang menganggur but this is why I nak cakap pasal rezeki. Bila saya depression tu saya tenung balik hidup saya as what ive been wrote in earlier post, saya cepat2 istighfar and bersyukur. Hidup ni kalau kita banding kan dengan orang yang diatas, memang sampai bila2 pon lah tak akan tenang, kan? Alhamdulillah sebab saya still di beri nikmat bekerja dan bergaji. Dan cukup tu paling penting

Makcik2 or golongan2 yang suka questioned kelayakan akademik or pekerjaan orang ni should have this kind of thinking. At least orang tu bekerja ada rezeki dia bekerja and rezeki dia dekat situ


Thursday, January 19

19TH JANUARY

Well hello 2017. Is it too late nak wish happy new year? Haha alhamdulillah tahun berganti tahun. Saya masih lagi tak berapa boleh move on dengan tahun 2016 sebab it was a very special year for me. My long await year since childhood and it was alhamdulillah fantastic. Saya ingat lagi how it was a year ago, 1hb Januari 2016 . I step into 2016 with a mix feeling. Mix feeling sebab saya risau macam mana kalau tahun ni tak turns out to be macam yang saya plan? Yes I do made my preparation before step into 2016 but yelah manusia kan. Tak lari dari perasaan overthinking. Oh wait, manusia or perempuan? hee

Terimakasih Allah for giving me the chance to feel the joy of my 23 age yang ditunggu tunggu sekian lamanya. Well I dont have any specific planning for my 24 age since kehidupan saya I mean my status 360 degree bertukar last year and it was not in my childhood plan at all. So 24yo ni would be my 'go with whats coming' year. Gitu tauu. Oh i dont like the phrase 'go with the flow' sebab saya rasa macam tak ada cita cita. Its what I feel ye. I dont know what say you. Eh plus 'go with whats coming' tu different okay dengan 'go with the flow'. GWWC tu macam kita dah tahu apa yang akan datang and kita akan ikut and keep on moving but GWTF tu macam kita tak tahu apa akan jadi and we keep on moving. Haha bye hashtag jangan kecam

So from my previous post ada cakap pasal bag yang saya teringin sangat nak beli tapi dihalang oleh cik abang sayam sebab dia suruh utamakan priorities blablabla (membebel style makcik2 version mohd naim), andddd finally i got it okayyy keke. Dia belanja. Hehe. Patut lah mati mati tak bagi saya beli sampai tacing taknak layan dia satu malam tau (Nampak tak ciri ciri seorang tunang innocent comel lagi sweet yang mendengar kata bila cik abang tak bagi, so tak beli padahal boleh je pi beli sebab guna duit sendiri kan? Tapi merajuk manja taknak kawan haha bye) Sebab dia dapat baki bonus from previous second penang bridge projek dulu. Punya lah bertahun. Baru dapat. Patut la tak bagi beli last month. Haha tak sia sia merajuk and acah acah update blog menyatakan kekecewaan tak dapat bag hee 


Me posing with my bag uuuuu

Tadi scroll facebook sekali ternampak ni. Please do skip to last paragraph kalau malas baca (hashtag but I dont think you malas sebab if you malas then you would not even want to read this post so I think you tak malas and you will read the whole paragraph) Okay here it is  



Kalau dalam konteks ni kira macam nak terus kawin la kan taknak bercinta cinta sebab kapel tu harom. Yup yes it is. Abang dulu pon memang terus nak ajak kawin. Yes I do faham niat dia baik memang nak memperisterikan me myself and yakin dia memang a good gentleman since everybody dekat office even bos pon bukan main recommend sangat haha lol. But that doesnt mean dia sesuai dengan kita kan? So thats why I ask for an engagement. Untuk tempoh mengenali. I ask for a year sebab saya rasa tempoh tu tak terlalu sekejap and tak terlalu lama. Untuk kami ni la yg boleh di considered strangers kan. Minta bertunang sebab I takmau involve dengan any relationship yang buang masa and tak ada hala tuju. Okay wait. Ada hala tuju pembetulan. Tapi different path. I still remember my senior collegues pernah cakap 

"Takpe nia. Bertunang pon betul (since dia tahu i refuse to get married with my finace on that time). Bila kita bertunang, kita berada di satu jalan yang sama menuju destinasi yang sama. So kita akan jadi lebih faham dengan masing masing. Tapi kalau tak bertunang, memang korang plan nak kawin tapi korang tak berada di jalan yang sama. Sorang jalan situ, sorang jalan sini. Bukan tak boleh make it tapi maybe kita senang nak give up if anything happen sebab kita tahu kita tak ada ikatan apa apa" Saya try untuk hadam dengan mata hati apa yang kakak tu cakap and yes, now i get the point

I remember how I was, not a long time ago. I do understands it now. Betul lah orang cakap, orang makan garam dulu ni memang serba tahu. Tapi lain orang lain. My situation might fit with her advise, but we dont know yours kan? So dont take this too deep

Alah boring lah cakap pasal ni. But I need help from anyone who terbaca my post ni untuk doakan urusan saya dipermudah please. And I do pray for urs also aminnn :)