HONEYMOON

Okay since macam lama lagi je nak dapat gambar sanding kan. So nak cerita pasal honeymoon lah sat. Honeymoon start 2hb 5 which is hari selasa ke Langkawi. So macam biasa before tu saya akan survey mana yang patut pakej yang best2. Tapi suami tak nak amik pakej sebab dia nak pergi rilek2 and taknak terikat dengan jadual. But i dont want. Saya still nak amik pakej sebab rasa lebih senang. Kita tak payah susah2 dah nak pikir just follow je jadual yang dah di buat. And yes i managed to convinced him sebab ada terjumpa satu travel agent yang offer quite interesting honeymoon package

Ni agent tu;


Fb: Pakej Langkawi Qasih Qasrina Travel & Tour
Insta: langkawipakejqasihqasrina


Pakej2 honeymoon dia semua menarik serious. And worth your money. Boleh try usha2 fb/insta diorang kalau nak tengok. And kalau nak lagi detail, boleh sembang terus dengan diorang. Nanti diorang akan brief tapi make sure kena tahu lah pakej mana yang you alls nak sebab diorang ni offer lebih 30 pakej. And diorang pon ada banyak sangat customer untuk di serve so please dont expect layanan 'sis, sayang, dear etc' hihi. Pakej dia lain2 ikut hotel yang kita nak

So saya and suami decide untuk amik pakej yang elok sikit which is hotel atas laut. hehe. Sebab dari dulu teringin kalau honeymoon nak hotel atas air macam dekat Bora Bora Island tu haha. Kami pilih Ombak Villa. Actually masa time belom decide lagi nak amik pakej or not, saya ada google 'best honeymoon place atas air di malaysia' lebih kurang macam tu lah sebab mengenangkan suami taknak amik pakej so saya pon try jugak lah usha pilihan dia. And Ombak Villa ni ada in one of article yang saya pernah forward dekat suami before. 



Tapi nama dekat dalam article tu Langkawi Lagoon sebab actually Ombak Villa ni under Langkawi Lagoon. Masa lepas dah decide amik pakej yang kami amik ni baru macam teringat and bagitahu suami yang hotel kita amik ni ada dalam article yang saya pernah google dulu lah haha bangga sekejap :p

Back to pakej, so kami amik pakej; Basic & candle light dinner & Sunset cruise. Dalam basic tu dia ada penginapan 3 hari 2 malam dekat Ombak Villa which ours is studio suite sea village, kereta pandu sendiri 48 jam (viva/kia picanto/yang sewaktu dengan nya) ours is axia auto, pickup at jetty/airport and transfer to hotel, 2x sarapan pagi, 2 tiket underwater world, 2 tiket island hoping, transport menjemput ke jetty island hoping, jambangan bunga dan kek. Sounds good kan? Even basic package je pon dah menarik. Kalau basic sahaja RM1099. Saya rasa berbaloi untuk villa atas air macam ni 

Okay enough of introduction. Haha 

So first day tu kami bertolak dari Penang. Pagi pagi lagi dah keluar sebab nak kena masuk Georgetown dulu pegi Komtar nak amik surat nikah sementara. Lepas settle, baru gerak. Tapi before tu kami singgah sat dekat Bertam untuk pulangkan tanjak and keris suami then pergi Sungai Petani pulak untuk pulangkan baju sanding only then bergerak ke Jeti Kuala Muda for our ferry ride

Nasib baik lah kami sampai tu tepat2 pukul 1 ptg and feri dah ready pon nak amik penumpang. Park kereta dekat sebelah jeti. Bila dapat je seat dalam feri, terus macam fuhh menarik nafas lega. Finally dapat rehat and we'll go to honeymoon bebeh! After beberapa minggu yang sukar termasuk lah pagi tadi kan. Pastu dalam feri tu sementara tunggu nak sampai, sikit2 tanya suami 'kita dah kawin ke?' ulang 78 kali. Mula2 tu dia jawab tapi lepas masuk kali ke 46 tu dia dah malas layan. Mesti rasa menyesal kawin tu dah mula berputik kakaka

Perjalanan mengambil masa sejam 30 minit dari Jeti Kuala Muda ke Jeti Pekan Kuah. Sampai2 je kami terus ke kaunter qasih qasrina and settle kan urusan kereta, tiket apa semua. Oh itinerary di bagi masa ni. Konsep dia free flow cuma island hoping, candle light dinner and cruz kena follow time diorang arrange. Yang lain2, sukahati nak pergi bila

Bila sampai Ombak Villa, kami ke lobby untuk check in. Sementara tunggu bilik ready, diorang serve welcome drink. Time ni feeling2 sangat rasa macam dalam drama pulak lol 



Then its time for our room! Excited sangat sebab tak sabar nak tahu macam mana rupa bilik tu haha. Bell boy hantar ke bilik naik buggy car. Seronok padahal tak ada lah jauh mana pon. Gambar tak ada sebab sibuk dok update dekat insta story so video je ada 


Abaikan conversation kami :p


This is the room :)

Okay petang tu rehat je. Landing2 sementara nak tunggu malam sebab ada candle light dinner. Then suddenly ada room service hantar kek. Hah bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tengah lapa dapat pulak kek. Brownies secret recipe pulak tu *tetiba terliur

Bersantai cik abang kita :*

Tepat pukul 745 mlm lepas suami solat maghrib, kami pon bertolak lah ke Sandy Beach Resort for our candle light dinner. Masuk je tempat restaurant dia terus nampak ada 1 meja tu special setup. Masalahnya meja tu sorang2 je dekat pantai. Yang meja lain dekat dalam kawasan restaurant. Dengan ada lilin nya keliling meja haha masa tu dalam hati, aduhh malunyaaa. Nasib baik lah diorang letak meja tu macam bukan norma punya pandangan mata umum akan pandang. Kiranya customer yang makan dekat situ kena make effort untuk pandang kami. So di maafkan lah tahap kemaluan dia haha


Makan malam tu dihidang course by course. Ada 4 hidangan i lupa apa benda yang di makan sebab tak ada tangkap gambar pon sebab we really enjoy the dinner. And time tu jugak diorang bagi bunga tangan as per in the package lah kan. Tapi feeling sangat dapat bunga masa candle light dinner. Benci la nape perfect sangat ni moment2? Nak honeymoon balik boleh? haha lol. Okay dah habis makan tu kami jalan2 sat dekat night market chenang. Cari baju apa nak pakai untuk island hoping esok. Dia punya suasana dekat Pantai Chenang tu meriah, i like. Lepas 2 kali tawaf baru decide nak beli baju mana then kami pon balik. Rehat lah sebab esok banyak lagi benda menarik, waiting!

Jalan jalan Chenang 

Keesokannya awal pukul 8 lagi kami dah pergi breakfast. Pemandangan cafe dia masyaAllah cantik sangattt. Makan tepi pool, tapi pool dia macam bercantum je dengan laut. Tapi i dont know why feeling nak terjun tu tak ada. Adakah simptom2 tua dah start masuk dalam diri? :p Habis makan kami terus gerak ke pickup point untuk ke jeti island hoping. So island hoping ni ada 3 pit stop. Each pit stop berhenti 1 jam. Mula2 Tasik Dayang Bunting, lepastu Pantai Beras Basah then lepas tu pegi eagle feeding. Dekat tasik dayang bunting tu saya terjun jugak sewa jaket keselamatan rm5. Memang dalam gila tasik tu kaki tak jejak dasar serious. haha

Nampak tak pool tu macam bercantum dengan laut :')

Feeling feeling

Okay then after habis island hoping dalam pukul 1230 tgh, kami balik bilik mandi2 apa semua get ready for next activity pulak.  Lepas zohor, keluar balik terus ke Underwater World. Nasib baik lah tiket ni ada sekali dengan package. Kalau tak, saya tak jamin nak masuk sebab macam nampak tak syok je dari luar. Haha. But hey, not bad la. Seronok dalam tu boleh tahu macam2 jenis hidupan laut hihi. Sampai leka sekejap. Nasib baik sempat sampai ke jeti cruise tepat2 pukul 4 ptg sebab after tu kami ada dinner sunset cruise


Sampai jeti cruise tepat2 pukul 4 ptg then di inform rupanya kapal bertolak pukul 430 ptg. Ciss penat2 je rushing. Haha tapi okay la at least saya ada masa nak feeling2 tangkap gambar kat jeti time ni :)) So basically kapal ni start belayar pukul 430 ptg pusing2 keliling Langkawi then balik semula ke jeti dalam pukul 8 mlm macam tu. Atas tu dia buat free flow serve drink, pukul 630 ptg dinner start then ada kudap2 serve after dinner. Atas tu kami berdua je melayu huu. Lepas sunset je tiba2 dengan automatik kapal tu berubah menjadi disco bergerak hahaha. Tapi nasib baik saya ada suami yg behave dia suruh duduk diam2 kalau tak, jahanam aku pon join sekali hahaha bye

My most fav picture by suami 

<3

Ni memang cara duduk seorang nia. Automatik dari kecik tak suka 
bersila sebab nanti buku lali hitam haha

Lepas habis tu, kami terus balik bilik. Before tu pusing2 sat dekat area chenang tu sebab nak cari anak tudung. Unfortunately tak jumpa so takpe lah. Malam tu rehat awal. Okay keesokkan nya kami keluar pagi2 jugak breakfast then terus checkout. Sempat tangkap gambar dulu untuk kenang kenangan hehe wajib okayyy

Bye Ombak Villa. Ada rezeki jumpa lagiiii

Cik abang kita tak suka gambar ni sebab dia kata dahi dia teserlah. Hehe 

Lanje selfie satu

Then after checkout, abang bawak pergi naik cable car! Wehuuu ni syok sebab dah lama saya tak naik cable car. Last naik, akhir tahun 2009. Untuk ticket cable car ni, dia tak ada dalam package kami amik ni sebab dia ada package dia sendiri. Kena beli lain. Kami amik Combo B, RM55/pax. Dalam tu ada SkyCab, SkyDome, SkyRex, 3D Art Museum and 6D Cinemotion. Tak ingat apa package/combo yang di offer sebab haritu excited sangat sampai lupa nak tangkap gambar package :p

Cik abang kita inside cable car


Dekat atas tu seronok. Cantik gila view. Syok lah cuma dekat sky glider berjanggut sikit nak tunggu untuk naik. Sky glider ni macam sejenis lif yg bawak kita dari atas turun bawah and dari bawah naik atas. Naik ni kena bayar lain dekat atas tu. Saya tak ingat sky glider ni bawak ke mana rasanya ke jambatan gantung tak silap. So sky glider ni kena bayar rm15/pax turun naik. Boleh je kalau nak guna tangga tapi kena org yg betul2 fit la sebab jauh gila haha. Nak turun guna tangga still kena bayar jugak RM5/pax. Abang cakap dulu dia pegi tak kena bayar pon kalau turun tangga. Huhu

Okay beberapa jam dekat atas tu kulit saya pon dah start menghitam kan diri nasib baik sikit je sebab pakai sunblock haha. Habis jalan2 atas tu kami pon turun la then masuk 6D cinemotion. Yang tak tahu 6D cinemotion ni apa, hangpa jangan nak buat teruk. Dekat mana2 pon ada okay menatang ni haha. Tak tau jugak pi google :p Tapi masalahnya yang buat saya ralat, kami tak masuk 3D art museum! Huu sedih padahal yg tu la saya paling nak masuk sekali pasrah

Lepastu kami terus pergi Pekan Kuah untuk shopping coklet! This one i is excited. Pegi dekat Haji Ismail Group. Bangunan dia warna hijau. Dia dekat shoplot macam tu. ha jangan pulak chuolls fikir coklet dekat langkawi ni murah yang rm1, rm3 haha. Murah dekat sini means murah la dari beli dekat pasaraya. Dalam 3,4 ringgit murah camtu. Ada jugak yang murah 10 ringgit. Tapi bukan semua lah. Ada je mahal sikit. I mean mahal dari tempat lain yang jual coklet dalam langkawi ni. Banyak lagi tempat shopping coklet actually cuma saje nak pergi yang ni sebab semua duk suruh pergi sini :)

Muka abang nampak sangat tu tak rela orang nak shopping :'p 
Cover la sikit alaaa hahaha

Alhamdulillah dengan itu agenda honeymoon kami pon tamat. Tapi otw before pergi jeti, singgah dulu dekat dataran helang. Apa lah guna pergi langkawi kalau tak tangkap gambar dekat burung besar tu kan haha

The great eagle 

Thankyou suami sebab bawak saya datang langkawi and let me experience all these beautiful memories. InsyaAllah nanti ada masa kita pergi jauh2 sikit pulak. Awak dah janji kannnnnn :p Lebiuu

Lanje husband kita senyum. Since dia susah sangat nak senyum depan camera 
sebab dia rasa dia handsome kalau tak senyum pfttt







































2 comments:

  1. naturalⅼy like үour website howᥱver you have to test tһe spelling on several
    of yoսr posts. Many of them are rife wіth spelling isѕues
    and I find it very bothersome to tell the trutҺ
    hߋweveг I will surely come back again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are so right. Got plenty of typo words :p My bad i didnt check the spelling first before hit the button. Thank you hihi ^^,

      Delete